bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Saturday 13 August 2011

BEDAH BUKU: Manajemen rasulullah, panduan sukses diri & organisasi-buku 9 (Part 2)

Motivasi seperti ini sangat efektif dalam membangun semangat kerja. Dua peristiwa berikut menegaskan pengaruh motivasi dalam pelaksaan kerja.

Peristiwa pertama

Pada pembebasan benteng Na’im (salah satu benteng di Khaibar), bendera Rasulullah saw dibawa oleh Abu Bakar as.. Setelah berperang dengan sengit, ia kembali ke markas dan bendera dialihkan kepada Umar Al-Khattab ra. Umar pun memimpin peperangan dan menghadapi serangan lebih dahsyat dari hari sebelumnya. Setelah mendengar jalannya peperangan yang dipimpin Umar, Rasulullah saw bersabda, “Besok saya akan menyerahkan bendera ini kepada seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya, serta Allah dan RasulNya mencintainya.”


Setiap sahabat dari kalangan Quraisy menampakkan diri di hadapan Rasulullah saw dengan harapan dipilih untuk memegang bendera. Pada pagi harinya, mereka menemui Rasulullah saw kemudian beliau menyerahkan bendera kepada Ali bin Abi Talib ra. Maka Ali bangkit untuk menyerang Khaibar dan ia berhasil menyerang Khaibar dan ia berhasil membebaskan benteng Na’im.

Peristiwa Kedua

Iman Ahmad meriwayatkan dari Anas ra., “.. Rasulullah saw menemui para sahabat untuk memberi motivasi, “Demi Dzat yang jiwa Muhammad di tanganNya, tidaklah seseorang berperang pada hari ini dengan sabar, mengharap pahala, selalu maju, dan tidak melarikan diri, kecuali akan dimasukkan Allah ke dalam syurga.

Dalam riwayat lain, beliau bersabda, “Bangkitlah menuju syurga seluas langit dan bumi”.

Mendengar itu, Umair bin Humman Al-Anshari ra. menyahut, “Syurga seluas langit dan bumi, Ya Rasulullah?”

Rasulullah saw menjawab, “Benar.”

Umair berkata, “Bakhin.. bakhin!” (ungkapan kegembiraan atas kurnia yang sangat besar)

Rasulullah saw bertanya, “Apa yang mendorongmu menyatakan “Bakhin.. bakhin!”?

Umair menjawab, “Tidak ada, kecuali keinginan kuat untuk menjadi penghuninya, wahai Rasulullah.”

Rasulullah saw berkata, “Engkau termasuk penghuninya....”

Mendengar itu, Umair langsung mengeluarkan beberapa buah kurma dari kantung. Setelah memakan beberapa butir buah kurma, ia berkata, “Jika aku hidup untuk menghabiskan kurma-kurma ini, maka itu terlalu lama.” Kemudian ia membuang buah kurma dan maju ke medan perang hingga syahid.
Ibnu Jarir menyebutkan bahawa saat itu Umair menyenandungkan syair,


Berlari menuju Allah tanpa bekal,
Selain takwa dan amal ukhrawi,
Serta sabar berjihad kerana Ilahi,
Semua bekal terancam musnah,
Kecuali takwa, kebajikan dan petunjuk.



Wahai para pemimpin, motivasi dapat memompa semangat ahli anda untuk mencapai kesuksesan dan mengkaji perangkat-perangkatnya. Motivasi termasuk metode kepimpinan dan pembinaan yang efektif dalam mengelola dan mengoptimalkan potensi serta bakat. Juga dapat membangun dan mempertahankan kepercayaan yang menjadi landasan kerja-kerja sukses.

Subahanallah, hebatnya skill management Rasulullah, dan respon yang diberikan oleh para sahabat, mampukah kita jadi begitu?? Di mana ada usaha, pasti ada hasilnya. Allah melihat kepada usaha-usaha kamu bukan kepada hasilnya! Dari bedah buku ini, sesuatu yang dapat kita pelajari adalah, Rasulullah memuji para sahabat apabila mereka telah berjasa, dan Rasulullah sentiasa memberikan motivasi kepada para sahabat untuk terus berbuat. Sangat terkesan dengan respon yang ditunjukkan oleh Umair bin Humman Al-Anshari ra., betapa kuat keinginannya untuk menjadi penghuni syurga yang seluas langit dan bumi, dan beliau bertindak atas keinginannya, yakni turun berjihad sehingga syahid.

Tapi bagaimana dengan kita? Sudah tentu syurga adalah keinginan kita yang tertinggi, tapi adakah kita membuat tindakan sebagaimana yang dicontohkan oleh Umair bin Humman Al-Anshari ra. Adakah kita  berusaha memperbaiki diri kita dalam sehari-hari, melawan nafsu tidur enak untuk bangun subuh, solat di awal waktu, terlalu mengejar kekayaan dunia,menjaga pancaindera kita dalam waktu berpuasa, tidak mengikut nafsu ketika sedang membeli di bazar ramadhan, sabar dalam setiap ujianNya, dan banyak lagi.Adakah tanpa  hal-hal sedemikian kita sudah membuktikan keinginan kita untuk mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi?? Salah!! Tanpa hal-hal sedemikian, kita hanya berangan-angan sahaja. Kita hanya mengimpikan rembulan untuk jatuh ke riba. Kita hanya mengharapkan sesuatu yang tidak akan hadir. Makanya para pembaca, untuk menghadirkan syurga itu, kita harus bertindak! Kita harus bertindak untuk mendapatkan keinginan kita. Raihlah syurga itu dengan amal-amal kebaikan dan sentiasalah mengawasi diri kita daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.  Selamat Bermujahadah dan Selamat Membeli Bukunya !

No comments:

Post a Comment