bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Wednesday 8 May 2013

PRU 13 oh PRU 13...

Bismillahirahmanirrahim...

Puh,puh... (tiup habuk sikit... ). Lamanya tidak menaip2.. Gigihnya sang teman membersihkan habuk, aku sekadar leka memandang.. MAAF!!

Bahang PRU masih terasa even dah 3 hari berlalu. Since dilantik menjadi jentera PRU isma, kehidupan selama 2 bulan sebelum tidak teratur, tidak terurus, kelam kabut.. dan jelas2 sangat terisi. Alhamdulillah.... =D

Selepas pengumuman keputusan PRU-13, hati sedikit terusik. Kejayaan yang diinginkan, namun Allah belum menetapkan kami sebagai pemenang.. Hatiku pasrah dan redha. Mengapa begitu mudah untuk pasrah dan redha?? Padahal segala usaha penat lelah kami selama 2 bulan tanpa henti ini lansung tidak dibayar dengan harga. Mengapa semudah itu pasrah dan redha??

Jawapannya...

Kami memang sejak dari awal diminta untuk membetulkan niat semata, bahawa penglibatan kami dalam PRU ini lillahitaala, menyeru masyarakat kembali kepada fikrah islamiyah.

" Jangan fikir, turunnya antum dalam usaha PRU ini akan dibayar sebagaimana jentera2 parti politik lain, antum tidak dibayar, malah antum yang akan membayar, mengorbankan segala yang antum punya demi dakwah ini. Harta, tenaga, fikiran, masa semuanya akan dituntut. Makanya bersiap sedialah. Kumpulkan kekuatan iman dan ukhwah untuk mengharungi medan jihad ini. Berjual belilah dengan Allah atas jihad antum ini."

"Wahai orang2 yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"

"( Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

"Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, dan ke tempat2 tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang2 beriman."

(As-Saff : 10-13)

Hanya Allah yang akan membalasnya. Kami tidak punya apa2. Kami hanya menyediakan wasilah untuk sama2 kita berjihad di jalanNya. Niatkan pergi rumah ke rumah untuk sampaikan fikrah islam, agar hati2 mad'u (orang yang kita dakwahi) terikat dengan keindahan dan kebenaran islam..

Itulah jawapannya. Punyalah panjang. Konklusinya. Once kita berniat berbuat sesuatu itu kerana Allah, kita tidak akan rasa kecewa dengan keputusanNya. Menang atau kalah itu semua mengikut kehendakNya. PASTI, apa yang ditetapkan itu lebih baik dari apa yang kita fikirkan.

Namun, jika diselidiki secara mendalam, kami jentera PRU telah pun mendapat kemenangan. Mungkin ramai yang mengutuk, mengata kerja yang kami buat ini adalah sia2, tidak membuahkan hasil, malah melambatkan kemenangan islam etc... tapi Alhamdulillah, kami sangat berpuas hati dengan apa yang telah kami alami. Secara peribadinya, aku telah mendapat pelbagai kemenangan..

1) Belajar berdikari, berkorban tenaga, masa, penat lelah.....
2) Belajar mengurus masa dengan lebih efisien - kesibukkan tidak pernah hilang. Kena manage betul2
3) Dapat pengalaman mendakwahi masyarakat.
       - selama ini berdakwah/mentajmik mahasiswa
       - penerimaan masyarakat berbeza dengan mahasiswa
       - mind di block.... taksub....
       - dapat pengalaman +ve dan -ve. disambut mesra, dijerkah, dicerca.. nice experience.. =p
4) Dapat pengalaman jadi PACA.
      - jadi PA(Pollen Agent) sejam je..

suppose xboleh coz ada sikit masalah. tapi pengarah kata, g je, take experience even sejam. wah, bertuah rasa. Masuk jam 8pg, pukul 9pg terus berangkat pulang.. Amanah ke-2... Balik mengundi!!! Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung memakan masa setengah jam je.. Kalau berjam2, alamatnya tak mengundi la aku.. First time kot!! sayang kalau tak mengundi.. Nak, nak tempatku tu kerusi panas! Anuar Ibrahim lawan dengan MAzlan. Lepas mengundi, lari pulang ke tempat mengundi tadi. get ready utk jadi CA(Counting Agent) plak!

Seawal 20-an aku telah terlibat dalam politik. sesuatu yang tak pernah diimpikan selama ini.. hahaha..


nak sambung lagi.. tp dengan word lebih elok..

2 comments:

  1. Eh hem.lpas ni bkn skada tiup habuk je ye, mop lntai pulak.eheh...
    Jzkk menukilkn pengalamn, sgt byk perkra yg bole dkutip.
    Dr sekecil2 hal walau dlm mngatur niat hinggalah nk mngatur tindakn2 utl mnympai dan mnyebrkan keyakinn kte.
    Yg berakhir cuma pru, pjuangn kekal blnsung walau kte terlibt atau x.
    Crlah yg menguntungkn akhir kte nnt..
    Faizafaraghtafansab!!!

    ReplyDelete