bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Thursday 27 December 2012

::6bulan 7hari::



kalau benar atas iman
pasti kau sanggup berkorban
kalau benar atas iman
pasti kau kekal bertahan
kalau benar atas iman
pasti kau akan jumpa keikhlasan
kalau benar atas iman
pasti kau mampu mengucup erti pengorbanan...


apa kamu kira, perjalanan ini kosong?
ketahuilah ia perlu dilalui dengan pengorbanan
tidak cukup hanya dengan omong
perlu dengan pembuktian
dan pengorbanan itulah manifestasi ketakwaan....



PROLOG:
Mentari pagi seakan-akan malu memuncul diri. Dia berdiri tenang di gigi air bermain busa-busa kecil yang terhanyut. Sengaja dia ke mari menggamit memori 21 tahun yang dulu. Andai dikenang kembali, tempat ini pernah jadi daerah penghibur ketika dukanya. Ketika mencari hati yang kerap kali bersembunyi. Di sini juga dia menemukan sunyinya, penemannya, jodoh, guru dan cahaya hatinya.
"jauh termenung ummi, sampai kain jubah ummi basah pon tak sedar ye". Tangannya diraih dan digenggam erat lelaki itu. "ummi terkenangkan siapa? kan abi ada kat sini..". Dia tersenyum bahagia memandang lelaki itu dan membalas "ummi tau abi akan sentiasa dengan ummi..terima kasih abi, terima kasih..". Tangan lelaki itu dikucupnya. Ada titisan air mata hangat mengalir pada jemari lelaki itu. Ditundukkan wajahnya dan dimampirkan bibirnya ke dahi wanita dihadapannya, dalam hati serentak doa dan pengharapan dari seorang lelaki.
"ummi bila kawan ummi nak sampai, tak sabar Nawwar nak jumpe kawan ummi tu..heheh..". Dia sekadar memandang bahagia anak gadisnya tanpa jawapan. Minggu depan Nawwar akan berangkat ke Madinah menyambung pengajiannya di sana. Kelihatan Naashif, Nafis, Nasyat gembira benar bermain air sambil diperhatikan abang mereka Nuwair. Merengek-rengek Nufah mahu ikut bermain, tetapi didukung kejap Nuwair sambil memujuk.
Manakala Najat dan Nuha leka membaca. Keindahan pantai pagi itu sikit pon tak menarik hati mereka untuk menikmatinya. Cuma sekejap tadi mereka terkesima melihat keindahan matahari terbit, sedikit-sedikit cahaya itu menyinar dan bumi menjadi terang benderang. 


********
jam 8 pagi bulan ke-enam hari ke-tujuh,
     Di suatu sudut dia kerehatan panjang, senyum damai. Di kelilingnya masing-masing menyeka mata, sembap wajah, air hidung tak henti meleleh. Dia masih tersenyum damai, ditatapinya satu persatu wajah tanpa dia membuka mata. Senyumnya tak terganggu walau pipi dan dahinya dikucup silih berganti. Senyumnya kekal, setiap yang melihat pasti membayangkan damainya dia dengan lenanya, memandangnya pasti hanya membuah sangkaan yang indah-indah untuk perjalanan abadinya. Segala puji hanya untukMu Ya Allah...

********
tiga bulan dua hari sebelumnya,
     Hening pagi itu, dinginnya mencucuk ke tulang. 10 minit sebelum waktu subuh dia tiba di sebuah masjid yang berdekatan dengan kaki bukit yang bakal dia daki bersama teman kuliah kolejnya sewaktu menuntut di Negeri Sembilan. Sudah ada beberapa buah kereta yang tiba di situ dan matanya tertancap pada motosikal Kawasaki hitam berplat Selangor itu. "Owh, dia pon dah sampai", sekadar menggumam dalam hati. Terkoyak senyuman di bibir, dalam hati hanya dia yang tahu segala rahsia bahagia yang tersimpan kemas itu.

"Jit!!, apo kaba ekau?? lamo tak jumpo. Makin slim giler pulak aku tengok skang, jelous mak nyah!! haha..". "amboi engkau punya bahasa..assalamualaikum kakak Iyan..haha. Baik-baik je aku ni. Slim tanda jaga makan, kununnyerla..haha". Jit hanya tersengih, padahal cover terkejut beruk dek disapa Iyan yang brutal mengalahkan jantan. "mana orang lain?", Jit menyoal. "yang dah sampai Shida, Yana, Fareed, Farah, Bella, Sena, Daus dan pakwe kau Elham". "hek kau!!". Iyan sengih, "sume terbaring dalam masjid tunggu subuh, aku sorang je wat tahaajjjuuud ustazah". "pergh!!! hahaha..patutlah bertelekung siap, kus semangat aku tadi. Berseri-seri muka kau ye." Jit sengih lagi..

Usai solat subuh berjemaah mereka berkumpul di perkarangan masjid, Elham selaku leader bersuara "ok kawan-kawan sume, assalamualaikum w.b.t. So, pagi ni seperti yang dijanjikan team kita 16 orang akan gerak naik ke Bukit Broga. Pastikan masing-masing pakai pakaian yang sesuai, bawak air mineral at least sorang dua botol kecik dan makanan ringan macam coklat yang bagi tenaga secara cepat. Apepon, skang kite breakfast dulu dengan roti and sardin kakak Iyan kite. Selamat santap dalam masa kurang 8 minit dari skang!!" Elham senyum memandang Jit, spontan Jit mengangkat kening kononnya respon mesra terkawal. Dalam hati ada bunga dah kembang. Jit senyum sendiri. 

Teringat sewaktu 2nd year  semasa study peringkat degree dulu. Ditakdirkan dia dan Elham satu universiti. Seperti yang pernah dia impikan dulu, Elham dan dia meneruskan persahabatan yang sudah sedia terjalin. Kemesraan yang masih terkawal kerana kononnya Jit secara luarannya nampak alim-alim kucen begitu jua Elham. Pernah ada rakan Jit menggelar mereka 'couple Islamic'. Namun takdir hanya disitu, Jit tegar dan kukuh hati untuk melangkah mencari jalan yang lebih baik. Bukan kerana Elham tidak memenuhi kriteria lelaki idamannya, tetapi ada cinta yang lebih besar yang menuntutnya berkorban. Kerana cinta itu dia menyerahkan segala-galanya pada Sang Pemberi Cinta. Allah pengatur terbaik bahagia hidup dunia akhiratnya. 

*********
jam 9 pagi bulan ke-enam hari ke-tujuh, 
     Dalam keramaian itu dia berdiri di suatu sudut. Hanya memandang sepi. Ya, kini dia benar-benar yakin bahawa ujian hidupnya sudah terhenti ketika ini. Tiada lagi rasa sabar yang perlu dididik, tidak perlu lagi hati yang bersangka baik, tidak berguna lagi kejujuran hati dan sakit fizikalnya hilang terganti dengan sakit yang maha sakit. Dia merenung wajah insan yang menganggu setianya. Wajah itu yang di nanti-nanti dalam tabahnya. Wajah itu sembap, berkali-kali air mata diseka, mengalir seakan pecah kolam matanya sambil mulut terkumat-kamit melafaz ayat sedekah. Dia menggumam tanpa suara "akhirnya kau hadir jua, tapi hadirmu saat ini tidak lagi melonjak girang hati, tidak jua sesak menikam dada, yang tinggal cuma jasad bisuku".

*******
Ketika itu, hanya keluarga dan sahabat handai terdekat sahaja memenuhi ruang permandian jenazah. Yuni memimpin tangan Qoq sambil berbisik di telinganya. "saya pasti Jit mesti nak awak bersama memandikan dia  buat yang terakhir kali, dah lama dia menantikan kehadiran awak sampai saat akhirnya. Mari Qoq, tunaikan haqnya yang terakhir". Makin deras air mata Qoq tidak tertahan-tahan. Ikotkan hati seperti mahu meraung mendengar kata-kata Yuni. Ia sangat mencucuk hatinya yang paling dalam."Jit....suaranya sekadar tersekat-sekat. Terhincut-hincut bahunya menahan sendu. Tatkala kain yang menutup wajah Jit diselak, sekali lagi Qoq tidak dapat menahan sebaknya. "Allahuakbar..Allahuakbar..Jit...". "Qoq, sabar..jangan macam ni, Jit pergi dengan tenang. Qoq mesti kena kuat hadapinya, dah sampai masanya untuk Jit. Pastinya Allah lebih menyayangi dia" pujuk mama Jit.

***********
hari ke- 25,
"Heheh..akhirnya, tiba jua saat yang dinanti. Dah berbulan kot kite plan travel ni". Qoq memandang Jit sekilas. Ada garis senyum dibibirnya "yay!!!!..haha" Jit jelas ceria. "Jom plan cepat, nak bawak bekal ape, ape target kita, destinasi dan objektif travel ni" Qoq mencadangkan. "objektif dengan target tak same eh?" Jit menyoal keliru. "eh!, samela huhu.." "mak nenek...hahaha". "amboi sukenyer die gelakkan orang eh". "memanglah..hahaha..uhuk!! uhuk!! uhuk!! adoi! sakit tekak batuk kuat-kuat" Jit merungut. "haha, tula gelakkan orang lagi. Padan muke!" Qoq menjuih.

hari ke- 26,
"hei, pegila tido tempat kau. Nak jugak menyempit kat aku. Takut la tu..Jit, Jit.." "aku nak tido sebelah kau, tak bolehke? aku tak boleh tido" Jit membalas sambil menyembunyikan sesak di dada. Memang Jit penakut, tapi malam itu dia sengaja. Dia rindukan Qoq, dan sesak nafasnya malam itu bukan biasa. Tapi seakan menyucuk dadanya.
"aku susah nak nafaslah, kau mintakkan minyak angin kat kaunter boleh? Jit meminta. "urm, jap". Waktu itu cepat-cepat dia menelan pil yang dibekalkan Dr. Ju. "sape suruh lambat makan ubat..padan muka aku!" Jit menggumam.

hari ke- 28,
"kak Jit, pekaba? aik! sorang je ke? mane partner?" soal Fatin bertalu-talu. "sape partner akak? heheh" Jit pura-pura bertanya. "kak Qoqlah, korang kan belangkas" Fatin senyum. Jit pon hanya mampu senyum "mane ade, mepek je Fatin ni" Jit sekadar menyembunyikan pedih di hati. "itu dulu dan tak mungkin berulang dah" gumam hatinya. "By the way congratulation in advance akak, esok turn akak konvo pukul berapa?" "akak sesi tengahari, melepaslah nak jumpe Sultanah yang cun tu, heheh...". "Ye, esok hari bahagia kau Jit.." Jit senyum sendiri.

**********
Bukit Broga,
Tercungap-cungap Jit mengejar langkah teman-temannya. Sakitnya menambah lelah dan lesu. Mujur temannya memahami, yang paling caring dan risau sepanjang perjalanan mendaki semestinya Elham. Melihatkan bibir Jit jadi kebiru-biruan seolah kurang darah amat merisaukannya. Beberapa kali ditanya pada Jit samada dia mampu meneruskan perjalanan, Jit tetap tegar. Mungkin ini pendakian dia yang terakhir. Dalam menyembunyikan walang hatinya, Jit tetap tersenyum. "Sakit, ya memang membataskan. Tapi aku belum mau mati", Jit bermonolog dalam hati.

"adoi, kena panjat guna tali lagi, wuwuwu." Iyan mengomel. "jadi kasar tangan aku ni tau", dia menyambung. "dah dah cepat, ngade-ngade je la kau ni. Panjat jela, kalau takut tangan jadi kasar, sampai atas nanti kanda sapukan losyen kat tangan dinda ye..hahaha" Daus bergurau. "gatal!!" Iyan mencebik. Jit tersengih geli hati  dan tak semena-mena matanya bertentang dengan mata Elham, Elham membalas dengan senyuman. "alamak! nak gugur jantung aku, kihkihkih" Jit bermonolog nakal.

bersusah-susah nak panjat guna tali :)
"gedebuk!! ouch!! adoi sakitnyer..." Jit mengaduh. "alamak darah..ni tak bagus ni" Jit menggumam. "eh Jit! Jit ok tak? Bella! tengok kan Jit jap, dahi die berdarah", Elham mengarah. "eh takpe la Bella, sikit je ni. Aku ade bawak plaster nanti tampal kat situ ok la die." Jit sengih menahan pedih memandang kawannya lain. "yang korang tengok aku macam nak mati ni kenape? kihkihkih". "main-main kau ye Jit, kiteorang risaulah", Bella membalas. "sayang jugak korang kat aku eh...yay!!!" Jit tersengih. "dasar tak matang!! hahaha", Daus menyambung.

amacam? cunkan?
Akhirnya selepas 60 minit lebih perjalanan, mereka tiba di dataran puncak Broga. Ada yang terkinja-kinja girang, ada yang bertepuk tampar dan tidak kurang juga ada yang terdiam menikmati keindahan. Zikir dilantunkan "subhanAllah...!! cantiknya..!!" Jit tersenyum puas. Dia seakan mahu menghirup mampat semangat untuk hidup yang kian menghambat.
Sayup-sayup kedengaran suara Dr. Ju tenang memaklumkan "mengikut logik perkiraan perubatan, penyakit awak dah berada di tahap yang kritikal. Maaf saya terpaksa menyatakan", Dr. Ju mencari nafas, "hayat awak mungkin tinggal 6 bulan je lagi. Tapi kuasa Allah menentukan segalanya, selagi ada masa selagi itu harapan masih berbunga. Kita orang Islam, bersangka baiklah padaNya. Dalam tempoh waktu itu, awak mesti berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan pastikan awak mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan. Kuatkan semangat awak cik Nadilah", Dr. Ju bangun datang menghampiri  dirinya sambil menepuk-nepuk bahunya memberi kekuatan. "Allah bersama awak cik Nadilah", "insya Allah Dr." dirinya mengangguk perlahan.

**********
hari ke-2 majlis konvokesyen,
Sengal-sengal sendi tubuhnya tidak dihiraukan. Dia tegar jua bersiap mengejar waktu. Tidak rela lambat walau sedetik. Mama dan papanya bising menegah. "Jit, tak payah pergilah. Malam tadi Jit tak sehat kan? badan sejuk tapi berpeluh-peluh, padahal orang lain sejuk nak beku. Kalau Jit nak pergi jugak biar papa hantar", papanya mengarah. "ala paaaaa...tak payahla. Jit bole drive sendirila, badan je sengal-sengal sikit tapi mata ni tak rabun pon..kihkihkih." Jit tetap bersungguh untuk pergi. "Come on hari ni hari bahagia Qoqlah!, mane bole tak pegi. Tak kan tak nak share rase glory-glory hari ni heheh...". Jit mempercepat langkah, start enjin dan pecut.
Sebenarnya memang dia dah terlewat, dari malam tadi dia berkira-kira samada hendak hadir atau tidak. Kesihatannya kian merosot. tetapi cuma dikongsikan dengan Dr. Ju. Dia belum cukup kuat untuk berkongsi dengan sesiapa. Belum cukup kuat untuk memberitahu yang dia bakal mati..

"Qoq!!" Jit separa menjerit. Berlari-lari anak menuju ke teman baiknya, "Qoq, congrate..aku seriously bangga dengan kau", tangan Qoq digenggam, tubuhnya dirapatkan, didakap seerat mungkin seperti tidak mahu dilepaskan. "Terima kasih Jit, you are my super supporter ever!!". "ye eh??" "mestilah..." Qoq tersenyum. "risau aku kau tak datang, kata nak snap pic sama-sama". "oit! giler tak datang..hahaha". Jit tersengih. "jom amik gamba!". Lengan Jit dipaut. "Qoq, kita ni hanya berpura-pura mesra ke?", soalan itu hanya terlintas di minda Jit. Dia cuba untuk memaniskan riak muka, walau dalam hatinya dia tidak dapat menafikan, "aku tau Qoq, kau tak gembira macam dulu bila denganku, aku tau bukan hadirku yang kau nantikan untuk berkongsi bahagiamu hari ini".
"Qoq, aku nak pegi tempat lainlah, nak cari member. Takkan nak ngadap engkau je kan, haha..". "owh ok...". Hampa, yang Jit harapkan Qoq menghalangnya dari pergi, tetapi.. Jit terus melangkah. Dia berpaling seketika, kelihatan Qoq berlari-lari anak menuju ke arah Nurul. Qoq mendakapinya, dari jauh kelihatan Qoq sangat-sangat bahagia, sangat teruja dan amat menghargai kehadiran Nurul. Bunga pemberiannya tadi Qoq letakkan di lantai tempat dia berdiri. Kesekian kalinya Jit merasakan, di situlah letaknya nilai persahabatan mereka yang dulu. Tidak sanggup menunggu lebih lama, Jit terus melangkah pergi. "hello Didie, kau kat mane? jom, ikot aku pegi pantai",. "jom!!". Jit kembali senyum.

selagi lidah belum mau lurus
selagi itulah hati tidak akan tulus   
hingga tindakan jadi meluru
sebab iman tiada memandu

**********
bulan ke-lima hari ke- 29,
        "Yuni, awak dah tengok kalender dalam diari saya?", Jit bernafas sangat perlahan. "Jit, jangan fikirkan apa-apa. Saya yakin, insya Allah awak mampu untuk sihat semula", Yuni menyembunyikan rawan hati dalam menahan sebak yang teramat. Yuni tahu dia tidak boleh menangis di hadapan Jit. Harapan untuk sahabatnya pulih terlalu tipis. Menurut perkiraan Dr. Ju yang dibaca dalam diari Jit, esok mungkin harinya. "Ya Allah, tiada lagi pergantungan kami selain Engkau", Yuni berdoa dengan suara yang lirih. Pengharapannya terlalu tinggi pada yang Maha Pengasih.

"Yuni, terima kasih jadi nurse terbaik saya. Awak dah tunaikan janji awak dulu untuk jaga saya kalau saya sakit kan..", perlahan dan tersekat-sekat Jit mengatur ayat, nafasnya seakan sempit. "kan dulu awak pernah jaga saya masa saya demam, sekarang sayalah jaga awak sampai awak betol-betol sihat.." Yuni cuba tersenyum dalam menahan takungan air matanya dari tumpah.
"saya ni boleh sihat macam dulu ke Yuni? air mata Jit mengalir, dia seakan putus harapan. Tangannya segera digenggam erat Yuni, ubun-ubunnya diusap lembut. Kulit kepalanya jelas kelihatan akibat rawatan kemoterapi. Yuni melihat sayu lengan Jit yang kelihatan kebiru-biruan seakan lebam. "Jit, awak kate, awak nak tengok baby sayakan? nak jadi mummy angkat baby saya. So, awak mesti kena sihat".

Jit cuba untuk senyum, beristigfar. "Allah ada denganku, maafkan aku Ya Allah bila seakan berputus asa. RahmatMu lebih luas tak terjangka, ku pohon kekuatan untuk terus kuat dan tabah jua bersangka baik dengan segala rahmatMu dan bersyukur dengan nafas yang masih lagi bersisa ini", doa dalam monolog. "dah masuk waktu asar?" Jit menyoal.  "lagi 20 minit, awak nak amik wudu' dulu?". "saya masih berwudu', ambilkan saya mp3", Jit meminta. Rawatan yang dijalaninya sedikit sebanyak menjejas penglihatannya. Alternatifnya, dia menggunakan mp3 hadiah dari Elham untuk mengaji atau sekadar mendengarnya. Dia mahu tenggelam dalam cinta yang sebenar-benarnya. Sekilas dia memandang Yuni berbalas senyuman.


Seketika Jit kelihatan sukar sekali untuk bernafas, dadanya berombak-ombak. Yuni cepat-cepat menekan button emergency yang berada di sisi katil. Dr. Ju dan nurse mengambil tempat, langsir biru diselak. "Jit...tolonglah bertahan..", mengalir laju air mata Yuni.

**********
puncak Bukit Broga,
ketika hidup ku tertekan
mengaburi pedoman
kepadaNya aku kan pergi
untuk mencari bimbingan
ku serah takdir di tanganNya
mengukir perjalanan


"Qoq...." sekadar nama itu yang terluah di bibirnya.
"oi Jit!! jauh menung, meh duk sini kite wat bulatan. Lame sangat dah tak menyembang, kihkihkih", Daus melaung. "ceit, kacau feel betollah mamat ni, aku siap berderai-derai air mata nak muhasabah diri. Yelah, orang macam aku ni kan. Apa lagi yang aku nak tunggu, kubur kata maghi, rumah pulak dah halau", Jit bermonolog dalam hati. "urm, jap", ditanggalkan earphone, bangun dan duduk di sebelah Bella. "eh Jit, kau ok tak ni? pucat muka kau. Bibir naik biru, kau sejuk ke? meh sini aku tengok luka dahi tadi. Isk! apsal darah still tak kering ni? Jit..kau jangan nak menyorok pape dari aku, kalau tak..", Bella mengugut. "shh!!, aku taula kau budak medic, kalau kau tau papepon jangan bising kat sini and don't ya ever try nak ugut aku eh. One more thing, jangan nak diagnose aku ni sakit ape bagai. Kau tak tau ape yang kau nampak, fullstop!". Jit mengangkat-angkat kening dan tersengih. "yelah..", Bella membalas pendek.

"jom main true or dare nak? ade berani? hahaha", Fareed mencadangkan. "dah dahla dengan game tu, tak membesar lansunglah kau ni Fareed, haha.." Elham meningkah. "ala bro, aku taula kau cuak nak main", Iyan menambah. "teringat masa main game tu kat Ulu Bendul dulu, syahdu syahdu..heheh". "tadi kata nak borak kan?, so apakata kite isi masa ni dengan sharing caring. Kan dah lame tak jumpe, dah makin matang, nak tau jugaklah pe korang buat, status terkini, pengalaman hidup and apa target lepas ni bla bla bla..." Jit mencadangkan. "ok! bernas, start dengan our ex-class rep Daus", Elham menambah. Semua bertepuk tangan.

Berbagai kisah yang dikongsi, yang girang suka duka lawak horror tidak kurang ada juga yang bercerita kisah romantik. "budak bertuah!!", Jit mengomel sendiri, geli-geleman dibuatnya. Sampailah turn Jit untuk sharing caring. Di akhir ceritanya Fareed bertanya "pe target kau ustazah?". "cis....", Jit menelan air liur, terasa pahit nak menjawab. "kalaulah mereka tahu, mesti tak kan terlintas lansung nak tanya soalan macam ni. Aku..err..aku", seakan menikam-nikam jantung sendiri, kaget. Terasa mahu berhamburan tangisnya ketika itu. "target aku, ermm..eh hem!", seakan cuba membetulkan kedudukan anak tekak. "aku..aku nak sambung belajar lagi sampai peringkat tertinggi. Nak fly oversea dengan hubby terchenta. Nak bina Baitul Muslim, ade anak-anak, nak jadi orang Islam barisan hadapan, heheh...korang agak-agak, dapat tak aku capai target tu?, Jit cuba tersenyum. Jawapannya disambut dengan pelbagai respon "uuuuuuUuuu, wow!, hebat ustazah kite ni, kau dengar tu Elham!!, hahaha.." yang lain menyambut dengan ketawa. "asyik nak mengusik aku je", Jit mengomel.

**********
sebulan 15 hari,
Jit menekan pedal minyak dengan kadaran sederhana. Mencontohi cermat papanya memandu kereta. Teringat pesan mamanya "safety first", terkoyak senyum di bibir. Matanya tertancap pada mini car Hot Wheels biru yang terletak atas dashboard keretanya. "dah seminggu kau sendirian", getus hati kecilnya. Kereta itu sepasang asalnya, tetapi mini car hijau itu sengaja dia 'pulangkan' pada Qoq. Beria Qoq menahan, "aku tak nak Jit, kau simpanlah", "ambil mini car ni please Qoq..simpankan untuk aku", mini car hijau itu beralih ke tangan Qoq. Jit mengenggam tangan Qoq yang memegang mini car hijau itu, "simpankan..". Jit segera mengalih pandangan bila melihat air mata Qoq seakan mula bertakung. Qoq memahami benar maksud 'pemulangan' itu. "Jit nanti kite jumpe lagi ye..." berulang kali Qoq menyebutnya. "ye.." Jit membalas lirih.
papaku pulang dari kota, pon! pon!
"aku tak pernah menyesal bersahabat dengan kau Qoq, aku selalu mengharapkan jalinan utuh kita tidak akan terputus, tapi mungkin aku lupa. RencanaNya mengatasi segala. Puas aku menilik diri mencari salahku, ye..memang aku yang banyak bersalah hingga mencalar luka dan menyimbah busuk pada jalinan kita. Jalinan yang ku sangka teguh itu akhirnya menjadi sekadar persinggahanmu, maafkan aku Qoq...". Sayu benar hati Jit tatkala melontar memori duka itu.
"ketika saat ini aku amat perlukan dukungan mu Qoq, orang yang satu-satunya rela mempercayai kekuatan diri ku sendiri. Kau menyanggupi bila bahumu jadi sandaran esak tangisku. Bicaramu yang mendidik hatiku untuk memberi kesabaran dengan wajar. Huluran tanganmu berkali-kali bila aku sengaja menjatuhkan diri dalam gelap yang aku cipta sendiri. Selain papa dan mama, kaulah orangnya yang tak pernah jemu dengan egoku. Qoq....kenapa akhirnya kau melepaskan tanganku terlalu awal...? adakah kau sudah mula muak dan bosan dengan degilku?? " mata Jit mula kabur dengan air mata. Cepat-cepat diseka air matanya supaya tak menganggu fokus pemanduan. "astaghfirullah...". Jit bersuara lirih bila tersedar dari lamunan panjang.

Volume radionya dikuatkan, dari mode 'Tuner' dia alihkan ke mode 'cd'. Terkoyak senyumnya, sayup-sayup suara merdu melantunkan ayatul Quran. Itulah satu-satunya peneman setia dikala rindunya kini. 
"Jit, ni hadiah konvo kau aku bagi advance sikit eh, huhu..aku pasang sekarang eh?". "yelah...terima kasih..". Suara merdu Misyary Rashid Alafasy menjadi halwa telinga ketika itu. "Qoq, Qoq...". "ape?" Jit sekadar membalas dengan senyuman, saat itu terbit kembali rasa kagum pada keprihatinan seorang sahabat.

**********
hari-hari sebelum enam bulan tujuh hari,
Jit meletakkan keretanya di bahu jalan. "wei Jit, park ah depan sikit hujan kot. Dahla jauh aku nak jalan pegi kedai tu..", Qoq merungut. "isk mak nenek ni..jauhlah sangat, manja betul, kena jalan sikit je pon.." Jit mengerutkan dahi. "yelah-yelah, aku jalan. Kau nak air pe? kau belanja kan? hahaha...". "cis...engkau yang ajak aku keluar study, engkaulah belanja..yay!!". Namun Jit tetap menghulur duit, bukanlah jenis yang berkira sangat. Qoq pon macam tu, selalunya mereka bergilir keluarkan belanja. Bila nak calculate hutang masing-masing, keduanya hanya menggeleng "kire halal lah". Sangat harmonis waktu itu. Bunkanlah harmonisnya bila saling tak berkira, tetapi untuk semua perkara. Masa suka duka tawa bergaduh merajuk dan waktu keduanya 'buat kerja giler'. Orang yang melihat semua pasti tersenyum dan paling teruk pon, hanya menggelengkan kepala bila keduanya saling bertepuk tampar. Bahagia jelas terpamir bila bersama. Mereka ibarat belangkas, saling membahu dan membeban. Namun semuanya tetap kelihatan ringan.

"kau beli air ape Qoq?". "teh panas.." ringkas Qoq menjawab. "aku punya?" "laaa neslo aislah..tadi kau yang mintak kan?". "ooo, kau beli panas. Aku punya sejuk, nanti tengoklah air aku jugak yang kau sebat. Bukan boleh caye sangat kau tu..haha...". "eeee, tak baiknyer bersangka dengan aku macam tu, macam tulah die..tapi memang betol pon..". "ahahaha..." keduanya serentak ketawa.

we're just like tea and neslo, basically different but we still need milk :)
"Jit kepala aku sakitlah, tolong urutkan jap". "Meh sini baring kat riba aku, aku tolong picitkan. Kau tido lewat sangat ke malam tadi Qoq?, kenape tak kejut aku malam tadi?. "hmm, tak boleh tido. Neslo kaulah punya pasal, dah engkau pulak lena sangat berkeroh. Tak sampai hati pulak aku nak kejut..". "eh aku berkeroh Qoq??, Jit menutup muka. "mana ade, klentong je tadi..kihkihkih". "kureng..", spontan rambut Qoq ditariknya. "adoi!!! sakitlah Jit!!". "hahahaha...". Riuh sekejap rumah sewa Jit dengan gelak tawa mereka berdua.
Tanpa Qoq sedar, Jit mengagumi ketegasan, disiplin, ketegaran dan kesabarannya dalam perjuangan menyebarkan risalah agama. Setiap gerak laku, tutur kata Qoq diperhatikannya. Bila Qoq mengajaknya membaca Al-Quran bersama, Jit berdegil tidak mahu. Bukan dia tidak mahu sebenarnya, tetapi sengaja hendak menguji keprihatinan Qoq terhadap dirinya. Qoq selalu mengingatkan dirinya tentang Allah tanpa jemu. Setiap waktu pergantungan dirinya hanya pada Allah. Walaupun sesekali Jit mempersoalkan tindakannya, tetapi keyakinannya pada Yang Esa sikit pon tidak berganjak. Jarang sekali dia melihat Qoq merungut susah. Sepanjang bersama Qoq, tidak dapat dinafikan seolah-olah dirinya jua dapat percikan kebaikan Qoq. "berkawan dengan orang wangi, dengan aku aku sekali jadi wangi" getus hati Jit perasan.

"Jit, jom puasa sunat esok", "ok".
"Jit, jom pergi masjid ada ceramah Maulidul Rasul after maghrib", "jom".
"Jit, bangun Jit, bangun qiam..", "ngantuklah Qoq", "jom Jit bangun...", "hmmm".
"Jit, jom baca Quran kat pantai", "aku periodlah Qoq..,yelah..jom je la, nanti aku baca buku"
"jom Jit, maghrib kat mana-mana masjid, nak cari hatilah..", "eh mana pegi hati kau?? haha", "aku sekeh kang!!", "ok ok....jom tuan puteri Qoq, heheh..".
"aku teringinlah nak makan begedil, jom Jit cari barang! kita masak sama-sama". "werk...!!".
Dalam kereta --> "Jit, aku tutup radio eh? baca mathurat jom", "hmm...(buat muka malas)
"Qoq, jom pegi pasar malam, aku laparlah", "alaa ciannyer, jom! kau belanje aku kan? yay!!"
"Qoq, jom pegi beli buku, aku nak cari buku Tarbiyatul Aulad", "wuiyoo...jom jom!"
"Qoq, jom breakfast nasi lemak esok kat pantai" "yuk..."
"jom Qoq, main basketball esok pagi kat court, serabut ahh ngadap thesis ni.." "jom jom, ajak adik-adik kita sekali ye.." "bereh.."
"Qoq, jom pegi Tabung Haji, aku nak simpan duitlah", "yeke?? nak jugak..nanti kita daftar Haji sama-sama eh? heheh..", "mepek..aku nak pegi dengan somi akulah..hahaha.."
"Jit, kau suka dengar sape ngaji?" "hmm..pacik Misyary"

Apabila berjauhan sekalipon, tetap rasa dekat.
Semua tentang Qoq, Jit maklum.
Semua cerita Jit, Qoq tahu.
"dah makan? tengah buat ape? sihat? tadi buat ape? pening lagike? petang nanti nak keluar, sabtu ni ada kenduri kat kampung, tengah cat dinding warna merah..hahaha, baru bangun..pening kepala, jom call aku, jom YM..bla bla bla....."
Seakan tidak ada satu bab dalam seharian pon yang mereka saling tidak ketahui. Akrab, tersangat akrab.

dalam dakapan ukhwah
kita meminjam cinta dari langit
lalu menebarkannya di bumi...

**********
dua minggu sebelum 6bulan 7hari,
Cik Nadilah, selepas pemeriksaan full blood count, peripheral blood film dan juga x-ray dada yang dijalankan pada minggu lepas ini keputusannya". Surat berwarna pink itu bertukar tangan. Perlahan Jit membuka lipatannya dan dia terpempan. "awak disyaki positive AML ataupun Akut Mieloid Leukemia dan bukan Anemia seperti yang awak perkatakan sebelum ini. Ya, memang tidak dapat dinafikan simptom-simptom yang cik maklumkan sebelum ini di antaranya menjurus kepada Anemia. Kandungan sel darah putih cik Nadilah menunjukkan kadaran tinggi melebihi yang sepatutnya. Ia mengganda dan menghalang respon platlet bila terdapat luka fizikal dan dalaman. Apabila ia terjadi,  luka yang berdarah akan lambat kering. Penggandaan sel darah putih dengan kadaran melebihi eritrosit akan menyebabkan sistem imunisasi dalam badan akan terjejas. Sel darah putih yang rosak atau tidak matang tidak hanya menyerang bendasing yang memasuki badan, tetapi juga akan turut memusnahkan sel-sel lain dalam badan dan itu yang membahayakan pesakit", Dr. Alias memberi penerangan secara asas bagaimana penyakit itu bertindak.

Nadilah hanya sekadar merenung meja, bibirnya lansung tidak mampu dibuka. Kepalanya terasa berat mahu diangkat. Sunyi. "cik Nadilah ada apa-apa kemusykilan?". "hmm..", lidahnya seakan kelu. "Dr., err..berapa peratus peluang saya untuk sembuh?", Nadilah bertanya teragak-agak. "40-70%, bergantung kepada tahap rawatan, faktor umur dan tahap kesihatan pesakit", Dr. Alias menjawab tenang. "yang penting, pesakit sendiri mesti menyediakan diri secara fizikal, mental dan rohani untuk menghadapi penyakit ini. Cik Nadilah mesti kuatkan pergantungan pada Allah, pada Dia segala pengharapan, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha", Dr. Alias menambah. "insya Allah Dr.", Nadilah menjawab pendek.
"kes cik Nadilah ni saya akan rujuk kepada doktor pakar di hospital Selayang. Diharapkan cik Nadilah dapat berjumpa dengan Dr. Juliana seberapa segera. Kemungkinan selepas ini cik Nadilah akan menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci dan penyakit  cik akan di diagnose dengan lebih tepat", Dr. Alias memaklumkan.

Ketika melangkah menuju ke tempat parking keretanya, Jit teringat akan arwah abang Taufiq anak Pak Ngahnya. Abang Taufiq meninggal dunia lima tahun lepas ketika berusia 25 tahun. Pengajiannya dalam jurusan perubatan di Moscow hanya berbaki setahun setengah. Setahu Jit, abang Taufiq menghidap leukemia, selama dua tahun dia bertarung dengan penyakitnya itu. Namun Allah lebih menyayangi dia. Menurut Dr. Alias penghidap leukemia adakalanya berpunca dengan genetik keturunan. "hmm..nasib akulah gamaknyer..". Jit sekadar mencari perkaitan.
********** 
Bukit Broga jam 11:11 pagi,

benarkah tiada bagiku
ruang di hatimu untukku bertapak
walaupun sejengkal jari
agar dapat ku berdiri
di ambang pintumu…

“sedap jugak suare mamat tu..huhu”, Jit sekadar menggumam dalam hati. Lagu Dato’ M. Nasir yang dinyanyikan Elham secara akustik tadi secara tidak lansung mengingatkan dia pada Qoq. Dia pernah menghadiahkan lagu ‘keroncong yang hilang’ itu pada sahabatnya itu. Sekadar meluahkan rasa hati yang di rasakan sudah semakin renggang antara mereka.

ke mana, hilangnya keroncong
oh cinta yang kita nyanyikan bersama
ataupun aku yang bersalah
hanya menepuk tangan sebelah saja…

Farah, Bella dan Sena serentak menyambung, yang lain sekadar menepuk tangan. Jit tersengih, “best! best!”. Dia tidak menyangka yang Elham pandai bermain gitar. Suatu ketika dulu dia teringin sangat untuk belajar memetik gitar. “kenapelah dulu die tak ajar aku main, punyalah aku excited kalau dapat pegang gitar..mamat ni buat dunno je..cis, kedekut ilmu!”, Jit mengomel sendiri. Tiba-tiba Elham datang duduk di sebelahnya. Beberapa kali Jit menelan air liur, dalam hatinya berkata “apehal die berani datang duk sini pulak, saje nak bikin suspen btol la mamat ni..adoi, nasib baik kat sini ramai orang”. 
“Jit ok?. Elham bertanya padanya. “err…nampak macam tak ok ke? Heheh..” Jit kembali menyoal. “ok je, urmm..pandai tak Am main gitar tadi??. “pandai..kenape dulu tak ajar Jit main?? Kedekutlah Am ni..!”, Jit bersuara protes. “dulu Am betul-betul tak pandai, baru je Am belajar ni. Takpe lah, nanti Am ajar Jit eh?”, Am seakan memujuk. “eh, takpelah Am. Sekarang ni Jit tak rase nak main ape-ape pon”. “kenape?”, Am kembali menyoal. “banyak benda lain lagi yang Jit nak kena settle”. “tak pe will be anytime ok?” Elham sengih. “urm..”, Jit sekada mengangguk. “dia tak tahu yang aku ni anytime je nak goal dah”, air matanya tiba-tiba bergenang. “ah..touching giler plak aku skang..”, cepat-cepat diseka air mata yang nak tumpah. “hey Jit!, laa..terharu ke?”. “perasan!! Haha…”.

Perjalanan turun tidaklah sesukar sewaktu mendaki tadi. Masing-masing hanya mendiamkan diri, melayan perasaan, perut yang mula menyanyi dan keletihan. “bilelah dapat jumpe korang lagi”, Jit tiba-tiba bersuara. “nanti tunggu makan nasik minyak kaulah Jit, heheh..”. “mepek je Daus ni”, Jit mengomel.

*********
hari ke-30,
"Jit..Jit tak boleh terus macam ni", Didie memaut bahu Jit. "Jit, memang tak dinafikan apa yang Jit rasa tu wajar, tapi ia jadi salah bila saling menyakitkan. Didie yakin, both of you sangat jelas dengan sebab kenape korang bersahabat". Jit memandang jauh ombak yang beralun tenang pagi itu. "Mestilah kadang-kadang Allah nak uji betul ke tak benda yang pernah kite same-same janjikan bila kite berkawan. Didie rasa, mungkin Jit terlalu nak menuntut hak Jit sebagai kawan rapat Qoq kot. Hmm..Jit kan tau, kasih sayang manusia tu ade turun naiknyer macam ombak kat laut ni, ada pasang surutnya". Dia sekadar tersengih.
"hei! kite cakap penoh dengan feeling dia bole sengih macam tu", Didie mengomel, dicubit mesra lengan Jit. "adoi!!". "mengada-ngada", Didie mencebik. 

"tapi..." kakinya menguis-nguis pasir pantai. "tapi, kenapa Qoq, macam tu. Pada Jit, Nurul tetap seorang penyibuk!. Jit yang kenal Qoq dulu, Jit yang rapat dengan die, selalu setiap benda kiteorang together-gether, tapi bila Nurul datang semua jadi berubah. Qoq tak setia!, Qoq dah lupakan semua memori kiteorang dulu, Jit rase Qoq betul-betul dah berubah and last, Jit rasa memang dah hilang die", air matanya mula bertakung. "Qoq, sanggup tipu Jit demi nak jage hati kununnyer. Tapi Jit tak perlu orang menipu untuk jage hati. I know her well, kadang-kadang rasa Qoq cume memperbodohkan Jit. Sampai satu tahap, Jit hilang terus rasa percaye pada dia. Dia tak jujur!. Takkanlah bile Jit bagitau dia yang Jit ni dah nak mati, baru die nak kawan dengan Jit balik!". "Jit!, Jit cakap ape ni!, tak baik cakap macam tu", Didie mengerat pautan bahunya. "Jit nak macam dulu! kiteorang berkawan tanpa sebab apepon, sumenyer membahagiakan..kenapa Qoq buat Jit macam ni. Jit tau, Jit ni tak macam Nurul. Dia baik, solehah. Jit ni jahat, degil.." air matanya mula mengalir. "Jit rimas dengan rasa kecewa, sakit, benci, dendam ni semua..".
Pagi yang indah itu, Didie, pasir, laut semua menjadi saksi betapa kecewanya Nadilah pada seorang yang dianggapnya kawan karib,sahabat,kawan baik yang bernama Siti Afiqah. Kecewa dan hampa hatinya seakan mencucuk-cucuk jiwanya. Seakan patah hati untuk melangkah.

Didie sabar memujuk, cuba menenangkan dengan sebaiknya. Sungguh dia berusaha memulih kembali walang hati temannya itu. Sedaya upaya mengatur ayat supaya tidak lagi menambah luka tetapi memberi siraman sejuk salju pada hati itu. "Jit perlu sedar, mau tak mau inilah yang Allah dah tetapkan. Mau tak mau, Jit mesti belajar untuk redha. Memang tak mudah, tapi untuk kita nak mendapatkan cinta yang lebih tinggi dan mahal tu kadang-kadang ade sesuatu yang perlu kita korbankan. Mungkin dengan ujian macam nilah kita boleh ukur keikhlasan kite selama ni. Didie percaya, Jit mampu. Semestinya Jit adalah seorang yang kuat untuk menghadapinya, yang dah berlalu tu biarkan berlalu. Jangan diungkit-ungkit macam tu, tak baik. Kata bersahabat kerana Allah.. so tak bolehlah macam tu kan? bersangka baik tu kan adelah selemah-lemah ukhwah, so kalau itu pon kite tak boleh..tak bermakna ape-apelah ukhwah kita selama ni. Jadi sia-sia. Jom betulkan balik niat kite..dan yang paling penting, Jit kena maafkan Qoq", tangannya mengenggam erat tangan Jit, seolah menyalur kekuatan. 

"cube Jit pandang laut yang luas terbentang ni, ade nampak cacat celanya?". "tak, everything looks fantastic!", Jit mendepangkan tangan. "so, macam tulah sepatutnya Jit melihat sesuatu ujian tu. Pandang sejauh-jauhnya and we will see the beauty of the life, dan semestinya bukan sekadar macam melihat pasir hitam yang Jit tengah pijak skang ni". Jit mengangguk, mengakui kebenaran kata-kata itu.
"you are smart! very smart!", Jit memuji.
"well...." "yerk!! perasan, haha.. thanx Didie", ade garis senyuman di kedua wajah itu.
"sudi tak Didie jadi kawan Jit?", "hmm?? habis tu kite skang tengah buat ape?", "hahaha..Didie ni....".
Suasana kembali ceria. Ada riak redha, pasrah di wajah itu. Terpadam hampa dan lara. Ya, bila jiwa memaafkan..

kau kata kau setia
maka di mana tandanya?
jangan kau ukur nilaian cinta
sekadar dengan firasat buta...

**********
sehari sebelum 6bulan 7hari,
Teresak-esak, terhinggut-hinggut bahunya menahan hiba. "Im counting the day..Ya Allah..." lirih benar suaranya, tenggelam timbul. Kereta yang dipandunya jadi tidak terkawal, bunyi honk kenderaan lain lansung tidak diendahkannya. Mahu bersegera cari tempat untuk menghamburkan esak tangisnya. Mencari-cari kekuatan yang harus dipegangnya saat itu. "tak mungkin aku nak bagitau Qoq, tak mungkin lagi nak membebankan dia., lebih baik dia tak perlu tau...dia ada dirinya dan Nurul yang lebih memerlukannya. Papa, mama...Didie, Yuni..". Nama yang berputar dalam mindanya tika itu. Menggigil tubuhnya, terasa lemah sendi-sendinya.

32 minit sebelum subuh bulan ke-6 hari ke-7,
Usai memberi salam kedua sunat tahajud, wajahnya disapu telapak tangan menuruti sunnah walau dahinya tidak berdebu pasir. Qoq memandang teman tahajjud di sebelahnya, lama benar temannya itu tenggelam dalam sujudnya. Seolah-olah mahu menyerahkan sepenuhnya hati dan jasad pada Pencipta. Usai dia berdoa tangannya mencapai naskah Al-Quran biru tuanya lalu diselak dan mula membaca taa'wuz. Temannya masih dalam sujud. Selesai satu muka surat, Qoq mengangkat wajah. Temannya memberi senyuman paling murni seolah itulah senyuman terakhirnya. Qoq, tidak mengalih matanya. Temannya menghulur tangan, erat. Terasa perasaan kasih dan cinta seakan menyelinap masuk melalui tangannya. Sejuk! ya, tangan temannya terlalu sejuk. Temannya merapati tubuhnya, keduanya berdakapan seolah ada rindu yang saling membuak. Keduanya menangis, dan air mata Qoq terlalu laju. Saat itu entah dari mana datangnya hawa sayu yang makin membuat dia seakan teresak.."Jit....", suaranya lirih sayu.


*********
jam 9:15 pagi bulan ke-6 hari ke-7,
Terasa dingin tapak tangannya bila menyentuh jasad sahabatnya yang kaku. Tatkala melalukan air ke tangan kaku Jit, Qoq seakan cuba mengenggam mengharapkan tangannya digenggam mesra kembali seperti waktu dulu. Hampa...
Semerbak harum baunya air mawar dan kapur barus memenuhi ruang mandian. Qoq menyapu air di wajah Jit yang bersih. Pandangan matanya sekadar dapat membelai sayu wajah Jit yang kelihatan cengkung. "kau dah kurus Jit, kalau kau ada skang mesti kau nak berbangga denganku, sebab kau tak pernah kurus dariku. Jit...kan aku pernah kata dulu kau dah cukup comel, tak perlu dah nak kurus-kurus" Qoq menggumam dalam hati."..Jit...Jit...." Seraya itu Qoq rebah, kakinya seakan tidak mampu berdiri lagi. Pilunya seakan tidak tertanggung. "kenape Jit tak bagitau Qoq yang Jit sakit..kenape Jit tak bagitau Qoq yang Jit perlukan Qoq...??? Jit..Jit dah tinggalkan Qoq..sampai hati Jit..."


**********
subuh,
"Qoq!, Qoq!, bangun!, awak mengigau ke? siap berjurai-jurai air mata ni..", Nurul kerisauan memandangnya. "saya bermimpi". "mimpi ape?" "mimpi yang panjang...". "kenape sampai menangis??". "Jit....". Nurul bingkas bangun dan berlalu pergi ke tandas. "Jit...kau kat mane..", sekali lagi air matanya tumpah.

*****************************************************

tahun 2033, Pantai Teluk Ketapang,
        "Assalamualaikum Prof. Dr. Nadilah Mahmood", suatu suara lembut menyapa gegendang telinganya. Dia menoleh, melihat tanpa berkedip "waalaikumsalam w.b.t Dr. Siti Afiqah Harun. Serentak bibir keduanya menggaris senyum. Pagi terasa lebih indah dan tidak tergambar. Huluran tangan bersambut, saling mendakap.

"where you have been selama ni?. "aku cari diri Qoq dan aku membinanya". "I see..".
"kenapa kau mesti pergi?". "kerana Allah Qoq..kerana Allah..", dia menjawab tanpa keraguan.
"ini dia Nawwarku", Jit memperkenalkan, Nawwar tersipu-sipu menyalami dan mendakap wanita dihadapannya "ape khabar makcik?", Nawwar menyantun berbasa basi. "bukan makcik nak, ummi. Panggil makcik ummi, alhamdulillah ummi sihat". Jit tersenyum melihat. "Nawwar mu?", "my son dia di Madinah, bakal dentist insya Allah..", Qoq menjawab sambil tersenyum. "owh, kebetulan Nawwar Ajda  juga bakal berangkat ke sana, Master in Islamic Economic insya Allah". "mewarisi cita-cita kau Jit?", "yerp, dengan izin-Nya", senyuman terlakar. "bakal ada cinta madinah mungkin", Qoq tersenyum penuh makna. Jit membalas dengan kenyitan mata.

Pertemuan yang membuah bahagia dua keluarga. Mengerat silaturrahim, saling mendakap cinta keranaNya.
"berapa orang tentera kau?", "alhamdulillah 11 orang", Qoq menjawab. "Wah, mabrouk! lebih seorang dari ummi mu, haha.." "kau?", "alhamdulillah 8, dua kali ganda mamaku", "alhamdulillah..", Qoq menyambut dengan tahmid. Keduanya memandang bakal waris 'barisan hadapan' mereka penuh harapan dan sarat doa seorang ummi.
Kelihatan anak-anak girang bermesra tanpa kekok dengan hati penuh cinta.
Segala puji bagi Mu Ya Allah...
Dua orang abi berbicara mesra, sesekali ada tawa dan tahmid meledak serentak.
Maha suci engkau Ya Allah atas nikmat keberkatan ini..

"puas kau terbang membelah langit, menjejak tanah asing?", Jit bertanya. "mane kau tau Prof?" "aku tak pernah tinggalkan kau Qoq", Jit tersenyum. "Kapten Iman Adwa, my bro anak buah suamimu di Aviation Academy merangkap anak mutarobbinya". "kecil dunia ni", Qoq menyambung.
untunglah kau Qoq! somimu pilot! :)
"kau pon ape kurangnya, tanah asing mana je lagi yang kau tak jejak Jit", "dats my hobby", Jit tersengih. "your hubby, he's neurosurgeon right?", "yerp", menjawab ringkas. "orang keliling kau seakan-akan memenuhi cita-cita kau yang macam-macam dulu tu, haha..". "heheh, aku pernah terfikir benda yang sama jugak, syukur..".
"ade kerja kosong tak untuk aku at your university?", "sure!, Penasihat Utama Bahagian Pembangunan Akademik dan Tarbiyah, dan juga Penaung Syukbah Deen wal-Ulum and aku tak perlu persetujuan engkau". Qoq tersenyum. "sebab tak perlu?". "hei! kau dah lupe ke? we together pernah mengimpikan nak bukak academy sendiri dulu. Sistem Islamis sepenuhnya dan tarbiyah sebagai wadah pemantapan, alhamdulillah kerajaaan menyokong penuh. "aku tanya main-main je tadi, masa jadualku ketat", "Prof. Jit, dulu engkau yang ajar aku 'no limits even you already done 25 hours a day". "tak sia-sia aku membebel dulukan? haha, ok deal!. "maksimum waktu kau di office cuma five hours a month". "wow... and by the way aku menolak sebarang wang upahan". "Saidina Abu Bakar pernah menyatakan hal yang sama, dan Umar menegaskan perlu Abu Bakar terima haknya sebagai Khalifah". "baiklah ustazah..." Jit akur, "mungkin boleh dijadikan sumber dana Beit Raudhahku", menggumam dalam hati.

perjuangan belum mahu selesai
ia tidak menghimpit
selagi ada yang menggerakkan
dengan jiwa-jiwa yang sarat mengimpikan
mu'min, mukhlisin dan muttaqin...

"jom bukak bekal, aku dah laparlah..", Jit menggomel. "yuk, panggil anak-anak dan abinya", Qoq memaut lengan Jit. "kite tak berubahkan?", Qoq bersuara. "tak...", garis senyum terlukis."
"cuba kau teka ape dalam termos ni?", Qoq menggoncang lembut termos di tangan. "mestilah air, itupon nak main teka-teka", Jit ketawa kecil. "air cinta kau Jit.." "neslo??", yerp!", Qoq sengih. "erk hot neslo eh?" "kau dah tua Prof. Jit..hehehe...", Qoq menahan tawa. "I've something for you too..., die bulat-bulat leper..jeng jeng jeng..." "begedil!!!" keduanya serentak tertawa. Bahagia, rahmat bahagia kembali menyapa. Selama ini ia mungkin tertahan, Allah simpankan hadiah sebesar ini..syukur!

::TAMAT::

lagu tema : sahaja aku mencintaiMu (dua' feat ust. amal), keroncong yang hilang (Qi feat Yuna), tiada duka yang abadi (opick), ehlam maa'ya (hamza namira), altar cinta (6ixth sense).
mood warna : merah jambu, hijau, biru, kuning dan hitam.
rujukan sumber : google, sinergi (hilal asyraf), JOM, prof. muhaya, ust. pahrol, ustzh hafizah musa.
dedikasi pertama : papa, mama,my sistah n bro, my mr. neurosurgeon, anak2, yunie, didie, elham dan teman2
dedikasi utama : Qoq

selingkar kasih, membujur sayang
cinta tak hangat tanpa mesra dengan Nya
maaf terlanjur kata, berburuk sangka, mengharap yang bukan2
ikatan ini tak pernah salah, dan sebenarnya ia mengagungkan CINTA
luruskanlah........

[sah.jpg]  oktengsbai...~





No comments:

Post a Comment