bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Monday 22 August 2011

cerpen- bila DIA memenuhi :: Part 1



Berombak dadanya menahan sesak, sesaknya hujung pernafasan dek kesesakan hatinya, jiwanya dan zahirnya. Ya, berdiri di tengah2 kota megah ini taklah semeriah kabaran orang.Malahan lebih membuatkan dirinya terperosok terkapai2; "ah!, dunia kini memang terlalu asing, manusia hidup sekadar mahu hidup. Mengejar2 harta kekayaan, mengejar ilmu untuk bermegah2an, mencantikkan diri sesempurna yang mungkin tanpa sedar yang cantik itu tetap bersifat boneka kaku", getus hati terdalam Ishika.
     Dalam pada itu Leya tetap setia melayan 'baby'nya,  DSLR- A390Y keluaran SONY itu benar2 menjadi kebanggaannya. Dunia sekarang, memiliki DSLR mungkin menjadi satu kegilaan bagi anak2 muda. Begitu juga dengan Leya yang begitu mengikuti perkembangan hal ehwal masyarakat dunia, untuk 'up-to-date' katanya. Sanggup dia mengeluarkan belanja sendiri dengan menggunakan wang tajaan pendidikannya untuk membeli 'kamera gajah' itu, pelik2. Sengaja Ishika menggelar DSLR itu sebagai 'kamera gajah' kerana baginya ia terlalu berat untuk diusung ke sana sini, dan setiap kali itulah Leya mencebik bila 'baby' kesayangannya itu digelar begitu oleh sahabatnya.


Setelah berlelah2an melewati zon 'final exam', kini tiba masa bagi mereka berdua merehatkan fizikal dan mental. Untuk itu, mereka mengatur perjalanan merentasi tiga buah negeri. Bukan susah bagi mereka berdua untuk mendapat kebenaran, Ishika dan Leya masing2 mendapat kepercayaan daripada kedua ibu bapa mereka. Kehidupan mereka yang sedari kecil membesar di tengah2 bandar, mendidik mereka berjiwa terbuka.
      Perjalanan yang bermula dari K.Lumpur agak memakan masa sekitar tiga jam lebih untuk mereka sampai di Kuantan yang merupakan destinasi pertama mereka. Seterusnya mereka menaiki bas untuk ke Jengka, singgah di rumah rakan sebilik mereka yang menetap bersama keluarganya di sana. Sepanjang perjalanan menaiki bas, macam2 perkara yang dibualkan dua sekawan itu; dari bermula kisah di universiti hinggalah meliputi hal ehwal semasa. Biarpun pada asalnya, persahabatan mereka tidak lah seerat mana berikutan keduanya boleh di katakan kontra dari sudut personalitinya, namun mereka mempunyai minat yang sama menyebabkan mereka amat menyenangi antara satu sama lain.

Sepanjang tempoh perjalanan itu, Ishika lebih banyak berdiam melayan perasaan hatinya. Perjalanan yang dia dan Leya gelarkan sebagai 'travel anak wayang' ini sebenarnya memang sudah lama dia impikan. Ishika mengimpikan untuk berjalan melihat hakikat dunia yang semakin suram dan tenggelam dalam keseronokan yang manusia itu sendiri menciptanya. Harapannya, agar 'travel' mereka ini bukan sekadar perjalanan untuk bersuka2, tetapi untuk turut mengintai hikmah berjalan sebagai hamba di bawah langit dunia.

Friday 19 August 2011

Wanita Haid dan Nifas di bulan Ramadhan

Di ambil dari buku FiQh Wanita penterjemah Muhammad Athiyah Khumais 


Sempena bulan Ramadhan ini, aku ingin berkongsi tentang fiqh wanita. Tentang masalah-masalah yang biasanya dialami wanita-wanita di luar sana. Mungkin ada yang kurang jelas, aku cuba menambah baik seboleh yang mungkin. Moga kefahaman ini bermanfaat untuk kita bersama. Sebolehnya masalah-masalah fiqh ini tidak harus dipandang enteng oleh kita kerana ia melibatkan perkara asas rukun islam kita, yakni solat, puasa, haji dan seumpamanya. Moganya ilmu ini kita sebar-sebarkan. 


Haid dan nifas dua jenis keuzuran yang menyebabkan wanita wajib berbuka. Seandainya seorang wanita yang sedang berpuasa tiba-tiba haid atau nifas, wajib atasnya berbuka dan haram baginya berpuasa. Kalaupun dia berpuasa, puasanya batal sedangkan dia wajib mengqadha.


Saturday 13 August 2011

BEDAH BUKU: Manajemen rasulullah, panduan sukses diri & organisasi-buku 9 (Part 2)

Motivasi seperti ini sangat efektif dalam membangun semangat kerja. Dua peristiwa berikut menegaskan pengaruh motivasi dalam pelaksaan kerja.

Peristiwa pertama

Pada pembebasan benteng Na’im (salah satu benteng di Khaibar), bendera Rasulullah saw dibawa oleh Abu Bakar as.. Setelah berperang dengan sengit, ia kembali ke markas dan bendera dialihkan kepada Umar Al-Khattab ra. Umar pun memimpin peperangan dan menghadapi serangan lebih dahsyat dari hari sebelumnya. Setelah mendengar jalannya peperangan yang dipimpin Umar, Rasulullah saw bersabda, “Besok saya akan menyerahkan bendera ini kepada seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya, serta Allah dan RasulNya mencintainya.”

BEDAH BUKU: Manajemen rasulullah, panduan sukses diri & organisasi-buku 9 (Part 1)



Terasa diri ini sangat kurang membacanya, terasa mahu membaca untuk menambah ilmu di dada. Aku lantas bangkit dan merapati rak buku di kamar kongsi ku bersama adik-beradik perempuanku. Aku mencari-cari buku yang paling nipis di situ, dan akhirnya ku temui,  Manajemen rasulullah, panduan sukses diri & organisasi-buku 9, ada 56 halaman tidak termasuk refensi. Buku berbahasa indon ini aku tatapi penulisnya, M. Ahmad Abdul Jawwad.

“erm ok jugak buku kakak aku ni, nipis pun nipis.” ku masih membelek-belek lagi buku itu, membaca sinopsis di belakang buku dan kata pengantar dari penulis. Dan akhirnya, aku teruskan membaca dari bab ke bab yang semuanya memiliki enam bab  yang setiap  satunya mewakili satu rahsia  skill management.

Sunday 7 August 2011

BERKONGSI KERANA ALLAH

"Adik, abang nak pinjam pensil warna jap boleh tak?", adik kecil saya menggeleng tak mengizinkan seolah-olah pensil warna itu hak milik sepenuhnya, walhal pensil warna itu saya belikan (wajarnya milik saya, heheh) untuk mereka berdua. Kononnya mengajar mereka berkongsi (sharing is caring) walaupun sebenarnya untuk save duit sendiri. Saya hanya melihat gelagat mereka, tak kuasa nak meleraikan pergaduhan anak2 kecil. Sehingga salah seorang menangis baru saya akan menjadi hakim antara keduanya (bukan kejam, cuma pada saya pergaduhan itu terkadang penambah seri perhubungan). 
    Memerhatikan mereka membuat saya terfikir, 'bukan mudah untuk berkongsi'. Mungkin antara faktor penyebabnya adalah salah satu pihak merasakan kerugian atau mungkin kerana tidak dapat mendominasi sesuatu secara total.
Skopnya agak luas apabila membicarakan soal 'perkongsian', yang jelasnya di sini saya cuma terdetik untuk mengupas tentang perkongsian dalam kehidupan. Duduk dalam halaqah, dalam dewan kuliah waima di tepi jalan sekalipun secara tak sedar kita sedang 'berkongsi', malah dalam kita bersendirian jua kita turut berkongsi, tak percaya?? tutup hidung dan mulut tu dan jangan sedut udara sekeliling kalau anda jenis manusia yang kononnya tak suka berkongsi.:p

Friday 5 August 2011



MUQADDIMAH

Saifulislam.Com Erti Hidup Pada Memberi, AgaR BisA MenAngIs,kembara maratussufi,Satu Ummah!!!, Inilah Masanya, SaBaHaNmUsLiM, D I A G N O S i S, Lukisan Bercerita, Soutul Ikhwah,  L!Fe iS oNLy a GaMe, Mencari makna kehidupan,Aku_Mahu_Jujur_pada_Allah  dan banyak lagi karya-karya dakwah nukilan akhawat wa ikhwah yang sentiasa menjadi tatapanku,  namun masa amat mencemburui, aku hanya bisa membacanya ketika benar-benar berkelapangan.

Di saat kembali membacanya, ada sesuatu yang menyentak fikiranku, “Beruntungnya mereka, dengan menulis, berkongsi rasa dan pengalaman, mereka telah menyebarkan satu dakwah tanpa perlu berhadapan dengan manusia pada waktu itu, tetapi hasilnya, wah nukilan dakwah mereka ini akan dibaca oleh seluruh masyarakat manusia, dengan keikhlasan hati mereka, insya Allah mampu menyentuh hati-hati pembaca yang membacanya, dengan kesungguhan mereka, dapat memberi lonjakkan kepada hati-hati yang ingin kembali kepada Allah.
“Tuh, mereka mampu berbuat sedemikian, mengapa tidak aku ??”
“Mereka dapat mengumpulkan pahala, malah pahala itu akan mengalir ketika ada orang yang masih membacanya, mengapa tidak aku??”

Bertalu-talu soalan itu menerjah kotak fikiranku, aku bertekad, aku harus menulis!, aku harus melakukan sesuatu agar ada amal jariah yang aku tinggalkan ketika maut menjemputku kelak.



“Ya Allah, saksikanlah aku hambaMu, aku ingin berbakti pada agamaMu, aku ingin melihat hamba-hambaMu kembali padaMu, aku ingin melihat islam agama yang dijulang suatu hari nanti, walau ku tahu, apakah saat itu aku masih sempat melihatnya atau tidak, walaupun demikian, aku akan tetap berusaha menyambung rantai-rantai perjuangan rasulullah saw semampuku. Ya Allah, bantulah aku, bantulah aku untuk terus mengikhlaskan niatku menulis ini hanya keranaMu, bimbinglah aku untuk menyebarkn kebaikan dimana pun ku berada, tetapkanlah aku di jalanMu hingga ke akhirnya. Ameen.. “ doaku panjang ketika mula menarikan tanganku di papan kekunci.

Sahabat-sahabat, teman seperjuanganku, marilah sama kita teruskan menulis, teruskan menyebar kebaikan dalam setiap tulisan kita, moganya ia menjadi ilmu yang bermanfaat kepada setiap jiwa-jiwa yang membacanya.  Wallahu’alam