bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday 28 August 2015

Perbincangan sebelum berlaku perang Badar Kubro


Ketika kamu menginginkan yang tiada senjata untukmu, sedang Allah menginginkan pasukan lengkap bersenjata untukmu.

Miqdad, seorang maula berkulit hitam berbicara dengan lantang dan tegas: 
“Ya Rasulullah, jangan ragu! Laksanakan apa yang dititahkan Allah. Kami akan bersamamu. Demi Allah kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan Bani Israel kepada Musa, ‘Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah! Kami akan duduk menunggu di sini.’ Tetapi kami akan mengatakan kepadamu, ‘Pergilah bersama Tuhanmu dan berperanglah! Kami akan berperang di sampingmu.’ Demi yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran! Seandainya engkau membawa kami menerjuni lautan lumpur, kami akan patuh. Kami akan berjuang bersamamu dengan gagah berani hingga mencapai tujuan, dan kami akan bertempur di sebelah kanan dan di sebelah kirmu, di bahagian depan dan di bahagian belakangmu, sampai Allah memberimu kemenangan.”

Mendengar ucapan dan semangat Miqdad, wajah Rosulullah Saw pun kemudian menjadi berseri-seri. Apa yang telah diucapkan oleh Miqdad telah mengobarkan semangat juang kaum muslimin. Sehingga salah satu dari tokoh Anshor, Saad bin Ubadah pun berkata:” 
“Ya Rasulullah, sungguh, kami telah beriman kepadamu, membenarkanmu, dan kami telah saksikan bahwa apa yang engkau bawa adalah benar. Kami juga sudah bersumpah setia kepadamu. Karena itu, majulah wahai utusan Allah, kami akan bersamamu. Demi yang telah mengutusmu membawa kebenaran, seandainya engkau membawa kami ke lautan, lalu engkau mengarungi lautan itu, tentu kami juga akan mengarunginya. Tidak seorang pun akan berpaling. Kami akan bersamamu berperang melawan musuh. Kami adalah orang-orang yang gagah berani dalam peperangan, tidak gentar menghadapi musuh. Allah akan memperlihatkan kepadamu kiprah kami dalam peperangan yang akan berkenan di hatimu. Karena itu, maju terus, kami akan bersamamu. Berkah Allah akan bersama kita.”


Keteguhan iman para sahabat, walaupun berada dalam keadaan yang menghimpit, namun janji pertolongan Allah utuh di hati mereka. 

Kejatuhan Andalus | Tangisan Atas Sebuah Kenaifan

Penyakit naïf ini bukan melanda sekali sahaja dalam sejarah umat Islam, penyakit ini juga menjadi penyebab utama kepada runtuhnya Kerajaan Islam di Andalus.

Kisah kenaifan ketika jatuhnya benteng terakhir Andalus iaitu Granada adalah sebuah kisah yang sepatutnya kita sentiasa jadikannya sebagai pedoman.

Rampasan kuasa oleh Abu Abdullah bin Abi Hasan terhadap bapanya dengan kerjasama Kristien Eropah pada hakikatnya sudah cukup untuk mengajar kita supaya berhenti daripada bersikap naïf terhadap musuh.
 
Kata-kata ibunya saat Abu Abdullah bin Abi Hasan menangis akibat telah ditikam belakang oleh musuh yang disangka sebagai rakan hendaklah kita jadikan sebagai peringatan:
ابك اليوم بكاء النساء على ملك لم تحفظه حفظ الرجال
“Kamu jangan menangis seperti seorang wanita untuk apa yang kamu tidak dapat membela sebagai seorang lelaki.”

 

Sumber :Fb Majlis Ulama ISMA (https://www.facebook.com/majlisulamaisma)

Sejarah Baghdad | Kenaifan Umat Dalam Mengenali Musuh Menghancurkan Sebuah Tamadun.

 
Bahkan lebih mengejutkan lagi, penyakit “naïf” ini sampai ke tahap adanya dikalangan pimpinan umat Islam ketika itu yang bekerjasama dengan Mongol dalam menjatuhkan Khilafah Abasiyah.
Perkara yang sepatutnya dirasakan sebagai suatu ancaman menjadi sebaliknya, mereka rasakan ianya sebagai suatu peluang lalu bekerjasama dengan musuh, mereka lupa siapa musuh dan siapa kawan.
Akhrinya mereka hanya menyedari hal ini apabila mereka turut dibunuh setelah selesai diperkudakan oleh Mongol.

“Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan “Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah”




Umat Islam ketika itu terpaksa membayar bayaran yang tersangat mahal akibat penyakit kenaifan yang melanda semua kelompok ketika itu, samada pemimpin atau pon rakyat.
Para sejarahwan menganggarkan bilangan mereka yang terkorban di Baghdad lebih daripada sejuta nyawa umat Islam. Kenaifan ini turut menyebabkan runtuhnya sebuh tamadun yang hebat.
Khalifah ketika itu juga dibunuh dalam bentuk yang sangat hina iaitu dengan digulung di dalam permaidani Istana lalu dipijak beramai-ramai.

Sumber :Fb Majlis Ulama ISMA (https://www.facebook.com/majlisulamaisma)

Kecintaan pada Sirah

Bismillahirrahmanirrahim..
 

Disebabkan kecintaan yang amat terhadap sirah, aku cuba penuhkan post-post di blog ini dengan kisah sejarah.

Kisah ini either di copy paste dari mana2 atau hasil bacaan.  (untuk tujuan kumpul)
Moga terbit kesempatan untuk benar2 mendalami sirah..

Kesibukkan bekerja mungkin tidak sesibuk belajar. (sapa nak argue, silakan)
Tapi,  pembacaan waktu belajar lebih banyak berbanding setelah bekerja.
Mungkinkah keberkatan waktu itu telah tiada??
Atau adakah fizikal ini telah lelah untuk stay lama2 membaca?

Allah, kurniakan aku tubuh badan yg sihat. Iman dan Akal yang sentiasa fresh demi melalui liku  perjuangan ini...

Aamiin..