bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

PRU 13 oh PRU 13...

Bismillahirahmanirrahim...

Puh,puh... (tiup habuk sikit... ). Lamanya tidak menaip2.. Gigihnya sang teman membersihkan habuk, aku sekadar leka memandang.. MAAF!!

Bahang PRU masih terasa even dah 3 hari berlalu. Since dilantik menjadi jentera PRU isma, kehidupan selama 2 bulan sebelum tidak teratur, tidak terurus, kelam kabut.. dan jelas2 sangat terisi. Alhamdulillah.... =D

Selepas pengumuman keputusan PRU-13, hati sedikit terusik. Kejayaan yang diinginkan, namun Allah belum menetapkan kami sebagai pemenang.. Hatiku pasrah dan redha. Mengapa begitu mudah untuk pasrah dan redha?? Padahal segala usaha penat lelah kami selama 2 bulan tanpa henti ini lansung tidak dibayar dengan harga. Mengapa semudah itu pasrah dan redha??

Jawapannya...

Kami memang sejak dari awal diminta untuk membetulkan niat semata, bahawa penglibatan kami dalam PRU ini lillahitaala, menyeru masyarakat kembali kepada fikrah islamiyah.

Monday, 15 April 2013

::jentik j3ntik cinta::


14 april,2013
Saat ni saya baru balik dari Payang’s market. Saya suka! Ada masa saya suka melihat pakcik makcik, abang,kakak yang berniaga kat sana. Ramah menyapa dengan senyuman dan saya suka bahasa mesra mereka. Kebetulan shoping dengan my little aunt yang kecik terampil bergaya, setiap kali singgah di kedai kecik mereka, my little aunt disapa dengan panggilan ‘mak’, waa..saya kagum!.

saya shoping bwk briefcase.sory menipu.eheh
“Hek elleh…!!!! Apa hengko ni Jit! Itupon nak kagum, itu biasalah!”.
“owh, ye kerr…, tapi.. tak wajar ke aku nak kagum? Bahasa jiwa bangsa tau”. =_=’

Sementelah saya pernah terdengar, orang yang baik dalamannya akan baik juga tutur bicaranya. Tersusun, berisi, tak berterabur, lembut penyampaiannya mudah, indah bahasanya tidak kesat dan tiada wordy yang kasar tapi bukan gedik2 buatan..oopps!! (tutup mulut) Maaf, terkasar bahasa saya. Eheh.

Hey, you know what? Sapaan mesra itu mengingatkan saya dengan kesweetan Rasulullah S.A.W yang memanggil Aisyah dengan ‘Humaira’. Juga sapaan2 seperti ‘ya habibati (wahai kecintaanku), ‘ya sadiqi’ (wahai sahabatku), ‘ya bunayya’ (wahai anakku) dan yang tengah hot nowadays ‘ya hanana’. Eheh. Membesarkan jiwa sesama saudara kita dengan panggilan yang baik2 juga satu sunnah kan? Apatah lagi dengan panggilan2 itu bakal mendekatkan dan mengikat hati sesama kita. Ini namanya ibrah. Tidak rugi pada penglihatan, pendengaran yang Allah kurniakan bila kita mahu berfikir. Alhamdulillah. Allah sangat sweet!!!. Senyum lebar2.

Saturday, 6 April 2013

::tanah mana??::

Assalamuaalaikum w.b.t
Yuk selawat dan istigfar :)
Tersangatlah menjerukkan this OTD kecintaan~
Hisy....keluh dalam2. "Woi Jit, tabaik mengeluh begitu..", hmmmmmphhh, ok kawan. Urut2 kepala, astagfirullah..
ok2, tuka tune. Mode classic jazz turn to mode rock jazz (ada ke? angkat bahu.eheh).
tadadadada...!!! (bernada: 'bananana' pisang kartun yang kat dalam TV tu.eheh).


Ni video potato song by kartun pisang jugak.kih3. Yang menariknya they'all ni bukan jenis pisang emas yang boleh dibawa belayar tu, tapi kind off pisang@minions yang buat kerja kat laboratory.perghh!! Tapinya they just workers, kadang2 bila dah merapu sangat saya layan gak dorang ni. comel! + they do lab works, sama macam saya.kih3. All the time selalunya saya layan kartun time kat rumah. Menonton dengan my little bro yang standard 2.eheh..lagho3!! Berdekah2 kiteorang ketawa dalam bilik especially time layan kartun larva.kih3..epik btol bab2 tengok kartun ni. The best is kartun yang tak bercakap, ada action je. Sanggup pulak tu kiteorang ulang 3,4 kali tengok part yang 'giler klaka'.haish...bertuah punya bro! Along ada banyak kerja nak buat ni! dia akan jawab "ok2, last2!! lepas ni adik turun buat homework adik.eheh..

"Jit....=__=' hengko mengarut apa ni...??"
"eheh. Kak Jhenaboo, ni ni.. muqaddimah Jit memang selalu mengarut la kakak. Sape suruh baca? eheh..". ok fine akak outa this!!" "sila2....~". lalalala~

Saturday, 23 February 2013

sejauh mana ukhwahfillah itu~

Ukhwahfillah, uhibbukifillah…. Itulah ucapan2 yang kerap dilantunkan bagi para sahabat yang mencintai sahabatnya kerana Allah. Tapi terfikirkah kita, sejauh mana standard ukhwahfillah itu?? Atau syarat2 ukhwahfillah itu?? Cukupkah sekadar mengucapkan berulang2 kali?? Ketahuilah yang menumbuhkan rasa sayang kita pada sahabat kita ialah Allah. Yang menjadikan kita kasih, rindu, rapat etc adalah bersumberkan dari Allah;
psst! psst! kau syg aku x?
“dan Yang mempersatukan hati mereka (orang2 beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akantetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal :63).
Allah memberikan pahala yang sangat besar dan tempat yang tinggi bagi mereka yang menjalinkan ukhwah di jalan Allah. Seperti dijanjikan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairahr.a.. Dari Nabi saw, bersabda:
"Sesungguhnya Allah pada hari kiamat akan berfirman, "Manakah orang2 yg saling mencintai kerana keagungan Ku? Padahari ini Aku nanungi mereka di bawah naunganKu, dan tidak ada naungan kecuali naunganKu"".
Dari Mu’adz r.a, ia berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda;
“Allah ‘AzzawaJalla berfirman, “Siapa saja yang saling mencintai kerana keagunganKu, mereka akan mendapatkan beberapa mimbar yang terbuat daricahaya yang diinginkan oleh para Nabi dan orang2 yang mati syahid”

Tuesday, 8 January 2013

::manjanya awak!:: part 1

manje ke comel ?? both! fine...^^
eh hem..
Assalamualaikum wbt ^_^
mari selawat dan istigfar sekejap before baca the whole post ni. yuk!
0rite!..
as usual, my day memang tak sah kalau at least 10 minit untuk dengar siaran radio Ikim. And surely berkesempatan masa tengah drivela kan :) alhamdulillah dapat jugak sedikit sebanyak me'nopup2' ilmu yang seakan kian susut ni selain merawat hati yang sakitnya kadang-kadang parah membarah. 

Bebola mata ke atas, kepala sedikit terdongak. Flashback rakaman minda yang tersalur melalui deria dengar petang tadi. Sebetulnya, anda tak perlu kaget or bimbang dengan tajuk post ni. Ini bukan post manja-manja gedik yang tak sweet lansung tu. Tetapi ini tema manja yang confirm2 suuuuuwiiiit tak terkata ^_^. But you people kalau tak rasa sweet like I told you, ampun dan maaf akibat tidak tersampainya rasa manis itu. Atas segala dosa diri ini yang melambung-lambung (sr0oot..). Apa pon, moga Allah sentiasa berkehendakkan yang terbaik untuk hambaNya. Mari-mari!! kita rasa suuuuuwiiitnya bersama-sama. Insya Allah..

Sunday, 7 August 2011

BERKONGSI KERANA ALLAH

"Adik, abang nak pinjam pensil warna jap boleh tak?", adik kecil saya menggeleng tak mengizinkan seolah-olah pensil warna itu hak milik sepenuhnya, walhal pensil warna itu saya belikan (wajarnya milik saya, heheh) untuk mereka berdua. Kononnya mengajar mereka berkongsi (sharing is caring) walaupun sebenarnya untuk save duit sendiri. Saya hanya melihat gelagat mereka, tak kuasa nak meleraikan pergaduhan anak2 kecil. Sehingga salah seorang menangis baru saya akan menjadi hakim antara keduanya (bukan kejam, cuma pada saya pergaduhan itu terkadang penambah seri perhubungan). 
    Memerhatikan mereka membuat saya terfikir, 'bukan mudah untuk berkongsi'. Mungkin antara faktor penyebabnya adalah salah satu pihak merasakan kerugian atau mungkin kerana tidak dapat mendominasi sesuatu secara total.
Skopnya agak luas apabila membicarakan soal 'perkongsian', yang jelasnya di sini saya cuma terdetik untuk mengupas tentang perkongsian dalam kehidupan. Duduk dalam halaqah, dalam dewan kuliah waima di tepi jalan sekalipun secara tak sedar kita sedang 'berkongsi', malah dalam kita bersendirian jua kita turut berkongsi, tak percaya?? tutup hidung dan mulut tu dan jangan sedut udara sekeliling kalau anda jenis manusia yang kononnya tak suka berkongsi.:p

Friday, 5 August 2011



MUQADDIMAH

Saifulislam.Com Erti Hidup Pada Memberi, AgaR BisA MenAngIs,kembara maratussufi,Satu Ummah!!!, Inilah Masanya, SaBaHaNmUsLiM, D I A G N O S i S, Lukisan Bercerita, Soutul Ikhwah,  L!Fe iS oNLy a GaMe, Mencari makna kehidupan,Aku_Mahu_Jujur_pada_Allah  dan banyak lagi karya-karya dakwah nukilan akhawat wa ikhwah yang sentiasa menjadi tatapanku,  namun masa amat mencemburui, aku hanya bisa membacanya ketika benar-benar berkelapangan.

Di saat kembali membacanya, ada sesuatu yang menyentak fikiranku, “Beruntungnya mereka, dengan menulis, berkongsi rasa dan pengalaman, mereka telah menyebarkan satu dakwah tanpa perlu berhadapan dengan manusia pada waktu itu, tetapi hasilnya, wah nukilan dakwah mereka ini akan dibaca oleh seluruh masyarakat manusia, dengan keikhlasan hati mereka, insya Allah mampu menyentuh hati-hati pembaca yang membacanya, dengan kesungguhan mereka, dapat memberi lonjakkan kepada hati-hati yang ingin kembali kepada Allah.
“Tuh, mereka mampu berbuat sedemikian, mengapa tidak aku ??”
“Mereka dapat mengumpulkan pahala, malah pahala itu akan mengalir ketika ada orang yang masih membacanya, mengapa tidak aku??”

Bertalu-talu soalan itu menerjah kotak fikiranku, aku bertekad, aku harus menulis!, aku harus melakukan sesuatu agar ada amal jariah yang aku tinggalkan ketika maut menjemputku kelak.



“Ya Allah, saksikanlah aku hambaMu, aku ingin berbakti pada agamaMu, aku ingin melihat hamba-hambaMu kembali padaMu, aku ingin melihat islam agama yang dijulang suatu hari nanti, walau ku tahu, apakah saat itu aku masih sempat melihatnya atau tidak, walaupun demikian, aku akan tetap berusaha menyambung rantai-rantai perjuangan rasulullah saw semampuku. Ya Allah, bantulah aku, bantulah aku untuk terus mengikhlaskan niatku menulis ini hanya keranaMu, bimbinglah aku untuk menyebarkn kebaikan dimana pun ku berada, tetapkanlah aku di jalanMu hingga ke akhirnya. Ameen.. “ doaku panjang ketika mula menarikan tanganku di papan kekunci.

Sahabat-sahabat, teman seperjuanganku, marilah sama kita teruskan menulis, teruskan menyebar kebaikan dalam setiap tulisan kita, moganya ia menjadi ilmu yang bermanfaat kepada setiap jiwa-jiwa yang membacanya.  Wallahu’alam