bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Showing posts with label alkesah. Show all posts
Showing posts with label alkesah. Show all posts

Thursday, 18 April 2013

::takdapatkek::

17 bulan empat 1989 eh! 2013.eheh..
apsal hengko senyum weyh??
Ouch!!
Permukaan jemari perlahan-lahan bertukar keputihan..
Pucat ke???? eheh..
Bukan, geleng2. Kesan hakisan Hydrogen Peroxide (H2O2), pedih! Gatal tak pakai glove! 

Assalamualaikum w.b.t. Jawab2....
Bismillah, istigfar dan selawat. Sengih.
Hoi senyumlah!! tu baru di kira sedekah. Eheh..
Sedang dalam mood lab coat, beaker, termometer, kaki retort, chemical solution, Kalgon, distilled water dan tanah. Again?? yeah again... (=__=')
Oi ! Oi ! sila bersemangat waja! proton! dan viva! eheh. Hokey2. Apa khabar iman saya hari ini? gulp gulp..(telan banyak *amylase). 

Keseharian, kesiangan dan kemalaman di makmal it's not a new thing bagi people which terlibat dengan kos2 or subject2 saintifik termasuklah saya. Enjoy? hmm.. enjoy jugaklah tapi apabila terpaksa hadap dengan situasi keseorangan, kesunyian dan kesepian sekeliling alam gelabah juga saya. Eheh. Beberapa kali saya seakan melihat kelibat intaian di tepi tingkap! aaaaaaa!!!!~ Berulang2 kali juga saya memandang dan buat pandangan sharp edge dahan pokok yang menganggu. Dalam hati "pokok ni aku tebang jugak nanti", eheh. Bila mata setiap kali tertancap pada keliling di luar yang semakin gelap, dahanan menari2 laju "macam melambai2 pon ada, tapi pada siapa?? jeng jeng jeng!". Ok, fine keberanian, kecekalan dan kemachoan hati bertaman bunga sangat teruji kala ini.

Monday, 25 February 2013

:: masuk@keluar penjara ::

(masuk penjara aka terpenjara)
Saya jujurnya kurang terinspirasi or kurang semangat bila diberi limitation untuk menulis. Saya menulis untuk mengkhabarkan or spesifiknya saya berniat untuk menjentik minda2 yang terkatup. Bila terhad pembacanya, maka… objektif saya mungkin tak tercapai. Even saya cukup pasti this OTD pembacanya cuma sekitar 2,3 orang tak termasuk owner blog, tetapi sekurang2nya ada kepala lain yang boleh berfikir tentang penulisan saya. Sementelah, this blog owner  tak selalu bukak pon OTD, tak berkesempatan katanya. Tetapi saya perlukan respon…T_T. Blog ni bukan sekadar bertujuan open diary. Bukan!!. Tambahan inilah satu2nya medium untuk saya menyuarakan hal remeh temeh yang saya tak fikir ada orang lain nak dengar pon kalau saya berceloteh. Bila menulis, saya rasa BEBAS!! Tapi……………. Mungkin saya perlu mendidik diri untuk bertoleransi. Memberi peluang padanya untuk rasa BEBAS pula. Saya terfikir mungkin dia terlupa tujuan asal dia mengajak saya untuk sign up blogger, tidak mengapa, saya sanggup tunggu. Either selepas ini OTD terus bersambung hayat dengan suksesnyer atau terus…….err.. better saya jangan sebut word tu. OPTIMIS!!

Nabi Syua'ib: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh Taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud:88)

(keluar penjara aka I’m free!!)

Thursday, 3 January 2013

Hari Pertama Persekolahan.

Kelam- kabut, berkejar-kejaran ke sana ke mari. Dari sebelum ke sekolah sampai jam terakhir di sekolah. Pengalaman!
-         
     - Bersiap ke sekolah sudah awal, 7.15pagi. Tapi, Allah tidak izinkan aku untuk bergerak awal, motorsikal ku di blok oleh motorsikal housemate. Gulp2!! Susah nak keluarkan. Take time!! T_T.
7.30pagi baru dapat keluarkan motor, memecut ke rumah Teacher Faidzah untuk menumpangkannya sepanjang kereta kesayangannya di bengkel akibat kemalangan. Memecut dengan sesungguhnya, hampir melanggar dan dilanggar. “Hai, kamu ni bawa anak dara orang, hati-hati bawanya motor”, monologku.

- Di sekolah berkenal-kenalan dengan anak muridku, 3 Uthman. Taklimat peraturan sekolah oleh guru kelas 3B, Pn. Farida. Perlantikan ketua kelas, penolong ketua kelas, ketua keceriaan dan penolongnya. Kelas yang sangat aktif! Masing-masing merelakan diri untuk memegang amanah. Riuh rendah kelas dibuatnya.

-Ibu kepada Hazim mengetuk pintu kelas dan ingin bercakap denganku. Meluahkan rasa hatinya yang mengegarkan hatiku sebagai seorang guru yang hanya berpengalaman tidak sampai 24jam! “ Cikgu, anak saya Hazim masih tidak pandai membaca. Dia dah tahun 3.

Friday, 28 December 2012

::meminjam inspirasi::

AssalaMualaiKum w.b.t
sebetulnya post kali nak bercerita tentang 'kerja' @ karier @ job
sedang ronda2 kat utube, ditakdirkan Allah jumpe video bertajuk "sejernih sinar mata"
and ditakdirkan Allah juga supaya klik play, means tonton video ni.
memang diakui diri ini meminati figura atau ikon utama dalam video ni, iaitu Prof. Dr. Muhaya Mohammad.
dan bagusnya this kinda macam petunjuk buat diri yang sedang mengah, agak serabut dan lelah nak cari kerja.
dah jadi satu kebiasaan untuk budak baru habis degree just like me, kunun2 macam dah habis belajar, IQ dah tahap tinggi so nak tak nak, either kerja atau sambung master! dua pilihan je? yerp...
eh tak jugak.. ade lagi satu, kahwin! :) menganggur? don't ya eva said dat word here!
so..lets watch this vid. moge ada manfaat yang boleh dikongsi dan disebarkan..


Thursday, 27 December 2012

::6bulan 7hari::



kalau benar atas iman
pasti kau sanggup berkorban
kalau benar atas iman
pasti kau kekal bertahan
kalau benar atas iman
pasti kau akan jumpa keikhlasan
kalau benar atas iman
pasti kau mampu mengucup erti pengorbanan...


apa kamu kira, perjalanan ini kosong?
ketahuilah ia perlu dilalui dengan pengorbanan
tidak cukup hanya dengan omong
perlu dengan pembuktian
dan pengorbanan itulah manifestasi ketakwaan....



PROLOG:
Mentari pagi seakan-akan malu memuncul diri. Dia berdiri tenang di gigi air bermain busa-busa kecil yang terhanyut. Sengaja dia ke mari menggamit memori 21 tahun yang dulu. Andai dikenang kembali, tempat ini pernah jadi daerah penghibur ketika dukanya. Ketika mencari hati yang kerap kali bersembunyi. Di sini juga dia menemukan sunyinya, penemannya, jodoh, guru dan cahaya hatinya.
"jauh termenung ummi, sampai kain jubah ummi basah pon tak sedar ye". Tangannya diraih dan digenggam erat lelaki itu. "ummi terkenangkan siapa? kan abi ada kat sini..". Dia tersenyum bahagia memandang lelaki itu dan membalas "ummi tau abi akan sentiasa dengan ummi..terima kasih abi, terima kasih..". Tangan lelaki itu dikucupnya. Ada titisan air mata hangat mengalir pada jemari lelaki itu. Ditundukkan wajahnya dan dimampirkan bibirnya ke dahi wanita dihadapannya, dalam hati serentak doa dan pengharapan dari seorang lelaki.
"ummi bila kawan ummi nak sampai, tak sabar Nawwar nak jumpe kawan ummi tu..heheh..". Dia sekadar memandang bahagia anak gadisnya tanpa jawapan. Minggu depan Nawwar akan berangkat ke Madinah menyambung pengajiannya di sana. Kelihatan Naashif, Nafis, Nasyat gembira benar bermain air sambil diperhatikan abang mereka Nuwair. Merengek-rengek Nufah mahu ikut bermain, tetapi didukung kejap Nuwair sambil memujuk.
Manakala Najat dan Nuha leka membaca. Keindahan pantai pagi itu sikit pon tak menarik hati mereka untuk menikmatinya. Cuma sekejap tadi mereka terkesima melihat keindahan matahari terbit, sedikit-sedikit cahaya itu menyinar dan bumi menjadi terang benderang. 


Monday, 22 October 2012

::boOlaRt2 dAn saye::

heheh.....(^_^)
tibe2 je.
eh hemm!!...tuka nada siyes..(=_=)
ok dah siyes..
heheh....still rase nak senyum...(>_<)
bialah..! abaikan je..(T_T)


hmm, ni kisah saya dan bulat2...
bila petang tadi dapat call dari sorang sis..
panggilan itu buat saya rase teruja and asyik sengih je, tibe2 rase macam nampak blink2 shining2 depan mate..
yang sebelum ni penglihatan pemandangan saya teraba2, terpisat2, terkabur2 macam orang mamai.
ternyata saya benar2 merindukan bulat2 saya..(T_T)..sob3.
saya.......hmm, memang sangaja ambil enteng and ignore pada bulat2. since saya dah move out dari my ex-medan. just nak duga what will be my pencarian after this. setelah sekian lama, saya nak tengok, which place yang saya akan pilih..di mana saya akan
tempatkan diri saya...dalam mood lalai? leka? hepi2? kecewa2? fastabiqul khairat? menagih ilmu? iman yang terjaga? tahajjud? dhuha? mathurt? semuanyer...................dan setelah banyak masa yang saya curi untuk benar2 'menyedari' diri, sekarang saya mau duduk sejenak. saya cuba toleh ke belakang melihat 'saya' dalam erti kata yang sebenar 'sendirian' alone meminggir menjeruk etc. dari situ, saya nampak penilaiannya sebagai 'seorang saya'..and kesimpulannya terbit ayat ini...what i've done???

Saturday, 23 June 2012

HARI - HARI PRAKTIKALKU (first day)


18 Jun

HAri ini merupakan hari pertamaku melangkah sebagai seorang pekerja yg ku kira satu fasa kematangan dalam kehidupan setelah bertahun-tahun di alam kanak-kanak dan remaja. Aku ditempatkan di Unit Data dan Maklumat, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP). Sengaja aku memilih KMPP sebagai medan praktikalku untuk aku membiasakan diri dengan alam pekerjaan pada masa yang sama masih mengekalkan environment pendidikan. Walaupun tiada elaun untukku menyara kehidupan selama 3 bulan, namun aku pasrah, itulah yang terbaik yang Allah tetapkan buatku.. Selama 3 bulan, aku mungkin akan berulang alik dari rumah ke KMPP. Mengambil masa lebih kurang 20 minit.
                Aku keluar rumah 7.40 pagi. Bergegas keluar, mencapai helmet dan terus memecut dengan kelajuan 80-100km/j. Fikiranku kosong, tiada perasaan, otak pantas memproses data-data kereta, motorsikal, lori di sepanjang perjalanan untuk memotong, atau beri laluan. Bagiku perjalanan itu amat panjang. Di fikiranku cuma fikir perlu sampai sebelum 8 juga. Kelajuan yang ku rasa amat merbahaya di kala banyak kenderaan di jalan. Masing-masing memecut untuk sampai ke tempat masing. 
Setibanya di KMPP, aku menghubungi dua orang lagi teman sepraktikalku, Fatin dan Nad, mereka sudah sedia menunggu untuk berjumpa dengan Penyelia di sini. Alhamdulillah, aku sampai tepat pada masanya. Kami berta’aruf dengan Penyelia kami di sini. En. Ahmad Zuhair b. A. Mobin, asal Terengganu, bekas pelajar UTM dalam bidang Software & Network.  Pernah berpengalaman menjadi Project Manager di syarikat swasta, dan baru ditukarkan ke KMPP selama 2 tahun. Selepas berta’aruf, Kami dibawa ke tempat yang bakal kami duduki selama 3 bulan nanti, iaitu di bilik Penyelenggaraan Unit Data & Maklumat di tingkat atas perpustakaan, searas dengan makmal komputer.  Di sana kami diperkenalkan dengan technian yang berada di sana. En Salrizal, Pn Salwa, En Shahril. Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar di aras tersebut.

Sunday, 7 August 2011

BERKONGSI KERANA ALLAH

"Adik, abang nak pinjam pensil warna jap boleh tak?", adik kecil saya menggeleng tak mengizinkan seolah-olah pensil warna itu hak milik sepenuhnya, walhal pensil warna itu saya belikan (wajarnya milik saya, heheh) untuk mereka berdua. Kononnya mengajar mereka berkongsi (sharing is caring) walaupun sebenarnya untuk save duit sendiri. Saya hanya melihat gelagat mereka, tak kuasa nak meleraikan pergaduhan anak2 kecil. Sehingga salah seorang menangis baru saya akan menjadi hakim antara keduanya (bukan kejam, cuma pada saya pergaduhan itu terkadang penambah seri perhubungan). 
    Memerhatikan mereka membuat saya terfikir, 'bukan mudah untuk berkongsi'. Mungkin antara faktor penyebabnya adalah salah satu pihak merasakan kerugian atau mungkin kerana tidak dapat mendominasi sesuatu secara total.
Skopnya agak luas apabila membicarakan soal 'perkongsian', yang jelasnya di sini saya cuma terdetik untuk mengupas tentang perkongsian dalam kehidupan. Duduk dalam halaqah, dalam dewan kuliah waima di tepi jalan sekalipun secara tak sedar kita sedang 'berkongsi', malah dalam kita bersendirian jua kita turut berkongsi, tak percaya?? tutup hidung dan mulut tu dan jangan sedut udara sekeliling kalau anda jenis manusia yang kononnya tak suka berkongsi.:p

Friday, 5 August 2011



MUQADDIMAH

Saifulislam.Com Erti Hidup Pada Memberi, AgaR BisA MenAngIs,kembara maratussufi,Satu Ummah!!!, Inilah Masanya, SaBaHaNmUsLiM, D I A G N O S i S, Lukisan Bercerita, Soutul Ikhwah,  L!Fe iS oNLy a GaMe, Mencari makna kehidupan,Aku_Mahu_Jujur_pada_Allah  dan banyak lagi karya-karya dakwah nukilan akhawat wa ikhwah yang sentiasa menjadi tatapanku,  namun masa amat mencemburui, aku hanya bisa membacanya ketika benar-benar berkelapangan.

Di saat kembali membacanya, ada sesuatu yang menyentak fikiranku, “Beruntungnya mereka, dengan menulis, berkongsi rasa dan pengalaman, mereka telah menyebarkan satu dakwah tanpa perlu berhadapan dengan manusia pada waktu itu, tetapi hasilnya, wah nukilan dakwah mereka ini akan dibaca oleh seluruh masyarakat manusia, dengan keikhlasan hati mereka, insya Allah mampu menyentuh hati-hati pembaca yang membacanya, dengan kesungguhan mereka, dapat memberi lonjakkan kepada hati-hati yang ingin kembali kepada Allah.
“Tuh, mereka mampu berbuat sedemikian, mengapa tidak aku ??”
“Mereka dapat mengumpulkan pahala, malah pahala itu akan mengalir ketika ada orang yang masih membacanya, mengapa tidak aku??”

Bertalu-talu soalan itu menerjah kotak fikiranku, aku bertekad, aku harus menulis!, aku harus melakukan sesuatu agar ada amal jariah yang aku tinggalkan ketika maut menjemputku kelak.



“Ya Allah, saksikanlah aku hambaMu, aku ingin berbakti pada agamaMu, aku ingin melihat hamba-hambaMu kembali padaMu, aku ingin melihat islam agama yang dijulang suatu hari nanti, walau ku tahu, apakah saat itu aku masih sempat melihatnya atau tidak, walaupun demikian, aku akan tetap berusaha menyambung rantai-rantai perjuangan rasulullah saw semampuku. Ya Allah, bantulah aku, bantulah aku untuk terus mengikhlaskan niatku menulis ini hanya keranaMu, bimbinglah aku untuk menyebarkn kebaikan dimana pun ku berada, tetapkanlah aku di jalanMu hingga ke akhirnya. Ameen.. “ doaku panjang ketika mula menarikan tanganku di papan kekunci.

Sahabat-sahabat, teman seperjuanganku, marilah sama kita teruskan menulis, teruskan menyebar kebaikan dalam setiap tulisan kita, moganya ia menjadi ilmu yang bermanfaat kepada setiap jiwa-jiwa yang membacanya.  Wallahu’alam