bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Tuesday 13 August 2013

Mujahadah Menyelami Kehidupan

Assalamualaikum,

Mood menulis datang ttbe.
Sungguh, diri ini umpama anai2 yg memakan kayu kayan, perosak bangunan yg diusahakan penuh lelah dan peluh utk dibinanya..
Ya Allah, orang lain bersungguh2 kembali padaMu,
namun aku??
masih dengan kehidupan jahiliyah yg bahagianya hanya sementara.

terdetik utk membuka blog seorang kenalan di matrik.
Ditemukan dlm rangka utk meraih redhaMu.

ya Allah bila dikenang kembali, betapa tulusnya aku meraih redhaMu waktu itu.
apa yg ku fikirkan adalah semata2 keranaMu,
mengajak orang dtg ke taalim utk membantu mereka merubah diri ke arah lebih baik,
berbagai cara dan usaha dijalankan, liqo kerap kali diadakan utk membincangkan cara penyelesaian.
dan waktu itu aku seorang pelajar matrik, kesibukkan waktu itu semua orang maklum,
namun, aku tetap ada masa utk tarbiyah dan dakwahku.

Di waktu itulah aku bertemu si dia. Cantik, pandai, kuat study etc. Quiet susah nak approach. Aku teringat waktu program diadakan di UTP. Waktu itu, pengangkutan kami hanyalah bas. Tiada kereta yang dtg menjemput. Dari matrik, naik bas ke stesen bas pekan gopeng, kemudian, naik bas semula ke medan kidd,ipoh untuk ke UTP. Kami bertolak pagi dari matrik, sampai UTP lepas zohor mungkin. Dan dia merungut."lamanya tunggu, kalau study nih, mesti banyak topic dapat habiskan", "lamanya tunggu, ni kalau ke kl ni dah sampai". Aku hanya memberikan senyuman nipis. Memang bas di medan kidd waktu itu lambat sampai. Aku hanya mampu berdoa agar bas cepat datang, ku turut mendoakan agar dia tidak serik untuk keluar ke program selepas ini. Selepas program ini, memang benar, dia sudah serik utk keluar ke program luar, hanya komit dengan program di dalam matrik sahaja.



Namun akhirnya, dia jatuh jgk ke tanganku atas izin Allah. Sangat komit dengan taalim dan perubahan. Sering mengadu kepadaku atas mujahadah yg sukar dilakukan. Aku memberikan support selayaknya. Kerana aku tahu, aku juga tidak mampu kuat, bertahan dgn ujiannya.

Sekarang walaupun sudah 4 tahun berlalu,aku masih mengingatinya. Aku ingin kembali berbual bicara dengannya soal mujahadah. Melihat blognya yg sarat dengan perkataan cinta, mujahadah, aku tahu, dia masih bermujahadah dengan ujian tersebut. Aku ingin menjadi sekuat dia dalam bermujahadah. Aamiin.. Aku tidak ingin jatuh, jatuh dan jatuh lagi. Mencari cinta Illahi terlalu payah. T_T





Tuesday 23 July 2013

::Nazhar bukan sekadar Taa'ruf:: - Salim A. Fillah

Engkaulah itu minyak atar
Meskipun masih tersimpan
Dalam kuntum yang akan mekar
-Iqbal, Javid Namah-
 “Seandainya kami bisa membelikan janggut untuk Qais dengan harta kami”, kata orang-orang Anshar, “Niscaya akan kami lakukan.” Semua sifat dan jiwa kepemimpinan memang ada pada pemuda ini. Nasabnya juga terkemuka lagi mulia. Kecuali, ya itu tadi. Janggut. Salah satu simbol kejantanan dalam kaumnya yang sayangnya tak dimilikinya. Wajahnya licin dan bersih.
Namanya Qais ibn Sa’d ibn ‘Ubadah. Ayahnya, Sa’d ibn ‘Ubadah, pemimpin suku Khazraj di Madinah. Rasulullah menyebut keluarga ini sebagai limpahan kedermawanan. Ketika para muhajirin datang, masing-masing orang Anshar membawa satu atau dua orang yang telah dipersaudarakan dengan mereka ke rumahnya untuk ditanggung kehidupannya. Kecuali Sa’d ibn ‘Ubadah. Dia membawa 80 orang muhajirin ke rumahnya!
Saat masuk Islam, Sa’d ibn ‘Ubadah menyerahkan sang putera kepada Rasulullah. “Inilah khadam anda wahai Nabi Allah”, ujar Sa’d. Tapi menurut Anas ibn Malik, Qais lebih pas disebut ajudan Sang Nabi. Dan air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga. Dalam pergaulannya di kalangan pemuda, Qais sangat royal seperti bapaknya di kalangan tua-tua. Tak terhitung lagi sedekah dan dermanya. Tak pernah ditagihnya piutang-piutangnya. Tak pernah diambilnya jika orang mengembalikan pinjaman padanya.
Kedermawanan Qais begitu masyhur di kalangan muhajirin hingga menjadi bahan perbincangan. Sampai-sampai suatu hari Abu Bakr Ash Shiddiq dan ‘Umar ibn Al Khaththab berbicara tentangnya dan berujar, “Kalau kita biarkan terus pemuda ini dengan kedermawanannya, bisa-bisa habis licinlah harta orangtuanya!”
Pembicaraan ini sampai juga ke telinga sang ayah, Sa’d ibn ‘Ubadah. Apa komentarnya? Menarik sekali. “Aduhai siapa yang dapat membela diriku terhadap Abu Bakr dan ‘Umar?!”, serunya. “Mereka telah mengajari anakku untuk kikir dengan memperalat namaku!” Mendengarnya para sahabat pun tertawa. Lalu Abu Bakr dan ‘Umar meminta maaf padanya.

Saturday 13 July 2013

::surat ramadhan untuk cik jiwa..::

Rindu!
Simpulan pendek yang memaksudkan jerit hati bisu pada kecintaan untuk sebarang cakaran warna di kanvas OTD.

Assalamualaikum w.b.t jua salam Ramadhan Kareem duhai cik JIWA :)
Alhamdulillah sedang melalui hari ke-5 berpuasa. Empat hari yang lepas telah di lalui dengan berbagai warna seri hidup. Syukur, syukur, syukur... dah cukupkah sekadar menyatakan kesyukuran seperti itu? Mana amal buktinya manifestasi syukur itu? *sigh...
Katanya bulan ini adalah merugikan dan sia-sia bagi sesiapa yang tidak mendapat keAMPUNanNYA.
Katanya bulan ini merupakan detik masa waktu didikan terbaik untuk mendapat anugerah TAQWA.
Katanya bulan ini saat terbaik untuk mendidik nafsu serakah yang bermaharajalela.
Katanya bulan ini masa terbaik untuk all out gencar bekerja.
Katanya bulan ini mahu dikejar berusaha mendapat malam seribu bulan.
Katanya bulan ini detik terbaik menghulur salam silaturrahim yang selama ini senget tak terjaga.
Katanya bulan ini bakal melalui hari-hari yang ceria tanpa suara tapi tersenyum indah menyapa saudara.
Katanya lagi, ramadhan kali ini mungkin tahun akhir untuknya..

Kata siapa? 
LIDAH dusta dari JIWA berduka.
Bukan pesimis dengan sengaja, tapi sekadar hamburan kecewa empat hari melalui bulan yang tercinta.
Hari ini? Ya, hari ke-5. Mahu kau ulangi yang lalu atau mencorak langkah yang baru? Tepuk dada tanya pada jiwa jujur mu yang sedang menderita.

Mari! tiupkan nafas baru segar dan jitu untuk menapaki hari mendatang yang insyaAllah menunggu andai ada rezeki mu untuk membuka mata selepas zuhur nanti atau mungkin seminit dua lagi. Mati tidak ternanti-nanti.

Kata ustaz, "kau harus bersyukur kerana masih di rezekikan untuk menghirup mampat ruang jeda ramadhan kali ini". Sambung ustaz lagi, "ramai orang yang rindu dan ternanti-nanti akan kedatangan bulan ini, tetapi ramai di antara mereka yang tidak di rezekikan untuk melaluinya dek kerana ketetapan ajal yang tiba-tiba datang tak di jemput. Ada jua yang direzekikan untuk berada dalam relung bulan barakah ini tetapi tiba-tiba keupayaan terbatas dek kerana kekejangan strok pada ramadhan malam pertama tanpa sempat mengangkat takbir taraweh rakaat yang baru saja bermula".

Nah, sekarang kau renung sejenak di mana dirimu? Bukan kau tidak tahu akan berkat dan rahmatNYA dalam bulan ini.
Tapi mengapa masih kau teraba-raba?? 

Psst psst!! by the way atas kecintaan dan sayang Allah pada mu, dengan izinNYA ruang waktu untukmu masih berbaki untuk kau memperbaiki. Syurga masih terbuka luas untukmu dan mohonlah agar pintu neraka itu tertutup selamanya buat mu.

Yang benar,
inche Ramadhan ceria :)







Wednesday 8 May 2013

PRU 13 oh PRU 13...

Bismillahirahmanirrahim...

Puh,puh... (tiup habuk sikit... ). Lamanya tidak menaip2.. Gigihnya sang teman membersihkan habuk, aku sekadar leka memandang.. MAAF!!

Bahang PRU masih terasa even dah 3 hari berlalu. Since dilantik menjadi jentera PRU isma, kehidupan selama 2 bulan sebelum tidak teratur, tidak terurus, kelam kabut.. dan jelas2 sangat terisi. Alhamdulillah.... =D

Selepas pengumuman keputusan PRU-13, hati sedikit terusik. Kejayaan yang diinginkan, namun Allah belum menetapkan kami sebagai pemenang.. Hatiku pasrah dan redha. Mengapa begitu mudah untuk pasrah dan redha?? Padahal segala usaha penat lelah kami selama 2 bulan tanpa henti ini lansung tidak dibayar dengan harga. Mengapa semudah itu pasrah dan redha??

Jawapannya...

Kami memang sejak dari awal diminta untuk membetulkan niat semata, bahawa penglibatan kami dalam PRU ini lillahitaala, menyeru masyarakat kembali kepada fikrah islamiyah.

Thursday 18 April 2013

::takdapatkek::

17 bulan empat 1989 eh! 2013.eheh..
apsal hengko senyum weyh??
Ouch!!
Permukaan jemari perlahan-lahan bertukar keputihan..
Pucat ke???? eheh..
Bukan, geleng2. Kesan hakisan Hydrogen Peroxide (H2O2), pedih! Gatal tak pakai glove

Assalamualaikum w.b.t. Jawab2....
Bismillah, istigfar dan selawat. Sengih.
Hoi senyumlah!! tu baru di kira sedekah. Eheh..
Sedang dalam mood lab coat, beaker, termometer, kaki retort, chemical solution, Kalgon, distilled water dan tanah. Again?? yeah again... (=__=')
Oi ! Oi ! sila bersemangat waja! proton! dan viva! eheh. Hokey2. Apa khabar iman saya hari ini? gulp gulp..(telan banyak *amylase). 

Keseharian, kesiangan dan kemalaman di makmal it's not a new thing bagi people which terlibat dengan kos2 or subject2 saintifik termasuklah saya. Enjoy? hmm.. enjoy jugaklah tapi apabila terpaksa hadap dengan situasi keseorangan, kesunyian dan kesepian sekeliling alam gelabah juga saya. Eheh. Beberapa kali saya seakan melihat kelibat intaian di tepi tingkap! aaaaaaa!!!!~ Berulang2 kali juga saya memandang dan buat pandangan sharp edge dahan pokok yang menganggu. Dalam hati "pokok ni aku tebang jugak nanti", eheh. Bila mata setiap kali tertancap pada keliling di luar yang semakin gelap, dahanan menari2 laju "macam melambai2 pon ada, tapi pada siapa?? jeng jeng jeng!". Ok, fine keberanian, kecekalan dan kemachoan hati bertaman bunga sangat teruji kala ini.

Monday 15 April 2013

::jentik j3ntik cinta::


14 april,2013
Saat ni saya baru balik dari Payang’s market. Saya suka! Ada masa saya suka melihat pakcik makcik, abang,kakak yang berniaga kat sana. Ramah menyapa dengan senyuman dan saya suka bahasa mesra mereka. Kebetulan shoping dengan my little aunt yang kecik terampil bergaya, setiap kali singgah di kedai kecik mereka, my little aunt disapa dengan panggilan ‘mak’, waa..saya kagum!.

saya shoping bwk briefcase.sory menipu.eheh
“Hek elleh…!!!! Apa hengko ni Jit! Itupon nak kagum, itu biasalah!”.
“owh, ye kerr…, tapi.. tak wajar ke aku nak kagum? Bahasa jiwa bangsa tau”. =_=’

Sementelah saya pernah terdengar, orang yang baik dalamannya akan baik juga tutur bicaranya. Tersusun, berisi, tak berterabur, lembut penyampaiannya mudah, indah bahasanya tidak kesat dan tiada wordy yang kasar tapi bukan gedik2 buatan..oopps!! (tutup mulut) Maaf, terkasar bahasa saya. Eheh.

Hey, you know what? Sapaan mesra itu mengingatkan saya dengan kesweetan Rasulullah S.A.W yang memanggil Aisyah dengan ‘Humaira’. Juga sapaan2 seperti ‘ya habibati (wahai kecintaanku), ‘ya sadiqi’ (wahai sahabatku), ‘ya bunayya’ (wahai anakku) dan yang tengah hot nowadays ‘ya hanana’. Eheh. Membesarkan jiwa sesama saudara kita dengan panggilan yang baik2 juga satu sunnah kan? Apatah lagi dengan panggilan2 itu bakal mendekatkan dan mengikat hati sesama kita. Ini namanya ibrah. Tidak rugi pada penglihatan, pendengaran yang Allah kurniakan bila kita mahu berfikir. Alhamdulillah. Allah sangat sweet!!!. Senyum lebar2.

Saturday 6 April 2013

::tanah mana??::

Assalamuaalaikum w.b.t
Yuk selawat dan istigfar :)
Tersangatlah menjerukkan this OTD kecintaan~
Hisy....keluh dalam2. "Woi Jit, tabaik mengeluh begitu..", hmmmmmphhh, ok kawan. Urut2 kepala, astagfirullah..
ok2, tuka tune. Mode classic jazz turn to mode rock jazz (ada ke? angkat bahu.eheh).
tadadadada...!!! (bernada: 'bananana' pisang kartun yang kat dalam TV tu.eheh).


Ni video potato song by kartun pisang jugak.kih3. Yang menariknya they'all ni bukan jenis pisang emas yang boleh dibawa belayar tu, tapi kind off pisang@minions yang buat kerja kat laboratory.perghh!! Tapinya they just workers, kadang2 bila dah merapu sangat saya layan gak dorang ni. comel! + they do lab works, sama macam saya.kih3. All the time selalunya saya layan kartun time kat rumah. Menonton dengan my little bro yang standard 2.eheh..lagho3!! Berdekah2 kiteorang ketawa dalam bilik especially time layan kartun larva.kih3..epik btol bab2 tengok kartun ni. The best is kartun yang tak bercakap, ada action je. Sanggup pulak tu kiteorang ulang 3,4 kali tengok part yang 'giler klaka'.haish...bertuah punya bro! Along ada banyak kerja nak buat ni! dia akan jawab "ok2, last2!! lepas ni adik turun buat homework adik.eheh..

"Jit....=__=' hengko mengarut apa ni...??"
"eheh. Kak Jhenaboo, ni ni.. muqaddimah Jit memang selalu mengarut la kakak. Sape suruh baca? eheh..". ok fine akak outa this!!" "sila2....~". lalalala~

Monday 25 February 2013

:: masuk@keluar penjara ::

(masuk penjara aka terpenjara)
Saya jujurnya kurang terinspirasi or kurang semangat bila diberi limitation untuk menulis. Saya menulis untuk mengkhabarkan or spesifiknya saya berniat untuk menjentik minda2 yang terkatup. Bila terhad pembacanya, maka… objektif saya mungkin tak tercapai. Even saya cukup pasti this OTD pembacanya cuma sekitar 2,3 orang tak termasuk owner blog, tetapi sekurang2nya ada kepala lain yang boleh berfikir tentang penulisan saya. Sementelah, this blog owner  tak selalu bukak pon OTD, tak berkesempatan katanya. Tetapi saya perlukan respon…T_T. Blog ni bukan sekadar bertujuan open diary. Bukan!!. Tambahan inilah satu2nya medium untuk saya menyuarakan hal remeh temeh yang saya tak fikir ada orang lain nak dengar pon kalau saya berceloteh. Bila menulis, saya rasa BEBAS!! Tapi……………. Mungkin saya perlu mendidik diri untuk bertoleransi. Memberi peluang padanya untuk rasa BEBAS pula. Saya terfikir mungkin dia terlupa tujuan asal dia mengajak saya untuk sign up blogger, tidak mengapa, saya sanggup tunggu. Either selepas ini OTD terus bersambung hayat dengan suksesnyer atau terus…….err.. better saya jangan sebut word tu. OPTIMIS!!

Nabi Syua'ib: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh Taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud:88)

(keluar penjara aka I’m free!!)

Sunday 24 February 2013

:: deep expression ::


untuk sesuatu yang kita cari selama ini...

sendirian ke sana ke mari....
melihat bayangan diri dalam lopak hidup yang bersisa

Saturday 23 February 2013

sejauh mana ukhwahfillah itu~

Ukhwahfillah, uhibbukifillah…. Itulah ucapan2 yang kerap dilantunkan bagi para sahabat yang mencintai sahabatnya kerana Allah. Tapi terfikirkah kita, sejauh mana standard ukhwahfillah itu?? Atau syarat2 ukhwahfillah itu?? Cukupkah sekadar mengucapkan berulang2 kali?? Ketahuilah yang menumbuhkan rasa sayang kita pada sahabat kita ialah Allah. Yang menjadikan kita kasih, rindu, rapat etc adalah bersumberkan dari Allah;
psst! psst! kau syg aku x?
“dan Yang mempersatukan hati mereka (orang2 beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akantetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal :63).
Allah memberikan pahala yang sangat besar dan tempat yang tinggi bagi mereka yang menjalinkan ukhwah di jalan Allah. Seperti dijanjikan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairahr.a.. Dari Nabi saw, bersabda:
"Sesungguhnya Allah pada hari kiamat akan berfirman, "Manakah orang2 yg saling mencintai kerana keagungan Ku? Padahari ini Aku nanungi mereka di bawah naunganKu, dan tidak ada naungan kecuali naunganKu"".
Dari Mu’adz r.a, ia berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda;
“Allah ‘AzzawaJalla berfirman, “Siapa saja yang saling mencintai kerana keagunganKu, mereka akan mendapatkan beberapa mimbar yang terbuat daricahaya yang diinginkan oleh para Nabi dan orang2 yang mati syahid”

Monday 11 February 2013

# copy paste

#copy paste dari FB member..
Bismillah..Allah..

ukhwah makin lama, patutnya makin pulih..
tapi makin lama masa Allah bagi untuk baiki..
makin parah..
sampai sekarang aku masih ingin bertahan..
jgn pernah ada kata putus..
andai ukhwah ini terasa beban..
mengapa dulu berani menjalinkan?
~hati itu memang terguris, tp hidup mesti bertabah~
(menaip dgn tangan ketar)
wallahu'alam..


lalu saya bertanya, bagaimana solusinya..

beliau menjawab: juz bertahan..minta Allah kuatkan..kita tak patut rasa sesal dgn ukhwah yg dah terjalin, sebab kita pernah senyum kerananya, kita pernah berbahagia dgn nikmat Allah jd takkan bila Allah uji sikit senang2 kita nak buang ukhwah ni dari hidup kita kan?sebenarnya, tiap yg terjadi dlm hidup kita adalah bicara Allah dgn kita..adakah kita bersyukur dgn suka dan duka yang Allah bagi kat kita..atau bila happy kita nak..tp bila sedih kita buang jauh..nikmat Allah bukan hampas tebu..peringatan buat diri gak..T___T

Friday 8 February 2013

:: スタートに戻って= back to the start ::

Asalamualaikum w.b.t dan salam Satu Tauhid..
Selawat dan istigfar yuk!
SenyummmmmmmmmmmmM.. :)

"tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi tanpa tarbiyah segalanya sia-sia...
tarbiyah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan tarbiyah"
- salam sayang uhibbukifillah

Kata-kata yang dikutip pada kertas surat khabar a.k.a sampul hadiah :)
Hadiah pertama juga dari naqib pertama saya di tanah singgahan penyu lebih kurang tiga tahun yang dulu.
Terkedip-kedip mata membaca pesanan pada sampul saat itu. Ada kebarangkalian saya ternganga seketika, dan terkatup spontan terpacul "ok.." dan sengih. Jujurnya saat tu masih terhegeh-hegeh nak faham. 
sangat suke jadi lain dari yang lain! :)
Bila duduk dalam bulatan ada masa saya nganga je dan bila naqib tanya "ape pendapat Jit? or Jit ada apa-apa nak cakap?", bersungguh saya menggeleng (lagak macam, saya tak bersalah!!!). Bila naqib beralih pada orang lain, masing-masing dengan jawapan seriuss mantap!. Ada jugak saya sesekali bertanya, tapi kadang-kadang soalannya 'its too complicated!', wahaha!. Sampaikan pernah suatu ketika (dah agak rapat dengan naqib), naqib kata sayalah orang yang paling degil! dan susah nak terima apa yang cuba dia sampaikan.

Tuesday 5 February 2013

:: jar of heart ::

meniti hidup..
Today, one simple conversation with a dear friend made me so happy! She made me realize something that was such an opening for me, alhamdulilah! I was describing to her how difficult it was for me to 'get over things' once I get invested--and how painful that ends up being for me. I’m a person who when I’m in, I’m all in. And don’t get ‘out’ easily. Therefore, ‘letting go’ is a major challenge. So she responded by making me realize something I didn't see. She said, "When you're in, you're in with your whole self. You don’t get over things easily once you get invested. That trait can be a source of challenges in life, but that trait is also what allows you 'not to get over Allah' once you get invested! And as long as you keep that relationship the strongest, everything else will work out in the end.” Allah! It was such a powerful statement, it brought me to tears! And it reminded me of the Shakespeare poem about love: “Let me not to the marriage of true minds. Admit impediments. Love is not love Which alters when it alteration finds, Or bends with the remover to remove: O no! it is an ever-fixed mark That looks on tempests and is never shaken.- Yasmin Mogahed.

Kata-kata yang saya kutip dari FB penulis buku 'Reclaim Your Heart'.
Jujurnya bila terbaca status tersebut, ia seakan menghentak kepala dan hati saya. Buat saya spontan terdetik, "eh, si mek Yasmin ni dia macam tau-tau je!", seriously memang excited dua saat bila terbaca those words. Rasa terpujuk terbelai amat rajuk jiwa dan hati. Apa yang mek Yasmin lalui and rasa tu just like what I feel. Serious sama!! Namun...hakikatnya saat itu yang memujuk diri ini adalah cinta hati saya, yang berkali-kali datang mengetuk dan yang berbondong-bondong datang menjenguk. DIA yang saya terbaikan, yang banyak kali saya pinggirkan :'(

Thursday 24 January 2013

senandung tasbih nabi~

kasih tercipta,
cintamu dirasa,
biar jauh jarak masa,
membezakan kita,
namun tiada jurang antara,
kerana tiada lain hanya dikau seorang saja,
suri terhebat sepanjang daerah masa,
akhlakmu bak Al-Quran
berjalan penuh sasa,
penunjuk jalan bagi manusia,
yang selalu alpa lagi lupa,
agungnya peribadimu buat
Khadijah terpaut terpana,
Abu Bakar penuh yakin
menyatakan percaya,
membenarkan apa jua kata-kata,

Super Health Gaya Hidup Sihat Rasulullah


Assalamualaikum wbt..

Diri terlalu sepi untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Alhamdulillah bersempena dengan maulidur rasul ini ada sedikit cahaya kerajinan untuk menarikan jari setelah penat sang sahabat bersabar... =p

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awwal 1434H. 

Allahumma solli 'ala Muhammad,  
Allahumma solli 'ala Muhammad,  
Allahumma solli 'ala Muhammad.. 

Moga dengan banyaknya selawat yang kita lantunkan buat nabi junjungan besar ini yang terlalu banyak berjasa atas keislaman dan keimanan kita ini moga Allah dan para malaikat jua berselawat ke atas kita.. Moga juga di akhirat sana, Rasulullah mengenal kita dan mengaku kita sebagai ummatnya.. Aameen. 

Tak terungkapkan kerinduan padanya, pada akhlaknya, pada tingkahlakunya.. Baginda adalah sebaik2 ikutan. Teringin sungguh untuk berada sezaman dengan Rasulullah. Merasai keindahan islam yang sebenar, masyarakat yang saling membantu, berkasih sayang, Subahanallah, aku amat merindui zaman itu. 

Friday 11 January 2013

::jom bahu ke bahu!::


assalamualaikum you guys!
perghh...!! macam ape je :)
kununnyerla berjuta la yang view this OTD.
huh! what ever it is..
siryes terkenang a.k.a rindu yang melimpah! wow..
saat duk mengedit2 (curik mase buat this post)
edit ape? adelah... ^_^
yg bole ckpnyer..hmm, myb this gonna be my begin step on the trek.
tibe2 byk pulak persoalan eh?? ignore je..
bek tak yah cakap.. -_-'

Thursday 10 January 2013

::sarcatism::

when you have
no where to go
when everything you see
just black
anything you touch
it turn to rock
every step you begin
you fall down

what the life expect you to be actually ???

a failure ?
or maybe someone who
never do right thing in their life ???
sob..sob..sob..

no !!
please don't say that
such cruel wordy

Tuesday 8 January 2013

::manjanya awak!:: part 1

manje ke comel ?? both! fine...^^
eh hem..
Assalamualaikum wbt ^_^
mari selawat dan istigfar sekejap before baca the whole post ni. yuk!
0rite!..
as usual, my day memang tak sah kalau at least 10 minit untuk dengar siaran radio Ikim. And surely berkesempatan masa tengah drivela kan :) alhamdulillah dapat jugak sedikit sebanyak me'nopup2' ilmu yang seakan kian susut ni selain merawat hati yang sakitnya kadang-kadang parah membarah. 

Bebola mata ke atas, kepala sedikit terdongak. Flashback rakaman minda yang tersalur melalui deria dengar petang tadi. Sebetulnya, anda tak perlu kaget or bimbang dengan tajuk post ni. Ini bukan post manja-manja gedik yang tak sweet lansung tu. Tetapi ini tema manja yang confirm2 suuuuuwiiiit tak terkata ^_^. But you people kalau tak rasa sweet like I told you, ampun dan maaf akibat tidak tersampainya rasa manis itu. Atas segala dosa diri ini yang melambung-lambung (sr0oot..). Apa pon, moga Allah sentiasa berkehendakkan yang terbaik untuk hambaNya. Mari-mari!! kita rasa suuuuuwiiitnya bersama-sama. Insya Allah..

Thursday 3 January 2013

Hari Pertama Persekolahan.

Kelam- kabut, berkejar-kejaran ke sana ke mari. Dari sebelum ke sekolah sampai jam terakhir di sekolah. Pengalaman!
-         
     - Bersiap ke sekolah sudah awal, 7.15pagi. Tapi, Allah tidak izinkan aku untuk bergerak awal, motorsikal ku di blok oleh motorsikal housemate. Gulp2!! Susah nak keluarkan. Take time!! T_T.
7.30pagi baru dapat keluarkan motor, memecut ke rumah Teacher Faidzah untuk menumpangkannya sepanjang kereta kesayangannya di bengkel akibat kemalangan. Memecut dengan sesungguhnya, hampir melanggar dan dilanggar. “Hai, kamu ni bawa anak dara orang, hati-hati bawanya motor”, monologku.

- Di sekolah berkenal-kenalan dengan anak muridku, 3 Uthman. Taklimat peraturan sekolah oleh guru kelas 3B, Pn. Farida. Perlantikan ketua kelas, penolong ketua kelas, ketua keceriaan dan penolongnya. Kelas yang sangat aktif! Masing-masing merelakan diri untuk memegang amanah. Riuh rendah kelas dibuatnya.

-Ibu kepada Hazim mengetuk pintu kelas dan ingin bercakap denganku. Meluahkan rasa hatinya yang mengegarkan hatiku sebagai seorang guru yang hanya berpengalaman tidak sampai 24jam! “ Cikgu, anak saya Hazim masih tidak pandai membaca. Dia dah tahun 3.

Tuesday 1 January 2013

::genggamlah yang peduli padamu::

Percayailah seseorang...
Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu.
Yang mampu mengerti pikiranmu disaat engkau terdiam.
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu.
Karena dialah yang akan bisa mengerti tentang dirimu.

Terkadang engkau harus berlari jauh..
Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu.

Terkadang engkau harus berbicara perlahan..
Agar engkau tahu siapa yang masih mau mendengarkanmu.

 Terkadang engkau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbedaan..
Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu.

Terkadang engkau harus mencoba mengambil keputusan yang kurang tepat..
Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar.

Terkadang engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau cintai..
Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia di sisimu.

Sesungguhnya...
Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan.
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti.
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus air mata kita.
Dan dialah sebenarnya yang masih mempedulikan kita.

Insyaallah..

veiledninja:

My friend made these awesome hijabi key chains by hand using clay

oktengsbai...~