Hidup ini tak seindah yang disangka, tatkala kita menikmati nikmat tarbiyah, nikmat menjadi hamba kepada Allah yang Esa, masih ramai yang tergapai-gapai mencari sinar, masih ramai yang lemas dalam kegelapan.
Hati menjadi sebak bila mana mendapat mesej dari seorang adik, ku namakan Aida. Hati ini meronta-ronta untuk pulang ke Kampung dan berjumpa terus dengannya. Mendengar luahan perasaan di WhatsApp tidak memuaskan hati. Ditambah dengan aku yang masih sibuk untuk menyiapkan Assignment sisa-sisa akhir sem 1. Tidak boleh fokus pada persoalan dan luahannya. Risau dia menganggap aku tidak suka berbual dengannya.
"Aida, akak minta maaf ya, semua persolan and luahan kamu tu, akak rasa x sesuai akak reply Kat sini, nanti akak balik Kampung Kita Jumpa ya.. Kita iftar dan iktikaf kat masjid sama-sama nak? "
Sengaja aku memancing untuk berjumpa. Sepanjang aku berkenalan dengannya, boleh kira berapa Kali aku berjumpa dengannya. Banyak conversation kami berlaku di WhatsApp. Dan Aida sangat tsiqoh denganku untuk mencari solusi demi merungkai permasalahnya.
"Baik kak! " ku Kira dia sangat excited berjumpa denganku. Heh, perasan..
Aida merupakan graduan dari universiti terkemuka di Malaysia, dalam bidang sains kesihatan. Mempunyai 5 adik beradik, 2 abang dan 2 adik perempuan. Semuanya mendapat pendidikan tinggi di universiti dalam dan luar negeri. Kedua ibu bapanya berkerja sebagai Pensyarah, juga di Universiti terkemuka. Ku Kira, Aida merupakan seorang anak yang bertuah. Mempunyai ibu bapa yang educated dan dibesarkan dalam keluarga yang serba ada.
Namun, ada sesuatu yang menghimpitnya. Status Whatsapp nya yang tidak mahu lagi hidup. Soalan-soalan bertubi di WhatsApp ku :
"Akak kenapa Allah taknak Kabulkan doa saya? Saya dah penat la kak. T_T "
"Betul ka Allah Sayang saya? Kenapa saya rasa Dia benci saya? T_T "
"Kak pernah tak rasa on some mornings bila bangun, berat sgt nak start hidup seharian semula.. Bukan sbb malas tapi sbb takda motivation seolah2 apa kita akan lalui tak ada makna.. "
"Kak, kak pernah tak rasa penat utk hidup? Sbb rasa yg hidup di dunia ni kita hanya akan bazir masa n buat dosa? "
Huh, mencabarkan soalan-soalan Aida. By the way, sebagai seorang hamba Arrahman dan seorang daie, aku hadapi pertanyaan ini dengan rahmah dan kasih Sayang. Soalan-soalannya ku rasa, adalah soalan tipikal yang semua orang rasai, tetapi hanya pendam didalam Hati dan mendarah daging dan dilupakan.
Semua soalan-soalannya via WhatsApp. Jarak yang menjadi penghalang mengehadkan komunikasi. Aku cuba santuni soalannya dengan sebaik mungkin. Namun, mesej terakhir yang aku terima, membuat diri tidak betah lagi menyantuninya melalui mesej. Kami harus berjumpa!
Hari yang dijanjikan telah tiba, aku bergegas ke tempat yang telah disepakati. Keadaan trafik yang sentiasa akan sesak pada waktu petang memaksa aku untuk menunggang motorsikal. Aku tidak cukup sabar untuk menaiki kereta dan membawang sendirian. Jarak perjalanan memakan masa 30min, aku menunggang dengan berhati-hati , angin sangat kencang di atas jambatan, aku agak kelajuanku hanya 50km/j sahaja (kerana meter motor rosak).
Sesampai di Masjid Pekaka, kami mulakan dengan iftar. Masyarakat di Pekaka sangat pemurah, setiap Hari pelbagai makanan disajikan.
" Makanan di sini, memang meriah dik, setiap Hari bertukar menu, yang muda-muda nih student USM la, depa memang rajin mai iftar dan terawih di sini " kata kak Ina, kakak yang duduk berhadapanku. Sangat peramah bila diajak bersembang. Anak-anaknya juga comel dan ceria. =D
Selesai iftar, aku dan Aida bergerak ke ruang solat, bersedia untuk maghrib, isyak dan terawih di sini. Bacaan pak imam merdu, sehingga tak terasa lamanya solat terawih 20 rakaat. Pada jam 10.30 malam, aku dan Aida berangkat ke Masjid USM untuk iktikaf memandangkan Masjid Pekaka tidak membenarkan untuk wanita beriktikaf bermalam.
Menjejakkan kaki ke USM, terlayar kenangan-kenangan di sini. Walaupun aku bukan student USM, tapi banyak sejarah tarbiyahku disini. Disinilah aku mengenal istilah usrah, program, dan mabit.
Sampai di Masjid USM, kami naik ke tingkat atas, membuka baki-baki makanan yang ada untuk moreh. Lapaq kot. Haha..
Sambil makan, bermulalah drama kami.
" Aida, parents kamu ok je la kamu datang iktikaf bermalam Kat sini? " Tanyaku memulakan perbualan.
"Heh, Akak, nanti kalau ada number yang tak dikenali call, tu mak saya tau. Dia minta number akak, risau dia saya keluar dan bermalam dengan Sapa. Sorry ya kak " . Terang Aida.
" Oh, no problems.. ". Jawabku tidak kisah..
" Mak saya ja terlebih risau. Ayah saya ok ja. Sempoi. " Tambah Aida.
" Urm, mesti ada sesuatu kenapa mak kamu terlebih risau. If you don't mind. " Ajak ku untuk dia bercerita lebih. Mungkin disini Kan ku temui punca masalah Aida.
Bersambung..