bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday 28 December 2012

::meminjam inspirasi::

AssalaMualaiKum w.b.t
sebetulnya post kali nak bercerita tentang 'kerja' @ karier @ job
sedang ronda2 kat utube, ditakdirkan Allah jumpe video bertajuk "sejernih sinar mata"
and ditakdirkan Allah juga supaya klik play, means tonton video ni.
memang diakui diri ini meminati figura atau ikon utama dalam video ni, iaitu Prof. Dr. Muhaya Mohammad.
dan bagusnya this kinda macam petunjuk buat diri yang sedang mengah, agak serabut dan lelah nak cari kerja.
dah jadi satu kebiasaan untuk budak baru habis degree just like me, kunun2 macam dah habis belajar, IQ dah tahap tinggi so nak tak nak, either kerja atau sambung master! dua pilihan je? yerp...
eh tak jugak.. ade lagi satu, kahwin! :) menganggur? don't ya eva said dat word here!
so..lets watch this vid. moge ada manfaat yang boleh dikongsi dan disebarkan..


Thursday 27 December 2012

::6bulan 7hari::



kalau benar atas iman
pasti kau sanggup berkorban
kalau benar atas iman
pasti kau kekal bertahan
kalau benar atas iman
pasti kau akan jumpa keikhlasan
kalau benar atas iman
pasti kau mampu mengucup erti pengorbanan...


apa kamu kira, perjalanan ini kosong?
ketahuilah ia perlu dilalui dengan pengorbanan
tidak cukup hanya dengan omong
perlu dengan pembuktian
dan pengorbanan itulah manifestasi ketakwaan....



PROLOG:
Mentari pagi seakan-akan malu memuncul diri. Dia berdiri tenang di gigi air bermain busa-busa kecil yang terhanyut. Sengaja dia ke mari menggamit memori 21 tahun yang dulu. Andai dikenang kembali, tempat ini pernah jadi daerah penghibur ketika dukanya. Ketika mencari hati yang kerap kali bersembunyi. Di sini juga dia menemukan sunyinya, penemannya, jodoh, guru dan cahaya hatinya.
"jauh termenung ummi, sampai kain jubah ummi basah pon tak sedar ye". Tangannya diraih dan digenggam erat lelaki itu. "ummi terkenangkan siapa? kan abi ada kat sini..". Dia tersenyum bahagia memandang lelaki itu dan membalas "ummi tau abi akan sentiasa dengan ummi..terima kasih abi, terima kasih..". Tangan lelaki itu dikucupnya. Ada titisan air mata hangat mengalir pada jemari lelaki itu. Ditundukkan wajahnya dan dimampirkan bibirnya ke dahi wanita dihadapannya, dalam hati serentak doa dan pengharapan dari seorang lelaki.
"ummi bila kawan ummi nak sampai, tak sabar Nawwar nak jumpe kawan ummi tu..heheh..". Dia sekadar memandang bahagia anak gadisnya tanpa jawapan. Minggu depan Nawwar akan berangkat ke Madinah menyambung pengajiannya di sana. Kelihatan Naashif, Nafis, Nasyat gembira benar bermain air sambil diperhatikan abang mereka Nuwair. Merengek-rengek Nufah mahu ikut bermain, tetapi didukung kejap Nuwair sambil memujuk.
Manakala Najat dan Nuha leka membaca. Keindahan pantai pagi itu sikit pon tak menarik hati mereka untuk menikmatinya. Cuma sekejap tadi mereka terkesima melihat keindahan matahari terbit, sedikit-sedikit cahaya itu menyinar dan bumi menjadi terang benderang. 


Wednesday 12 December 2012

::keroncong yang hilang::

kinda luv to share..
diz kinda song
simple..

Benarkah tiada bagiku                                     
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

Ke mana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama


Ataupun

Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana... Ana...
Ana... Ana...

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku