Assalamualaikum
wbt..
Diri
terlalu sepi untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Alhamdulillah
bersempena dengan maulidur rasul ini ada sedikit cahaya kerajinan untuk
menarikan jari setelah penat sang sahabat bersabar... =p
Salam
Maulidur Rasul 12 Rabiul Awwal 1434H.
Allahumma
solli 'ala Muhammad,
Allahumma
solli 'ala Muhammad,
Allahumma
solli 'ala Muhammad..
Moga
dengan banyaknya selawat yang kita lantunkan buat nabi junjungan besar ini yang
terlalu banyak berjasa atas keislaman dan keimanan kita ini moga Allah dan para
malaikat jua berselawat ke atas kita.. Moga juga di akhirat sana, Rasulullah
mengenal kita dan mengaku kita sebagai ummatnya.. Aameen.
Tak
terungkapkan kerinduan padanya, pada akhlaknya, pada tingkahlakunya.. Baginda
adalah sebaik2 ikutan. Teringin sungguh untuk berada sezaman dengan Rasulullah.
Merasai keindahan islam yang sebenar, masyarakat yang saling membantu, berkasih
sayang, Subahanallah, aku amat merindui zaman itu.
Pada
suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar
Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak
bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku ),” berkata Nabi saw. “Wahai
Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,”
jawab Nabi saw. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”.
Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”. Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?”. “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!” sekali lagi Nabi menjelaskan.
“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?” Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam”.
Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”. Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?”. “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!” sekali lagi Nabi menjelaskan.
“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?” Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam”.
Moga sahabat
pembaca, kita juga tergolong dari golongan yang baginda rindukan.. Aamiin summa
aamiin.
Hari yang penuh
barakah ini dibasahi hujan. Terdetik ingin menghadiri mana2 masjid atau surau
yang mengadakan sambutan maulidur rasul, namun selepas berbalas mesej, ternyata
area sini tiada. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk aku merasai
menyambut Maulidur Rasul ini, walau di rumah! Specific lagi di bilik.. terperap
sorang2.
Aku membelek2
buku di bawah, buku yang sangat menarik hatiku untuk membaca! Nah, tajuk buku tersebut adalah tajuk post ini!
Super Health, Gaya Hidup Sihat Rasulullah, Karya saudara di seberang, Dr. Egha
Zainur Ramadhani. Menyedari yang kesihatan turun naiknya kebelakangan ini, aku
mengambil buku tersebut dan meneruskan pembacaan. Nah!, amat sesuai denganku
yang hidupnya agak keserabutan dan tidak terurus.
Mungkin boleh
dikongsikan secara kasar sebelum detailnya..
Sedarkah
anda bahawa guyuran air wudhu dalam konsep perubatan modern dikenal sebagai hidromassage
@ pijat dengan manfaatkan air sebagai media penyembuhan? Membasuh wajah,
misalnya boleh meremajakan sel2 kulit muka dan membantu mencegah munculnya
keriput.
Benarkah
setiap gerakan solat memiliki maksud tertentu selain sebagai penghambaan
kepadaNya? Mengapa solat tahajud yang dikerjakan dengan ikhlas mempengaruhi hormone
kortisol? Mengapa solat subuh yang dikerjakan dengan disiplin mampu mencegah
gangguan kardivaskular?
Rahsia
apa di balik praktik tidur siang Rasulullah? Seberapa ampuhkan AL-Quran
memberikan efek meditasi? Mengapa kita perlu berwisata?
Buku
ini mengajak kita mendalami hikmah di balik ibadah sehari-hari, ditinjau dari
disiplin dan profesi penulisnya; doctor, ditambah hasil penelitian ahlis medis
modern. Sehingga buku ini menjadi penggugah untuk mendekatkan diri (lagi)
kepada Allah swt.
Sejujurnya
setelah membelek buku ini, aku menyedari bahawa islam telah menunjukan satu jalan
yang sangat praktikal untuk dilaksanakan. Islam is a way of life. Islam sahaja
yang mampu mengurusi kehidupan ummatnya dengan baik dan tersusun. Just tinggal nak
ikut atau tak sahaja. Masalah2 jiwa yang melanda adalah disebabkan tidak
mengikut panduan yang telah digariskan, mulalah berjumpa pakar psikologi bagai
untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Di sini
dikongsikan daftar isi agar pembaca mengerti serba sedikit. Jika berkelapangan,
akan cuba mendetailkan sedetailnya lagi..
Sihat
yang berpahala.
Bab
1: Kebersihan diri – cuci tangan, bersiwak,wudhu dan mandi
Bab
2: Tahajjud
Bab
3: Solat subuh : Pengawal hari – berdiam diri di masjid, riadhah dan aktiviti
yang bermanfaat
Bab 4:
Rutinas harian – mengapa stress? Zikir: bikin hidup lebih hidup
Bab
5: Rehat dengan solat dhuha
Bab
6: Tidur siang
Bab
7: Solat wajib dan solat sunat
Bab 8:
Membaca dan mentadabburi Al-quran
Bab
9: Saatnya istirehat – Berapa lama idealnya?, Bagaimana posisi ideal tidur
Bab
10: Hari-hari khusus
Bab 11:
Ini targetku!
Bab
12: Menjadi hamba yang ikhlas bersyukur.
Sihat yang berpahala
“Mungkin
hasil yang diraih seorang yang berpuasa hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil
yang dicapai seorang yang solat malam hanya lelah berjaga” (HR Ahmad dan al-Hakim)
Jika menilik hadis di atas, kenapa terjadi seperti itu pada
kebanyakan hambaNya??
Tentu tidak bermakna seorang hamba lantas bisa berputus asa,
khawatir berlebihan, “jangan2 amalku tidak diterima”, hingga terus memilih
untuk menyedikitkan amal. Nauzubillah!
Itu semua lebih bermakna betapa sayangnya Allah dan Rasulullah
saw pada kita, agar meskipun kita menjaga rutinitas dan kontinuitas amal, tidak
berarti kita mengerjakan ibadah ala kadarnya sahaja!
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Thayyib
(terlepas dari noda dan kekurangan), tidak menerima sesuatu kecuali yang
thayyib…” (HR Muslim)
Kerana Allah mengetahui, kejenuhan begitu berbahaya, lalu
bagaimana menangkalnya?
Jadilah hamba yang berilmu! Dengannya akan ditemui banyaknya alas
an beramal dan menjaga semangat serta kekhusyukan.
Ya, ketika menjadi orang berilmu, ia tidak akan kehilangan
sesuatu yang sangat berharga dari amal. Yang mengilhamkan tiap gerak, juga
ibadah. Itulah ‘ruh’ dari amal..
Letih jika kita hanya memikirkan target (semisal sekian juz
per hari), menjadikan amalan itu sebagai rutinitas belaka,hanya terjebak pada
angka dan amalan rutin. Tak heran, banyak orang yang berpuasa tapi hanya
mendapat lapar dan dahaga, juga banyak yang solat namun mendapat kelelahan dan
keletihan sahaja..
Selamat menikmati, semoga ‘ruh’ itu tetap bersinar. Nikmat
memang dalam berislam: sudah menyehatkan, berpahala pula.. =D
Sekian..
salam teacher.
ReplyDeletekaifa hal?
alhmdulillah intro yang memercikkan air mate.
mge kte semua sme2 tergolong sbg ikhwan baginda..
syukur Allah memberi nikmat kita menyintai seseorg yg x kte ketemu..besar rahmat tu kan teacher?..:)
bekoba2 jdnyer ble bce post ni.
sehat berpahala.islam is d way of life..
betapa kdg2 kte terlupa bnda2 mcm ni..
jzkk ats perkongsia peringatan..
wsalam.