bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Wednesday 18 November 2015

Menyesal tidak menjadi Golongan Pelopor


Zuljausyan al-Dhababi r.a. ialah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang tidak menyertai Islam kecuali selepas pembukaan Mekah. Padahal, Rasulullah SAW. telah mengajaknya kepada Islam selepas peperangan Badar

“Baginda bersabda:
“Mahukah kamu menjadi seorang dari angkatan pelopor pertama di dalam urusan itu”?
 

Dia berkata: “Tidak.”
 

Baginda bersabda: “Apakah yang menahan kamu daripada masuk Islam”?
 

Dia menjawab: “Aku telah melihat kaummu mendustakan kamu, mengusir kamu dan memerangi kamu. Tengoklah nanti. Jika kamu mengalahkan mereka, aku beriman kepadamu dan aku akan mengikutmu. Jika mereka mengalahkan kamu, aku tidak akan mengikutmu.”

Setelah beliau masuk Islam, dia sentiasa berdukacita dan menyesal
kerana tidak segera memeluk Islam ketika diajak oleh Rasulullah S.A.W.”


Bukankah ramai orang mengambil pendirian yang sama seperti ZulJausyan? 
Realiti pertempuran Islam mengajak mereka supaya mereka tergolong dalam kelompok perintis, pelopor, pendahulu dan ketua kebangkitan Islam, tetapi mereka enggan berbuat demikian. Mereka hanya duduk memerhati di belakang dan menunggu siapakah yang akan menang, Islam atau jahiliah.
Berapa banyak agaknya jari-jemari yang akan digigit kerana rasa kesal melihat angkatan pelopor memenangi pertarungan tersebut?

Pilihlah, ingin menjadi kelompok perintis, pelopor, pendahulu dan ketua kebangkitan, 
atau 
menjadi kelompok yang duduk memerhati dan menunggu siapakah yang akan menang?? 


Tafakur_Muhasabah!