bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Saturday 23 June 2012

HARI - HARI PRAKTIKALKU (first day)


18 Jun

HAri ini merupakan hari pertamaku melangkah sebagai seorang pekerja yg ku kira satu fasa kematangan dalam kehidupan setelah bertahun-tahun di alam kanak-kanak dan remaja. Aku ditempatkan di Unit Data dan Maklumat, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP). Sengaja aku memilih KMPP sebagai medan praktikalku untuk aku membiasakan diri dengan alam pekerjaan pada masa yang sama masih mengekalkan environment pendidikan. Walaupun tiada elaun untukku menyara kehidupan selama 3 bulan, namun aku pasrah, itulah yang terbaik yang Allah tetapkan buatku.. Selama 3 bulan, aku mungkin akan berulang alik dari rumah ke KMPP. Mengambil masa lebih kurang 20 minit.
                Aku keluar rumah 7.40 pagi. Bergegas keluar, mencapai helmet dan terus memecut dengan kelajuan 80-100km/j. Fikiranku kosong, tiada perasaan, otak pantas memproses data-data kereta, motorsikal, lori di sepanjang perjalanan untuk memotong, atau beri laluan. Bagiku perjalanan itu amat panjang. Di fikiranku cuma fikir perlu sampai sebelum 8 juga. Kelajuan yang ku rasa amat merbahaya di kala banyak kenderaan di jalan. Masing-masing memecut untuk sampai ke tempat masing. 
Setibanya di KMPP, aku menghubungi dua orang lagi teman sepraktikalku, Fatin dan Nad, mereka sudah sedia menunggu untuk berjumpa dengan Penyelia di sini. Alhamdulillah, aku sampai tepat pada masanya. Kami berta’aruf dengan Penyelia kami di sini. En. Ahmad Zuhair b. A. Mobin, asal Terengganu, bekas pelajar UTM dalam bidang Software & Network.  Pernah berpengalaman menjadi Project Manager di syarikat swasta, dan baru ditukarkan ke KMPP selama 2 tahun. Selepas berta’aruf, Kami dibawa ke tempat yang bakal kami duduki selama 3 bulan nanti, iaitu di bilik Penyelenggaraan Unit Data & Maklumat di tingkat atas perpustakaan, searas dengan makmal komputer.  Di sana kami diperkenalkan dengan technian yang berada di sana. En Salrizal, Pn Salwa, En Shahril. Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar di aras tersebut.


Sepanjang pagi di bilik Penyelenggaran itu, kami didedahkan dengan cara memasang cable RJ 45. RJ45 ialah satu jenis piawai penyambung untuk rangkaian kabel. Penyambung RJ45 biasanya dilihat bersama-sama kabel-kabel Eternet dan jaringan. Cable RJ45 mempunyai 8 wayar yang berlainan warna, tugas kami merungkaikan wayar tersebut dan menyusun semula mengikut warnanya yang pada mulanya telah dipintal (twist). 


Walaupun major kami adalah software namun, ilmu lain tidak akan kami sisihkan. Semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin luas pengetahuan yang dimiliki.

Selepas menyusun wayar mengikut warnanya, kami akan menguji wayar tersebut dengan satu alat (x ingat nama apa alat tu.. huhu). Jika susunan kami betul, wayar itu siap sedia untuk digunakan, namun seandainya salah, kami terpaksa membuka semula dan membetulkannya.. Sakit juga tangan nak buat benda nih.. huhu, sampai merah-merah tangan, maklumlah perempuan.. hehe... ^_^



Jam 2.30 petang kami di bawa berjumpa dengan Pengarah, Timbalan Pengarah, Kaunselor, HEP, Ketua Jabatan Matematik dan ramai lagi pengawai atasan pentadbiran. Kemudian kami kjembali ke pejabat En. Zuhair untuk mendapatkan sedikit taklimat tentang projek yang bakal kami bangunkan. Secara ringkasnya kami akan membangunkan sistem Rangcangan Aktiviti Semester (e-RASA) untuk kegunaan pensyarah di KMPP bagi menjayakan matlamat KMPP paperless pada 2012. Sekarang pensyarah sedang menggunakan rekod rancangan aktiviti semester menggunakan aplikasi excel sahaja. En. Zuhair mengharapkan dengan keberadaan kami di sini dapat membantu beliau menjayakan sistem ini e-RASA ini walaupun masa 3 bulan itu sangatlah singkat untuk membangunkan sistem sebesar e-RASA ini.


No comments:

Post a Comment