bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Tuesday 5 January 2016

::Indahnya hari esok!::

Pulang dengan ilmu untuk dimanfaatkan!
aku inginkan hidup senang
aku inginkan hati tenang..

Suara dan melodinya berdentum di corong telinga, 'satu hari nanti' - Najwa Latif.
Teman sejuk di kala sunyi menghurung maktabah al-Mukhtafi Billah. Melalui lorong Tabligh dalam perjalanan ke sini mengingatkan tiba-tiba pada pena digital yang sudah lama tidak berasah. Seolah mengkhianati janji sendiri *sigh.

Sudah berlalu mati enam hari dalam tahun masihi ini. Menoleh sesekali ke belakang melihat masa-masa yang mematangkan, mengilhamkan, membangkitkan dan jua menerbangkan. Itu hanya setelah meranduk dalamnya derita, tangisan, duka dan darah mungkin (bunyi macam cerita perang). Totally bukan! :)

aku terus melangkah
satu persatu
terus kehadapan kalau kamu disisi aku
walau nampak tak bergerak aku tak pernah kaku
tak mengalah hingga mendung ingin berlalu..

- Jangan bimbang (Adeep Nahar, Altimet, Andy, Erwan Muhibbain & LOKA)

Masih seperti dulu, saat karat mahupon berkilat (perghh!), cukup terinspirasi dengan melodi & bahan bacaan. Mudah menyimpulkan manusia semacam ini, melodi apa yang didengar itulah emosi & mentalitinya saat itu begitu juga dengan bahan bacaan. Ia seakan kimia yang melekat dan cukup sebati tapi anehnya tidak stabil semacam lemak -cis yang berubah-ubah. Haha...


Tak mahu mencoreng lagi untuk esok secara mingguan mahupon bulanan lebih-lebih lagi tahunan. Masa, tempoh, waktu atau apapon namanya nak disimilaritikan atau dimaa'nikan dengan 'duit'. Apa bisa? wasilah bukan matlamat. Tapi masih tidak menafikan pengurusannya. Bunyinya seperti pernah patah hati. Ya, tapi bukan putus asa. Kali ini cuba bereksperimentasi dengan metod berbeza asal matlamatnya lutsinar.

Tiada lagi corengan..
umur 27 - kawin, habis master, beli rumah, kucing beranak empat etc..
umur 35 - owned kapal laut/kapal selam, jejak villa Nabila, terjun kapal terbang dengan payung..
umur 41 - pangkat Prof. Emeritus Dr. Puan Sri Hjh Jit, anak tujuh, infak lima biji banglo etc...Begitulah gaya selalu as a master planner bukan planner master, itu lain!
Corengan sebelum ini hingga dah menjejak usia 50 tahun, mungkin ada orang buat sampai 100 tahun! (vavavava..)

Matlamat yang dicoreng bukan tak S.M.A.R.T, malah cukup ditelitikan. Tapi.....
Kecewa bertingkat-tingkat! Not my type agaknya nak berdisiplin untuk merealitikan matlamat pada buku corengan. Ataupon tukar gaya corengan dengan turut memposisikan 'cara bertindak', 'what's next?' 'what's up Doc?'..ha gitu....

Corengan matlamat pada suatu posisi yang lain selain memotivasi & pemangkin barangkali boleh juga membutakan jalan untuk sampai kepada matlamat itu sendiri..
Di suatu sudut pandang yang berbeza matlamat ataupon so called impian ini membuat hati bersenang lenang, terlalu bertenang, senyum terbayang-bayang...
"oh, aku bakal Prof. nanti..", sengih
"relaks ah, plan mantap dah kot..", senyum. Sebab selalu masalah orang adalah tak tahu 'what's next?' Tapi tidak pada orang yang well planned kengkonon macam dah tahu siapa dirinya 12 tahun akan datang. koh3.

Moral yang boleh dikutip : lutsinar matlamat tak bermaksud you dont have to plan the tindak tanduk untuk menggapainya. Untuk manusia semacam ini, tutup buku matlamat sebab surely dah terpahat kukuh dalam kepala tinggal lagi, jom rangka & workout tindak tanduk. The most importante is 'MUNTOLAQ' aka 'LANGKAH BERMULA' atau dalam kata kerjanya 'MULAKAN LANGKAH'.

Tak mahu lagi berputar-putar, mahu mendaki pula :)

Tidak semua orang mampu berimpian, bermatlamat & bercita-cita tinggi. Ia bergantung pada proses didikan, persekitaran, keluasan pemikiran, sosialiti & kemampuan ongkos. Kemampuan berimpian menonjolkan keberanian pertama. Lagi pula......menjadi manusia yang menafkahkan diri untuk umat, sangatlah perlu pada matlamat & impian sebagai motivasi.

Tadi cerita pasal masa.............tetiba masuk bab matlamat!
urghhh!!, tak nak edit!
kesimpulan kedua : masa berkadar terus dengan matlamat.

*belum mula menelaah lagi, ni semua OTD punya pasal!! tapi bangga terselit, sebagai pembuka kisah dua ribu 16. eheh..

Menadah mengharap, moga hari-hari hidup yang bakal dilalui dilimpahi kenikmatan dalam kesyukuran, keceriaan, kegembiraan, kekayaan, ketenangan, kejayaan, kemakmuran, keamanan, kasih sayang & ketaatan yang tidak berbelah bagi.

Dijauhkan daripada derita, duka, putus harap & derhaka.

Nantikanlah setiap hari yang indah~
ok.tengs.bai
JIT.

Berlumba jangan untuk dunia~


No comments:

Post a Comment