Bismillahirahmanirrahim...
Puh,puh... (tiup habuk sikit... ). Lamanya tidak menaip2.. Gigihnya sang teman membersihkan habuk, aku sekadar leka memandang.. MAAF!!
Bahang PRU masih terasa even dah 3 hari berlalu. Since dilantik menjadi jentera PRU isma, kehidupan selama 2 bulan sebelum tidak teratur, tidak terurus, kelam kabut.. dan jelas2 sangat terisi. Alhamdulillah.... =D
Selepas pengumuman keputusan PRU-13, hati sedikit terusik. Kejayaan yang diinginkan, namun Allah belum menetapkan kami sebagai pemenang.. Hatiku pasrah dan redha. Mengapa begitu mudah untuk pasrah dan redha?? Padahal segala usaha penat lelah kami selama 2 bulan tanpa henti ini lansung tidak dibayar dengan harga. Mengapa semudah itu pasrah dan redha??
Jawapannya...
Kami memang sejak dari awal diminta untuk membetulkan niat semata, bahawa penglibatan kami dalam PRU ini lillahitaala, menyeru masyarakat kembali kepada fikrah islamiyah.