bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Saturday 13 July 2013

::surat ramadhan untuk cik jiwa..::

Rindu!
Simpulan pendek yang memaksudkan jerit hati bisu pada kecintaan untuk sebarang cakaran warna di kanvas OTD.

Assalamualaikum w.b.t jua salam Ramadhan Kareem duhai cik JIWA :)
Alhamdulillah sedang melalui hari ke-5 berpuasa. Empat hari yang lepas telah di lalui dengan berbagai warna seri hidup. Syukur, syukur, syukur... dah cukupkah sekadar menyatakan kesyukuran seperti itu? Mana amal buktinya manifestasi syukur itu? *sigh...
Katanya bulan ini adalah merugikan dan sia-sia bagi sesiapa yang tidak mendapat keAMPUNanNYA.
Katanya bulan ini merupakan detik masa waktu didikan terbaik untuk mendapat anugerah TAQWA.
Katanya bulan ini saat terbaik untuk mendidik nafsu serakah yang bermaharajalela.
Katanya bulan ini masa terbaik untuk all out gencar bekerja.
Katanya bulan ini mahu dikejar berusaha mendapat malam seribu bulan.
Katanya bulan ini detik terbaik menghulur salam silaturrahim yang selama ini senget tak terjaga.
Katanya bulan ini bakal melalui hari-hari yang ceria tanpa suara tapi tersenyum indah menyapa saudara.
Katanya lagi, ramadhan kali ini mungkin tahun akhir untuknya..

Kata siapa? 
LIDAH dusta dari JIWA berduka.
Bukan pesimis dengan sengaja, tapi sekadar hamburan kecewa empat hari melalui bulan yang tercinta.
Hari ini? Ya, hari ke-5. Mahu kau ulangi yang lalu atau mencorak langkah yang baru? Tepuk dada tanya pada jiwa jujur mu yang sedang menderita.

Mari! tiupkan nafas baru segar dan jitu untuk menapaki hari mendatang yang insyaAllah menunggu andai ada rezeki mu untuk membuka mata selepas zuhur nanti atau mungkin seminit dua lagi. Mati tidak ternanti-nanti.

Kata ustaz, "kau harus bersyukur kerana masih di rezekikan untuk menghirup mampat ruang jeda ramadhan kali ini". Sambung ustaz lagi, "ramai orang yang rindu dan ternanti-nanti akan kedatangan bulan ini, tetapi ramai di antara mereka yang tidak di rezekikan untuk melaluinya dek kerana ketetapan ajal yang tiba-tiba datang tak di jemput. Ada jua yang direzekikan untuk berada dalam relung bulan barakah ini tetapi tiba-tiba keupayaan terbatas dek kerana kekejangan strok pada ramadhan malam pertama tanpa sempat mengangkat takbir taraweh rakaat yang baru saja bermula".

Nah, sekarang kau renung sejenak di mana dirimu? Bukan kau tidak tahu akan berkat dan rahmatNYA dalam bulan ini.
Tapi mengapa masih kau teraba-raba?? 

Psst psst!! by the way atas kecintaan dan sayang Allah pada mu, dengan izinNYA ruang waktu untukmu masih berbaki untuk kau memperbaiki. Syurga masih terbuka luas untukmu dan mohonlah agar pintu neraka itu tertutup selamanya buat mu.

Yang benar,
inche Ramadhan ceria :)







No comments:

Post a Comment