bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Sunday 7 August 2011

BERKONGSI KERANA ALLAH

"Adik, abang nak pinjam pensil warna jap boleh tak?", adik kecil saya menggeleng tak mengizinkan seolah-olah pensil warna itu hak milik sepenuhnya, walhal pensil warna itu saya belikan (wajarnya milik saya, heheh) untuk mereka berdua. Kononnya mengajar mereka berkongsi (sharing is caring) walaupun sebenarnya untuk save duit sendiri. Saya hanya melihat gelagat mereka, tak kuasa nak meleraikan pergaduhan anak2 kecil. Sehingga salah seorang menangis baru saya akan menjadi hakim antara keduanya (bukan kejam, cuma pada saya pergaduhan itu terkadang penambah seri perhubungan). 
    Memerhatikan mereka membuat saya terfikir, 'bukan mudah untuk berkongsi'. Mungkin antara faktor penyebabnya adalah salah satu pihak merasakan kerugian atau mungkin kerana tidak dapat mendominasi sesuatu secara total.
Skopnya agak luas apabila membicarakan soal 'perkongsian', yang jelasnya di sini saya cuma terdetik untuk mengupas tentang perkongsian dalam kehidupan. Duduk dalam halaqah, dalam dewan kuliah waima di tepi jalan sekalipun secara tak sedar kita sedang 'berkongsi', malah dalam kita bersendirian jua kita turut berkongsi, tak percaya?? tutup hidung dan mulut tu dan jangan sedut udara sekeliling kalau anda jenis manusia yang kononnya tak suka berkongsi.:p



      'Berkongsi' secara fizikal memerlukan lebih daripada satu individu (secara tak lansong mengingatkan saya tentang konsep berjemaah). Analoginya dalam tubuh badan kita yang satu ini turut berkongsi, organ2 badan kita berkongsi oksigen, lemak, glukosa untuk menghasilkan tenaga, andai kata ada organ ataupon bahagian tertentu dalam badan kita tidak menerima perkongsian yang sewajarnya maka akan berlaku komplikasi seperti sakit, lemah badan seterusnya merencatkan penghasilan tenaga yang optimum., rugikan?? banyak kesan yang memudaratkan.

Go to fullsize image

Makanya seharusnya kita sebagai hamba yang lemah sepatutnya menyedari hakikat yang bahawasanya hidup kita ini saling memerlukan. Sebagai hamba juga, kita turut berkongsi rahmat kaseh sayang ALLAH kan? huhu..kita memang lemah, jangan sekali2 mendabik dada mengatakan yang kita tak memerlukan sesiapa atau apa2.
Kalau tanpa perkongsian ilmu dari orang yang pertama mencipta 'lampu' kita mungkin masih menggunakan pelita hari ini, kalau tanpa perkongsian secubit makanan dari seseorang dahulu, kita mungkin mati kebuluran ketika itu dan kalau tanpa perkongsian kasih sayang, ilmu, taqwa, jihad dari RASULULLAH dan para sahabat waktu dahulu mana mungkin ketika seorang ISLAM hari ini. 

     Seharusnya kita memanjatkan syukur dengan segala 'perkongsian' itu, bersyukurlah dengan kita juga turut berkongsi, berkongsi manfaat sesama manusia, berkongsi tawa tangis bersama, berkongsi kebaikan sesama kita. Kita tak akan rugi sedetik, secubit dan walau sekelumit pon dari perkongsian kita, malah akan diganda2kan oleh ALLAH bila mana perkongsian itu dilakukan semata2 LILLAHITA'LA (kerana ALLAH),

       Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya   Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka pasti azab Ku sangat berat" (14:7)

Tak tersangka lamunan saya terdampar hingga ke sini, niatnya sekadar untuk berkongsi dan semoga ditetapkan semuanya kerana ALLAH. Sahabat2 kesayangan saya, marilah kita BERKONGSI tanpa alasan. wallahua'lam...

p/s: 
Buat sahabat penawar hati yang sudi berkongsi, moga ALLAH terima dan redha dengan perkongsian kita ini. Mungkin selepas apa yang berlaku, ini hikmahnya Rencana DIA semestinya yang terbaik. Jangan lupa iringkan perkongsian ini dengan doa. Kita mencari IKHLAS....

     

No comments:

Post a Comment