bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Tuesday 13 August 2013

Mujahadah Menyelami Kehidupan

Assalamualaikum,

Mood menulis datang ttbe.
Sungguh, diri ini umpama anai2 yg memakan kayu kayan, perosak bangunan yg diusahakan penuh lelah dan peluh utk dibinanya..
Ya Allah, orang lain bersungguh2 kembali padaMu,
namun aku??
masih dengan kehidupan jahiliyah yg bahagianya hanya sementara.

terdetik utk membuka blog seorang kenalan di matrik.
Ditemukan dlm rangka utk meraih redhaMu.

ya Allah bila dikenang kembali, betapa tulusnya aku meraih redhaMu waktu itu.
apa yg ku fikirkan adalah semata2 keranaMu,
mengajak orang dtg ke taalim utk membantu mereka merubah diri ke arah lebih baik,
berbagai cara dan usaha dijalankan, liqo kerap kali diadakan utk membincangkan cara penyelesaian.
dan waktu itu aku seorang pelajar matrik, kesibukkan waktu itu semua orang maklum,
namun, aku tetap ada masa utk tarbiyah dan dakwahku.

Di waktu itulah aku bertemu si dia. Cantik, pandai, kuat study etc. Quiet susah nak approach. Aku teringat waktu program diadakan di UTP. Waktu itu, pengangkutan kami hanyalah bas. Tiada kereta yang dtg menjemput. Dari matrik, naik bas ke stesen bas pekan gopeng, kemudian, naik bas semula ke medan kidd,ipoh untuk ke UTP. Kami bertolak pagi dari matrik, sampai UTP lepas zohor mungkin. Dan dia merungut."lamanya tunggu, kalau study nih, mesti banyak topic dapat habiskan", "lamanya tunggu, ni kalau ke kl ni dah sampai". Aku hanya memberikan senyuman nipis. Memang bas di medan kidd waktu itu lambat sampai. Aku hanya mampu berdoa agar bas cepat datang, ku turut mendoakan agar dia tidak serik untuk keluar ke program selepas ini. Selepas program ini, memang benar, dia sudah serik utk keluar ke program luar, hanya komit dengan program di dalam matrik sahaja.



Namun akhirnya, dia jatuh jgk ke tanganku atas izin Allah. Sangat komit dengan taalim dan perubahan. Sering mengadu kepadaku atas mujahadah yg sukar dilakukan. Aku memberikan support selayaknya. Kerana aku tahu, aku juga tidak mampu kuat, bertahan dgn ujiannya.

Sekarang walaupun sudah 4 tahun berlalu,aku masih mengingatinya. Aku ingin kembali berbual bicara dengannya soal mujahadah. Melihat blognya yg sarat dengan perkataan cinta, mujahadah, aku tahu, dia masih bermujahadah dengan ujian tersebut. Aku ingin menjadi sekuat dia dalam bermujahadah. Aamiin.. Aku tidak ingin jatuh, jatuh dan jatuh lagi. Mencari cinta Illahi terlalu payah. T_T





No comments:

Post a Comment