bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday 19 August 2011

Wanita Haid dan Nifas di bulan Ramadhan

Di ambil dari buku FiQh Wanita penterjemah Muhammad Athiyah Khumais 


Sempena bulan Ramadhan ini, aku ingin berkongsi tentang fiqh wanita. Tentang masalah-masalah yang biasanya dialami wanita-wanita di luar sana. Mungkin ada yang kurang jelas, aku cuba menambah baik seboleh yang mungkin. Moga kefahaman ini bermanfaat untuk kita bersama. Sebolehnya masalah-masalah fiqh ini tidak harus dipandang enteng oleh kita kerana ia melibatkan perkara asas rukun islam kita, yakni solat, puasa, haji dan seumpamanya. Moganya ilmu ini kita sebar-sebarkan. 


Haid dan nifas dua jenis keuzuran yang menyebabkan wanita wajib berbuka. Seandainya seorang wanita yang sedang berpuasa tiba-tiba haid atau nifas, wajib atasnya berbuka dan haram baginya berpuasa. Kalaupun dia berpuasa, puasanya batal sedangkan dia wajib mengqadha.







Niat Berbuka Kerana Menyangka Akan Datang Haid


Apabila orang yang puasa jauh-jauh hari sudah berniat, bercadang akan berbuka puasa dengan mengandaikan sesuatu yang belum tentu ada, maka menurut mazhab Maliki orang itu wajib membayar kaffarah(membayar denda).


Contohnya, wanita yang biasa datang haid pada hari atau tanggal tertentu, lalu malam harinya dia berniat tidak akan puasa esok kerana menyangka akan datang haid. Wannita itu wajib membayar kafarah, sekalipun dia memang datang haid pada hari itu.


Perlukah Wanita Haid Menahan, Apabila Dia Suci Siang Hari?


Bagi seseorang yang telah terbatal puasanya pada bulan ramadan maka wajib baginya utk meneruskan puasanya pada hari itu dengan alasan untuk menghormati dan memuliakan bulan Ramadhan tetapi tidak diwajibkan meneruskan puasa bagi puasa di bulan selainnya.


Begitu pula halnya bagi seseorang yang dib0lehkan keatasnya untuk berbuka puasa di bulan ramadhan atas alasan keuzuran (haid, musafir etc) dan apabila dia telah suci, atau telah sampai ke tempat tujuannya, maka tetaplah baginya untuk menahan dirinya sepanjang hari tersebut sehingga waktu berbuka bagi menghormati bulan Ramadhan.


Kata Syafi’e : Sunat menahan dalam keadaan seperti itu.


Wajib Qadha Bagi Wanita Haid Dan Nifas


Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Ma’adzah berkata: “ Saya bertanya kepada Aisyah r.a. : mengapa wanita haid diwajibkan mengqadhakan puasa dan tidak diwajibkan mengqadha solat?”.


Tanya Aisyah r.a : “Apakah engkau orang Haruriyah?”. Jawabku: “Tidak! Aku bukan Haruriyah.Tetapi aku bertanya”.


Kata Aisyah r.a. : “Itulah keuntungan kita. Kita diperintah mengqadha puasa, tetapi tidak diperintah mengqadha solat”.


Hukum tersebut disepakati oleh para ulama’. Mereka sependapat tidak wajib mengqadha solat atas waktu haid dan nifas, tetapi wajib mengqadha puasa bagi keduanya. Perbezaannya ialah, kerana solat perlu banyak dikerjakan- lima kali sehari semalam – sehingga sukar mengqadhakannya. Lain dengan puasa, ibadah ini hanya sebulan dalam setahun. Sedangkan orang haid, kadang-kadang hanya sehari atau dua hari dalam sebulan.


Wajib Puasa Bila Suci Sebelum Fajar (subuh)


Telah diterangkan, seandainya wanita haid atau nifas suci sebelum fajar walaupun hanya sedetik, menurut Maliki dia wajib memasang niat puasa malam itu.


Kata Iman Nawawi: apabila darah haid atau nifas telah habis di malam hari, kemudian fajar terbit sebelum wanita ini mandi wajib, puasanya sah dan dia wajib menyempurnakan puasanya, biarpun dia belum mandi wajib, dengan sengaja atau kerana lupa, baik kerana uzur atau tidak, seperti itu juga kalau masih junub.


Inilah mazhab kami- iaitu mazhab syafi’e- dan mazhab ulama semuanya. Bagaimana pendapat Salaf kami tidak mengetahui, sah atau tidak.

No comments:

Post a Comment