bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday 7 October 2011

ALLAH MEMBERI KEMUDAHAN JALAN MENUJU TAUBAT

Kerana Allah mencintai kita dan suka jika kita termasuk ke dalam syurga, maka Dia memberikan kemudahan kepada kita jalan menuju taubat dari setiap sisi.

                Dia menghiburkan kita bahawa Dia akan mengampuni seluruh dosa-dosa kita, berapapun besarnya dosa, asalkan kita mahu bertaubat. Sebagaimana firman-Nya:
" Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Surah Az-Zumar ayat 53.

Rasulullah menekankan tentang hal ini dengan sabdanya: “ Ada seorang hamba yang berbuat dosa, maka ia berkata, ‘Wahai Rabbku,aku telah berbuat dosa maka ampunilah dosaku. ‘Maka Allah berfirman, ‘Apakah hambaKu mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa dan juga mengadzabnya? Maka Aku ampuni hambaKu. ‘ Lalu ia tinggal menurut kehendak Allah. Kemudian berbuat dosa lagi, dan berkata : , ‘Wahai Rabbku,aku telah berbuat dosa maka ampunilah dosaku. ‘Maka Allah berfirman, ‘Apakah hambaKu mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa dan juga mengadzabnya? Maka Aku ampuni hambaKu. Kemudian berbuat dosa lagi, dan berkata : , ‘Wahai Rabbku,aku telah berbuat dosa maka ampunilah dosaku. ‘Maka Allah berfirman, ‘Apakah hambaKu mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa dan juga mengadzabnya? Telah Aku ampuni hambaKu, maka hendaknya ia beramal sekehendaknya.”
Maksudnya, sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Rajab bahawasnya seseorang hamba jika berada dalam keadaan seperti in setiap kali berbuat dosa, maka Allah telah mengampuninya.
Dipetik dari Mencintai & Dicintai Allah, bagaimana mewujudkannya? Karya Dr. Majdi AL-Hilali

p/s: Subahanallah. Alhamdulillah.. wahai saudara-saudaraku, tahukah kita, kita punya Tuhan yang akan mengampuni dosa dan juga mengadzabnya??  Namun, Allah lebih memilih untuk mengampunkan kita hambaNya..  Sedarilah teman-teman, pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita, setiap hela nafas kita turun dan naik, memberi peluang untuk kita menagih, merayu, meminta ampunan kepada Allah. Baiknya Allah, walaupun kita tidak henti-henti melakukan dosa, namun Allah tidak serik-serik memberikan ampunanNya untuk kita.. beruntungnya kita!! Maka apa yang kita tunggu lagi?? Mari sama-sama mengucapkan kata taubat padaNYa...

Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullahal’azim,
Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullahal’azim,
Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullahal’azim.



1 comment:

  1. Walau seteruk mana pun masa lampau kita, masa lalu kita, jangan lupa memandang pada sisi-sisi waktu yang kita ada. Sayangi apa yang kita ada, itu anugerah berharga dari pencipta kita. Selagi hayat dikandung badan, selagi jantung masih berdetak, selagi itu pintu taubat akan terus terbuka. Allahu Allah

    ReplyDelete