bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Monday 22 August 2011

cerpen- bila DIA memenuhi :: Part 1



Berombak dadanya menahan sesak, sesaknya hujung pernafasan dek kesesakan hatinya, jiwanya dan zahirnya. Ya, berdiri di tengah2 kota megah ini taklah semeriah kabaran orang.Malahan lebih membuatkan dirinya terperosok terkapai2; "ah!, dunia kini memang terlalu asing, manusia hidup sekadar mahu hidup. Mengejar2 harta kekayaan, mengejar ilmu untuk bermegah2an, mencantikkan diri sesempurna yang mungkin tanpa sedar yang cantik itu tetap bersifat boneka kaku", getus hati terdalam Ishika.
     Dalam pada itu Leya tetap setia melayan 'baby'nya,  DSLR- A390Y keluaran SONY itu benar2 menjadi kebanggaannya. Dunia sekarang, memiliki DSLR mungkin menjadi satu kegilaan bagi anak2 muda. Begitu juga dengan Leya yang begitu mengikuti perkembangan hal ehwal masyarakat dunia, untuk 'up-to-date' katanya. Sanggup dia mengeluarkan belanja sendiri dengan menggunakan wang tajaan pendidikannya untuk membeli 'kamera gajah' itu, pelik2. Sengaja Ishika menggelar DSLR itu sebagai 'kamera gajah' kerana baginya ia terlalu berat untuk diusung ke sana sini, dan setiap kali itulah Leya mencebik bila 'baby' kesayangannya itu digelar begitu oleh sahabatnya.


Setelah berlelah2an melewati zon 'final exam', kini tiba masa bagi mereka berdua merehatkan fizikal dan mental. Untuk itu, mereka mengatur perjalanan merentasi tiga buah negeri. Bukan susah bagi mereka berdua untuk mendapat kebenaran, Ishika dan Leya masing2 mendapat kepercayaan daripada kedua ibu bapa mereka. Kehidupan mereka yang sedari kecil membesar di tengah2 bandar, mendidik mereka berjiwa terbuka.
      Perjalanan yang bermula dari K.Lumpur agak memakan masa sekitar tiga jam lebih untuk mereka sampai di Kuantan yang merupakan destinasi pertama mereka. Seterusnya mereka menaiki bas untuk ke Jengka, singgah di rumah rakan sebilik mereka yang menetap bersama keluarganya di sana. Sepanjang perjalanan menaiki bas, macam2 perkara yang dibualkan dua sekawan itu; dari bermula kisah di universiti hinggalah meliputi hal ehwal semasa. Biarpun pada asalnya, persahabatan mereka tidak lah seerat mana berikutan keduanya boleh di katakan kontra dari sudut personalitinya, namun mereka mempunyai minat yang sama menyebabkan mereka amat menyenangi antara satu sama lain.

Sepanjang tempoh perjalanan itu, Ishika lebih banyak berdiam melayan perasaan hatinya. Perjalanan yang dia dan Leya gelarkan sebagai 'travel anak wayang' ini sebenarnya memang sudah lama dia impikan. Ishika mengimpikan untuk berjalan melihat hakikat dunia yang semakin suram dan tenggelam dalam keseronokan yang manusia itu sendiri menciptanya. Harapannya, agar 'travel' mereka ini bukan sekadar perjalanan untuk bersuka2, tetapi untuk turut mengintai hikmah berjalan sebagai hamba di bawah langit dunia.

     Dia dan Leya, keduanya mempunyai identiti yang kontra. Ishika lebih selesa bertudung litup, menutup aurat sewajarnya walaupun terkadang dia nampak bersahaja namun dia tetap menjaga tata susilanya sebagai orang Islam. Berbeza dengan Leya, bertudung sekadar apabila menghadirkan diri ke kuliah dan apabila di tanya, dia sekadar menjawab " babe, dah majoriti pelajar kat sini bertudung, so aku nak tak nak kena lah bertudung", "biarlah orang nak kata aku hipokrit ke hape, yang penting aku selesa dengan cara aku". Ishika tahu, jauh di sudut hati temannya itu ada sinar2 mahu membentuk diri ke arah kebaikan cumanya mungkin sedang membina kekuatan yang terkadangnya terlalu rapuh bila diuji.

Walaupun terkadang, kedua ibubapa Ishika tidak begitu senang dengan hubungan persahabatan antara anaknya dan Leya, namun bagi Ishika tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan. Baginya dia tahu menjaga dirinya, tak perlu digusarkan dengan sesiapa pun dia berkawan. Lantaran itu, walaupun dengan personalitinya yang boleh dikatakan wara' di antara rakan2nya, Ishika tetap disenangi dan disegani. Dia tidak memandang rendah pada sesiapapun, dia mengajar dirinya supaya tidak menghakimi seseorang apatah lagi menghukumi. Baginya, wajar setiap manusia itu diberi peluang. Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu mereka2 yang dipandang berdosa oleh kita itu lebih tinggi darjatnya di sisi Tuhan.
   


bersambung..

   

No comments:

Post a Comment