Nabi Syua'ib: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh Taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud:88)
Monday 24 October 2011
Kesabaran itu tak pernah berbatas
Friday 7 October 2011
ALLAH MEMBERI KEMUDAHAN JALAN MENUJU TAUBAT
Kerana Allah mencintai kita dan suka jika kita termasuk ke dalam syurga, maka Dia memberikan kemudahan kepada kita jalan menuju taubat dari setiap sisi.
Dia menghiburkan kita bahawa Dia akan mengampuni seluruh dosa-dosa kita, berapapun besarnya dosa, asalkan kita mahu bertaubat. Sebagaimana firman-Nya:
" Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Surah Az-Zumar ayat 53.
Rasulullah menekankan tentang hal ini dengan sabdanya: “ Ada seorang hamba yang berbuat dosa, maka ia berkata, ‘Wahai Rabbku,aku telah berbuat dosa maka ampunilah dosaku. ‘Maka Allah berfirman, ‘Apakah hambaKu mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa dan juga mengadzabnya? Maka Aku ampuni hambaKu. ‘ Lalu ia tinggal menurut kehendak Allah. Kemudian berbuat dosa lagi, dan berkata : , ‘Wahai Rabbku,aku telah berbuat dosa maka ampunilah dosaku. ‘Maka Allah berfirman, ‘Apakah hambaKu mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa dan juga mengadzabnya? Maka Aku ampuni hambaKu. Kemudian berbuat dosa lagi, dan berkata : , ‘Wahai Rabbku,aku telah berbuat dosa maka ampunilah dosaku. ‘Maka Allah berfirman, ‘Apakah hambaKu mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa dan juga mengadzabnya? Telah Aku ampuni hambaKu, maka hendaknya ia beramal sekehendaknya.”
Maksudnya, sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Rajab bahawasnya seseorang hamba jika berada dalam keadaan seperti in setiap kali berbuat dosa, maka Allah telah mengampuninya.
Dipetik dari Mencintai & Dicintai Allah, bagaimana mewujudkannya? Karya Dr. Majdi AL-Hilali
p/s: Subahanallah. Alhamdulillah.. wahai saudara-saudaraku, tahukah kita, kita punya Tuhan yang akan mengampuni dosa dan juga mengadzabnya?? Namun, Allah lebih memilih untuk mengampunkan kita hambaNya.. Sedarilah teman-teman, pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita, setiap hela nafas kita turun dan naik, memberi peluang untuk kita menagih, merayu, meminta ampunan kepada Allah. Baiknya Allah, walaupun kita tidak henti-henti melakukan dosa, namun Allah tidak serik-serik memberikan ampunanNya untuk kita.. beruntungnya kita!! Maka apa yang kita tunggu lagi?? Mari sama-sama mengucapkan kata taubat padaNYa...
Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullahal’azim,
Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullahal’azim,
Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullahal’azim.
Subscribe to:
Posts (Atom)