14 april,2013
Saat ni saya baru balik dari Payang’s
market. Saya suka! Ada masa saya suka melihat pakcik makcik, abang,kakak yang
berniaga kat sana. Ramah menyapa dengan senyuman dan saya suka bahasa mesra
mereka. Kebetulan shoping dengan my little aunt yang kecik
terampil bergaya, setiap kali singgah di kedai kecik mereka, my little aunt disapa
dengan panggilan ‘mak’, waa..saya kagum!.
saya shoping bwk briefcase.sory menipu.eheh |
“Hek elleh…!!!! Apa hengko ni Jit!
Itupon nak kagum, itu biasalah!”.
“owh, ye kerr…, tapi.. tak wajar ke
aku nak kagum? Bahasa jiwa bangsa tau”. =_=’
Sementelah saya pernah terdengar,
orang yang baik dalamannya akan baik juga tutur bicaranya. Tersusun, berisi,
tak berterabur, lembut penyampaiannya mudah, indah bahasanya tidak kesat dan
tiada wordy yang kasar tapi bukan gedik2 buatan..oopps!! (tutup mulut)
Maaf, terkasar bahasa saya. Eheh.
Hey, you know what? Sapaan mesra itu mengingatkan
saya dengan kesweetan Rasulullah S.A.W yang memanggil Aisyah dengan ‘Humaira’.
Juga sapaan2 seperti ‘ya habibati (wahai kecintaanku), ‘ya sadiqi’
(wahai sahabatku), ‘ya bunayya’ (wahai anakku) dan yang tengah hot
nowadays ‘ya hanana’. Eheh. Membesarkan jiwa sesama saudara kita dengan
panggilan yang baik2 juga satu sunnah kan? Apatah lagi dengan panggilan2 itu
bakal mendekatkan dan mengikat hati sesama kita. Ini namanya ibrah. Tidak rugi
pada penglihatan, pendengaran yang Allah kurniakan bila kita mahu berfikir.
Alhamdulillah. Allah sangat sweet!!!. Senyum lebar2.
Eheh..tersengih jap.
“apahal hengko Jit? Tak sihat ke?”
“urghh!!” Manusia sorang ni…=_=’, saya
sihat Alhamdulillah kak Jhenaboo..”
“dahtu akak tengok hengko sengih macam
kepah kenyang kenapa?”
nak sikit!!!! |
“akak ni…kepah2 jangan sebut eh. Jiwa
kacau je dengar =_=’.. saya memang tengah kenyang, burrpp!!!”. Eheh.
“makan apa Jit?, bagila sikit akak nak
rasa….er, er, rasa sampai kenyang jugak”. Eheh..
=_=’ “makan mee rebus semalam, tinggal
sikit je. Nak ke? Takut tak cukup je akak nak rasa sampai kenyang”. Eheh…
“inshaAllah yang sedikit itu pon akan cukup
bila Allah redha…”
“gulp…” (lain macam pulak aura kak
Jhenaboo hari ni)
“bukan ke hari ini sepatutnya lebih
baik dari semalam kan Jit?”
Woooshh!!! sentap “dia bole baca mind
aku!! Giler freak kak Jhenaboo hari ni!!”
[Sekadar selingan je dialog acar buah
kat atas tu, fantasi saya semata. Sengih]
Yuk istigfar selawat dan perbaharui
niat kita..alhamdulillah.
Segala puji2an yang berhak hanya ke
atas diriNya, Pentadbir Agung kekuasaan seluruh alam raya, yang memegang kunci
hati2 makhluknya, yang Maha luas Maha mengetahui segala bentuk penciptaanNya
sedang tiada suatu apa pon yang mampu bersembunyi dari penglihatanNya.
SubhanaAllah!!!!..
Sedang diri ini kerdil amat.
Sedang diri ini hitam busuk.
Sedang diri ini merangkak2.
Tapi rahmatNya Maha Luas. Kasih dan
cintaNya takkan mampu dibalas. DIA menjadikan setiap dari kita sebagai makhluk
terbaik, diangkat sebagai pemakmur bumi dengan ketinggian dan kurniaan akal
pada kita. DIA menundukkan makhluk2 lain sebagai kenderaan bagi kita, sebagai
makanan, pakaian dan sebagainya.
Kau bongkak!
Kau zalim!
Kau lupa semua itu atas pemberianNya!
Kau sombong bila kau jarang2 meminta!
Bukankah pada DIA sewajarnya digantung
tinggi seluruh pengharapanmu???!!
Kenapa adakalanya kita ragu2??
Kenapa……..??
Sebab kita manusia….
Teruskanlah bersyukur jua
panjangkanlah sujud…….
Allah aku cinta…
Tapi aku malu mahu mengata rindu,
sedang rindu itu hanya untuk mereka yang merasa kejaohan….
Sedang Engkau menjawabku dengan ini..:
“dan apabila hamba2 Ku bertanya
kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat……..” 2:186
Post spontan ini, moga Allah redha.
Sungguh2!!! Moga Allah redha…Moga Engkau redha.
Nama saya Jit. Just
In Turn. chioouw...~
kerdil kecil terampilnyer saya.eheh.. |
oktengsbai~
No comments:
Post a Comment