Bahkan lebih mengejutkan lagi, penyakit “naïf” ini sampai ke tahap
adanya dikalangan pimpinan umat Islam ketika itu yang bekerjasama dengan
Mongol dalam menjatuhkan Khilafah Abasiyah.
Perkara yang
sepatutnya dirasakan sebagai suatu ancaman menjadi sebaliknya, mereka
rasakan ianya sebagai suatu peluang lalu bekerjasama dengan musuh,
mereka lupa siapa musuh dan siapa kawan.
Akhrinya mereka hanya menyedari hal ini apabila mereka turut dibunuh setelah selesai diperkudakan oleh Mongol.
“Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan
tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk
bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan
“Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah”
Umat Islam
ketika itu terpaksa membayar bayaran yang tersangat mahal akibat
penyakit kenaifan yang melanda semua kelompok ketika itu, samada
pemimpin atau pon rakyat.
Para sejarahwan menganggarkan bilangan
mereka yang terkorban di Baghdad lebih daripada sejuta nyawa umat
Islam. Kenaifan ini turut menyebabkan runtuhnya sebuh tamadun yang
hebat.
Khalifah ketika itu juga dibunuh dalam bentuk yang sangat
hina iaitu dengan digulung di dalam permaidani Istana lalu dipijak
beramai-ramai.
Sumber :Fb Majlis Ulama ISMA (https://www.facebook.com/majlisulamaisma)
Sumber :Fb Majlis Ulama ISMA (https://www.facebook.com/majlisulamaisma)
No comments:
Post a Comment