bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Tuesday 22 September 2015

Betapa inginnya kami agar umat ini mengetahui...



Jiwa seorang Da'ie by Dr Mohd Khairol Jambli

Ini adalah……seorang budak yang berumur 10 tahun.. Dikatakan ibubapanya telah bercerai. Sekarang dia tinggal bersama neneknya. Neneknya dah tak mampu untuk mengawalnya. Dia menghisap gam pada umur yang terlalu muda. Mencuri barang jiran-jirannya. Dipergunakan oleh budak-budak jahat untuk mencuri dan diberikan upah gam. Dia pernah mencuri hampir RM1000 dari rumah jiran saya. Dia juga diajar oleh budak-budak jahat untuk mengugut rakan-rakan satu sekolahnya.


Ketika gambar ini diambil, dia dikatakan telah tidak balik rumah hampir 3 hari, hidup dengan menghisap gam, tidur malam di longkang-longkang kering sekitar kejiranan saya. Akhirnya dia tertangkap dihadapan rumah saya kerana cuba mencuri di rumah jiran saya kelmarin (di siang hari) dan telah diserahkan kpd pihak polis.

Hakikatnya dia baru berumur 10 tahun...meremukkan hati saya. Menyebabkan mata saya berair dan sedih. (Badannya yang kecil lebih kurang je macam anak saya). Kalaulah Rasululllah melihat dia, mesti dia menangis. Risau dgn keadaan umatnya. Dia adalah mangsa keadaan institusi kekeluargaan yang telah hancur.

Begitulah juga perasaan kita sbg seorg Daie. Kita mesti ada perasaan sayang dan risau dgn keadaan umat ini. Kerana perasaan inilah yang melonjakkan kita untuk beramal dan terus berjihad

“Betapa inginnya kami agar umat ini mengetahui, bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Kami berbangga, ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan.Atau menjadi cita mereka, jika memang itu harga yang harus dibayar.
Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini, selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami, mengusai perasaan kami, memeras habis air mata kami, dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami.Betapa berat rasa di hati, ketika kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan dan pasrah oleh keputusasaan.
Sungguh, kami berbuat di jalan Allah untuk kemaslahatan seluruh manusia, lebih banyak dari apa yang kami lakukan untuk kepentingan diri kami. Kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta. Sesaat pun kami tak akan pernah menjadi musuh kalian”. – Dakwatuna


Semoga penglibatan saya dalam ISMA dapat merawat sedikit penyakit pada umat ini. Amin 

Friday 18 September 2015

Muslim must accepts nothing less than EXCELLENCE!



Bismillah...

"Muslim must accepts nothing less than EXCELLENCE!"
Status seorang qudama' ISMA, Ust Hazizi Abd Rahman.

Gulp2.. sentap dihati..
Within this weekend, ternampak beberapa post kejayaan anak2 Islam.
Terus termuhasabah, aku sekarang berada dalam zon yang amat selesa..

Merasa cukup dengan kerjaya sekarang.. T_T
Allah bantulah aku untuk mengecapi kejayaan yang seharusnya seorang Muslim kecapi.

Ilmu Allah amat luas, seluas 7 lautan, bahkan jika ditambah lagi 7 lautan, niscaya tidak akan menyamai ilmu Allah..

1. Kejayaan Dr. Syahrul Fitri!
Aktivis ISMA yang berjaya membuka mata dunia atas kehebatan anak jati Malaysia.

"#‎PhDforUmmah‬ ‪#‎PHD4U‬
Alhamdulillah. 17/09/2015. Graduation ceremony "PhD in Medicine" The University of Adelaide, Australia. Selain mendapat official PhD scroll, menjadi satu bonus saya menjadi mace bearer ('pembawa cokmar diraja') dalam majlis yang dihadiri para graduan pelbagai ijazah daripada Faculty of Health Sciences; School of Medicine, School of Medical Sciences, School of Nursing, School of Dentistry, School of Psychology, Faculty of Professions; School of Economics, Adelaide Business School, dan Faculty of Arts. Alhamdulillah. "

2. Kejayaan Anak muda Muslim, Ahmed Mohamed, who built a clock at teen.
Seorang peminat robotik, Ahmed yang berasal dari Sudan turut ditawarkan biasiswa untuk mengikuti Space Camp oleh NASA Marshall, melawat Makmal Sains Komputer dan Artifisial Intel di MIT dan Makmal Telescope di UT Austin.

3. PRC releases Chemist licensure exam results
Congratulations to the latest batch of licensed chemists!

Muslim at First Place!

Tuesday 8 September 2015

Kisah wara' Umar Alkhattab r.a


"Kisah Umar ra. Memuntahkan Susu Yang la Minum Dari Harta Sedekah"..

Suatu ketika Umar ra. mencicipi susu. Ternyata rasa susu itu lain dari biasanya. Umar ra. langsung bertanya kepada pembawa susu tersebut, dari mana dan bagaimana mendapatkannya. Orang itu berkata, "Ada beberapa ekor unta hasil sedekah sedang memakan rumput di hutan. Lalu para penggembala unta itu memerah sedikit susu dari unta-unta itu, dan memberi saya sedikit." Mendengar itu, Umar ra. segera memasukkan jarinya ke mulut, lalu memuntahkan semua yang telah ia minum tadi.

Allahu, para sahabat sangat teliti bila ia melibatkan hal2 yang syubhat masuk ke dalam tubuh mereka. Moga ia menjadi inspirasi untuk kita lebih memerhatikan apa2 yang masuk ke dalam tubuh kita..

Wednesday 2 September 2015

Khabbab bin Al-'Arat r.a


Mari kita lihat peristiwa Khabbab bin Al-'Arat Radhiyallahu'anhu ketika mengadap Rasulullah setelah disiksa di mana anggota badannya hangus-hangus meminta daripada Rasulullah supaya berdoa dan meminta pertolongan Allah agar mereka berjaya dalam perjuangan.
Apa yang telah dijawab oleh Rasulullah (yang bermaksud):

"Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika ke jalan Allah maka percayalah itulah jalanNya. Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian hambaNya yang beriman, percayalah bahawa mereka yang terdahulu pernah dicakar-cakar badan mereka dengan penyakar besi, tetapi keimanan mereka tetap tidak berganjak."


 

 Pernah terbaca kisah yang sama, dimana Khabbab ibnu Al'Arat r.a berjumpa Rasulullah dan mengadukan penderitaannya yang pernah dipakaikan baju besi lalu dibaringkan di bawah terik matahari yang sangat panas. Keringat bercucuran ditubuhnya. Begitu lama dia diseksa di bawah terik matahari, sehingga daging punggungnya mengelupas kerana panas. 

Namun, apa jawapan Rasulullah saw? 

"Ya Khabbab ibnu Al-Arrat engkau terlalu tergesa-gesa. dan disambung ayat di atas ... "

Nah kawan2.. Khabbab ibnu Al-Arrat yang diseksa sehingga  menggelupas daging punggungnya pun di kata tergesa2? Jadi.. apakah kesabaran kita yang sejengkal ini sudah mengadu lemah, x bermaya, mahukan pertolongan Allah??  

Allah, kurniakan kami kesabaran dan kekuatan yg ampuh sebagaimana Engkau kuatkan para sahabat2 sebelum kami. 



Pengajaran
1) Kemenangan agama Allah ini bukanlah boleh dicapai dengan mudah. Ia mesti dicapai dengan pelbagai ujian.
2) Rasul dan umat terdahulu telah melalui ujian yang lebih hebat dalam memperjuangkan agama Allah

Rujukan:
Fiqh Sirah, Muhammad Sa'id Ramadan Al Buti