bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Sunday 16 September 2018

Kitalah Tuan karya Hashim Yaakob

بسم الله الرحمن الرحيم


Kita lari menggendong maruah diri
resah cemas di bumi sendiri.
Lalu berapakah harga kelangsungan nafas
ketika kita tunduk tewas
terkongkong dan tertindas?

Ratusan tahun kita ketiadaan wajah,
apakah tanda kehandalan pahlawan
sedang bangsa menjadi suruhan?
Ratusan tahun kita kehilangan rupa,
Di tanah sendiri tuannya siapa?

Betapa bosan dalam kehilangan
tiada seri di mata, segala malap,
tiada cahaya di jiwa, segala gelap,
lalu mengeluh rintih bangsa bawahan,
kerana pendatang berdiri,
mempertidak hak dan menuding jari:

"Kami sebenarnya tuan,
kamu yang lemah adalah suruhan!"
Tetapi segala sementara,
segala sementara,
tidak terbenam inti keberanian
tidak terkikis nadi kepahlawanan:

bangkit Tok Janggut dengan kegagahan,
bangkit Mat Kilau dengan kecekalan,
bangkit Maharaja Lela dengan kehandalan,
bangkit Bahaman dengan keyakinan,
bangkit segala wira,
bangkit,
bangkit bangsaku memaknakan pertuanan:

berbadai di jiwa membela ibunda
berapi di mata menuntut merdeka!
Kini bagaikan permata,
merdeka di genggaman kita
tergenggam juga kebijaksanaan.
kitalah penentu kelangsungan.

Pengalaman adalah perisai sejati,
tegap kita dengan mata waspada
santun kita dengan telinga budi,
kita bangunkan tiang yang lima,
dalam rangka hidup bersama
kita ukir hala tuju
dengan agama, budaya dan ilmu.
Kitalah tuan.

KARYA OLEH: Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob

Friday 14 September 2018

Kematian yang Menghidupkan

Bismillah.. 

Hari ini merupakan hari Kedua slps arwah Nor Syahida Ab Ghani kembali ke pangkuan Ilahi. Syahid yang sangat didambakan dikurniakan Allah apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan Lori kelapa sawit di kilometer 23, Gua Sejuk, Gua Musang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan dakwah. 

Aku mengenalinya. Berberapa kali pernah bersua muka. Akhlaknya yang menghiasi diri terpancar dengan mudahnya mesra dengan akhwat yang baru dikenali. 

Mengetahui khabar dari sahabat, langsung menidakkan.. Mungkin Syahida lain. Hati menolak untuk menerima. Namun, selepas disahkan beberapa Kali, barulah jiwa ini dapat menerima. Satu perasan yang tidak dapat diunggapkan dengan kata-kata. 

Sehingga kini, membaca mengenainya tak henti2 laju air mata mengalir.

" Terus berlari menuju Ilahi
Terbang tinggi memburu syahid "

Jiwa merasa sangat cemburu atas benarnya dia dalam menepati janjinya kepada Allah. Atas kejujurannya pada thoriqul dakwah. 
Lantas diri terus membandingkan diri dengan beliau, Allah, terlalu jauh bezanya aku dengannya.. Apakah aku bisa meninggalkan dunia ini dengan Amal sebaik beliau? Apakah aku sudah bersedia apabila Dia menjemputku? Dalam ketaatankah atau kemaksiatan? 

Allah, Allah, hanya kepadaMu kami mohon pertolongan, hanya padaMu kami mohon kekuatan. Ikhlaskan kami, istiqomah dan teguhkan kami dalam ketaatan padaMu sehingga kaki ini menjejakkan kaki ke syurgaMu. Dengan engkau redha kepada kami. 

Terus berjuang usahlah jemu 
kerana syurga telah kau rindu 
terus melangkah Mara Dan maju kerana ummat dunia perlukan mu..

Lagu wanita Islam mendayu2 menerobos ke telinga, terus meresap ke dalam jiwa, memasak tekad untuk terus berjuang tanpa jemu dan putus asa,terus memaknakan hidup hingga syahid menjemputku. 

Terima kasih Allah atas ingatan ini, terima kasih ukhti Syahida atas tunjuk ajar yang padu dan menghidupkan jiwa. Doakan kami menyusulmu dengan Jaya.. 


Saturday 23 June 2018

Perfectionist dalam ibadah

Hidup ini tak seindah yang disangka, tatkala kita menikmati nikmat tarbiyah, nikmat menjadi hamba kepada Allah yang Esa, masih ramai yang tergapai-gapai mencari sinar, masih ramai yang lemas dalam kegelapan.

Hati menjadi sebak bila mana mendapat mesej dari seorang adik, ku namakan Aida. Hati ini meronta-ronta untuk pulang ke Kampung dan berjumpa terus dengannya. Mendengar luahan perasaan di WhatsApp tidak memuaskan hati. Ditambah dengan aku yang masih sibuk untuk menyiapkan Assignment sisa-sisa akhir sem 1. Tidak boleh fokus pada persoalan dan luahannya. Risau dia menganggap aku tidak suka berbual dengannya.

"Aida, akak minta maaf ya, semua persolan and luahan kamu tu, akak rasa x sesuai akak reply Kat sini, nanti akak balik Kampung Kita Jumpa ya.. Kita iftar dan iktikaf kat masjid sama-sama nak? "

Sengaja aku memancing untuk berjumpa. Sepanjang aku berkenalan dengannya, boleh kira berapa Kali aku berjumpa dengannya. Banyak conversation kami berlaku di WhatsApp. Dan Aida sangat tsiqoh denganku untuk mencari solusi demi merungkai permasalahnya.

"Baik kak! " ku Kira dia sangat excited berjumpa denganku. Heh, perasan..

Aida merupakan graduan dari universiti terkemuka di Malaysia, dalam bidang sains kesihatan. Mempunyai 5 adik beradik, 2 abang dan 2 adik perempuan. Semuanya mendapat pendidikan tinggi di universiti dalam dan luar negeri. Kedua  ibu bapanya berkerja sebagai Pensyarah, juga di Universiti terkemuka. Ku Kira, Aida merupakan seorang anak yang bertuah. Mempunyai ibu bapa yang educated dan dibesarkan dalam keluarga yang serba ada. 

Namun, ada sesuatu yang menghimpitnya. Status Whatsapp nya yang tidak mahu lagi hidup. Soalan-soalan bertubi di WhatsApp ku : 

"Akak kenapa Allah taknak Kabulkan doa saya? Saya dah penat la kak. T_T "

"Betul ka Allah Sayang saya? Kenapa saya rasa Dia benci saya? T_T "

"Kak pernah tak rasa on some mornings bila bangun, berat sgt nak start hidup seharian semula.. Bukan sbb malas tapi sbb takda motivation seolah2 apa kita akan lalui tak ada makna.. "

"Kak, kak pernah tak rasa penat utk hidup? Sbb rasa yg hidup di dunia ni kita hanya akan bazir masa n buat dosa? "

Huh, mencabarkan soalan-soalan Aida. By the way, sebagai seorang hamba Arrahman dan seorang daie, aku hadapi pertanyaan ini dengan rahmah dan kasih Sayang. Soalan-soalannya ku rasa, adalah soalan tipikal yang semua orang rasai, tetapi hanya pendam didalam Hati dan mendarah daging dan dilupakan.

Semua soalan-soalannya via WhatsApp. Jarak yang menjadi penghalang mengehadkan komunikasi. Aku cuba santuni soalannya dengan sebaik mungkin. Namun, mesej terakhir yang aku terima, membuat diri tidak betah lagi menyantuninya melalui mesej. Kami harus berjumpa! 

Hari yang dijanjikan telah tiba, aku bergegas ke tempat yang telah disepakati. Keadaan trafik yang sentiasa akan sesak pada waktu petang memaksa aku untuk menunggang motorsikal. Aku tidak cukup sabar untuk menaiki kereta dan membawang sendirian. Jarak perjalanan memakan masa 30min, aku menunggang dengan berhati-hati , angin sangat kencang di atas jambatan, aku agak kelajuanku hanya 50km/j sahaja (kerana meter motor rosak).

Sesampai di Masjid Pekaka, kami mulakan dengan iftar. Masyarakat di Pekaka sangat pemurah, setiap Hari pelbagai makanan disajikan.

" Makanan di sini, memang meriah dik, setiap Hari bertukar menu, yang muda-muda nih student USM la, depa memang rajin mai iftar dan terawih di sini " kata kak Ina, kakak yang duduk berhadapanku. Sangat peramah bila diajak bersembang. Anak-anaknya juga comel dan ceria. =D

Selesai iftar, aku dan Aida bergerak ke ruang solat, bersedia untuk maghrib, isyak dan terawih di sini. Bacaan pak imam merdu, sehingga tak terasa lamanya solat terawih 20 rakaat. Pada jam 10.30 malam, aku dan Aida berangkat ke Masjid USM untuk iktikaf memandangkan Masjid Pekaka tidak membenarkan untuk wanita beriktikaf bermalam.

Menjejakkan kaki ke USM, terlayar kenangan-kenangan di sini. Walaupun aku bukan student USM, tapi banyak sejarah tarbiyahku disini. Disinilah aku mengenal istilah usrah, program, dan mabit.

Sampai di Masjid USM, kami naik ke tingkat atas, membuka baki-baki makanan yang ada untuk moreh. Lapaq kot. Haha..

Sambil makan, bermulalah drama kami.

" Aida, parents kamu ok je la kamu datang iktikaf bermalam Kat sini? " Tanyaku memulakan perbualan.

"Heh, Akak, nanti kalau ada number yang tak dikenali call, tu mak saya tau. Dia minta number akak, risau dia saya keluar dan bermalam dengan Sapa. Sorry ya kak " . Terang Aida.

" Oh, no problems.. ". Jawabku tidak kisah..

" Mak saya ja terlebih risau. Ayah saya ok ja. Sempoi. " Tambah Aida.

" Urm, mesti ada sesuatu kenapa mak kamu terlebih risau. If you don't mind. " Ajak ku untuk dia bercerita lebih. Mungkin disini Kan ku temui punca masalah Aida. 

Bersambung..