bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Tuesday 26 June 2012

Pencarian HAti..

Assalamualaikum...

Ku rasakan perasaan ku selama berada di masa kejatuhan dengan gambar. Biarlah lukisan yang berbicara. Hati ini meronta-ronta mohon dijaga, dibersih, dicuci, disental, namun dek 'kesibukkan memanjang' ku abaikan rontaan itu. Berpura-pura menjalani hidup dengan aman dan sentosa, namun, di hati ini??? hanya Allah yang mengetahui...



Kenapa liat sangat nih??? Sukarnya untuk mujahadah...
Takde mujahadah yang sedap macam minum teh ais sejuk.
Kalau tak pedih dan tak sakit, itu mudah-mudah je namenye. Huhu.
Mengapa mujahadah payah?



Sebab kena korban benda yang KITE SUKE. Perasaan kita.. Rasa hati kita..
Jadi, apa yang best di hujung mujahadah?
Tentulah KENIKMATAN YANG LEBIH BEST berbanding kenikmatan yang diperolehi tanpa bermujahadah. So, jangan risau kawan-kawan.. kuatkanlah hati tu sikit. Kurang-kurangnya pun, komplikasinya cuma keluar air mata je.

Kenapa perlu mujahadah??  Bkpe nk susah2 mujahadah?? Lawan hawa nafsu bagai?? Kerana apa?? Kerana kita hamba Allah, kita merupakan khalifah yang Allah lantik di muka bumi ini. Kita dituntut untuk memakmurkan bumi ini dengan panduan yang telah Allah sediakan buat kita. Kita dituntut untuk memakmurkan bumi ini dengan kehidupan islam. Menyebarkan islam di serata pelusuk dunia... Sudah merasa cukupkah dengan keislaman kita sekarang? Sudah puaskah dengan amalan kita sekarang?? 

Pengetahuan tentang itu membuatkanku makin down, "islam bukan sekadar HOBI!, Juga bukan untuk keseronokkan, atau berbangga2, tetapi, ISLAM itu ialah kita YAkin sungguh-sungguh dengannya dan memberikan KOMITMEN sepenuhnya dan rela MENGORBANKan apa-apa sahaja untuknya. Itulah kefahaman yang sebenarnya.


Kerana itulah mujahadah dituntut, mujahadah perlu untuk kita menahan diri dari melakukan perkara maksiat yang membuatkan kita jauh dari kehidupan islam, mujahadah perlu untuk kita mengikis segala karat2 jahiliyah yang terus-menerus menyelubungi diri, mujahadah perlu untuk kita melawan keseronokkan bermain, tidur nyenyak, kerehatan demi mengamalkan sunnah2 yang rasulullah tinggalkan buat kita. Mujahadah perlu untuk kita menjalankan peranan kita sebagai pemuda-pemudi islam. Menurut Yusuf Qardhawi, ada empat peranannya;  
  1. Memahami islam dengan kefahaman yang sebenar-benarnya
  2. Mengamalkan islam
  3. Menyampaikan islam
  4. Bersatu atas nama islam (ukhuwwah)
Makanya, mujahadah amat perlu untuk kita membaiki diri kita dari jahil kepada tahu. Dari tahu kepada lebih tahu seterusnya faham dan terus mengamalkan islam itu, tidak lupa untuk menyampaikan kepada yang lain dan terakhir, mujahadah untuk bersatu atas nama islam, yakni berukhwah.Sentiasa menjaga ukhwah. Menjaga diri dari hasad dengki, berpecah belah etc. 

Dan terakhir.. inilah rasa hatiku.. Rasa terbeban  dengan kehidupan dunia, dengan keimanan yang semakin nipis umpama kulit bawang, sering tersungkur jatuh dengan kejahilan manusia yang makin memuncak. Aku rindu utk menyuburkan kembali keimanan dalam diri, rindu untuk merasakan keindahan islam ini buat setiap manusia di sekeliling. Rindu untuk melihat kemakmuran dunia ini dengan mengamalkan islam secara kaffah (keseluruhan). Apakah aku sempat untuk menikmati suasana itu??


Di ruang masa dan peluang ini, aku ingin menyiapkan diri. Aku ingin bertemu dengan ramadhan dengan keimanan yang stabil. Agar aku dapat memecut untuk merebut segala kebaikan di bulan itu. Aku ingin berada di kepompong ramadhan untuk bersiap sedia menghadapi realiti manusia sekarang dengan tegar, tidak lagi jatuh tersungkur, terjebak atau seumpamanya..

Moga Allah permudahkan urusanku. Moga kehidupan di matrik ini, biah di matrik, membantu mengembalikan kegemilangan diri yang dulu... Ameen


No comments:

Post a Comment