bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Wednesday 18 July 2012

::GEN AL-YADIL U'LYA::

Ini sekadar ulasan, secalit kupasan yang terkait antara pengalaman, perkongsian dan pembacaan. Kalau nak dirujuk, diambil iktibar dan sebagai panduan silakan tapi pastikan ada tapis2an. Kalau nak mengutuk, tak bersetuju..ok anda mungkin ada lebih ketepatan, punya kebenaran dan hujah yang bukan main2an. :)

Sememangnya satu kebiasaan kita dengan jolokan 'gen ulul albab', 'gen Y2O', 'gen umat Muhammad', 'gen X,Y,Z' dan sebagainya. Pernah kedengaran 'GEN AL-YADIL U'LYA'??. Ianya mungkin kedengaran sebagai satu kebiasaan pada mereka yang terbiasa dengan pesanan2 Nabi Muhammad S.A.W.

Terpanggil untuk berkongsi di celah ruang ini. Semalam, semasa di dalam kereta ketika perjalanan ke Damansara, menjadi kebiasaan untuk mendengar radio IKIM. Dalam pada mendengar lagu untuk berhibur, kadangkala terusik juga hati mendengar perkongsian2 ilmiah dan tentunya dari mereka yang pakar dalam bidang masing2, dan semalam sekali lagi perkongsian yang amat mengetuk minda iaitu mengenai 'Ekonomi dalam Islam'. Sebetulnya slot tersebut membincangkan tentang 'sistem wakaf'. Tetapi bukan itu yang mahu difokuskan untuk kali ini, yang menjadi perhatian adalah apabila pengisi bergelar Tan Sri itu menutup kata2nya dengan harapan agar umat Islam di Malaysia ini menjadi ummah GENERASI AL-YADIL U'LYA.

AL-YADIL U'LYA adalah sebenarnya petikan dari salah satu pesanan Nabi Muhammad S.A.W.buat umat Islam keseluruhannya. Ia berbunyi :
" Al-yadil 'ulya khoirun minal yadissufla" atau dalam bahasa ibunda kita disebut sebagai "tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah". Biasa kedengaran bukan? :)



Berbagai tafsiran dan analogi dikaitkan dengan pesanan ini. Buat orang menyampaikan ilmu di ibaratkan seperti guru dengan anak muridnya, buat orang bisnes di umpamakan seperti penjual dengan pembelinya dan buat kasta masyarakat ibarat orang kaya yang bersedekah kepada si miskin. Apa pon, prinsip setiap analogi atau tafsiran itu cuma satu iaitu 'MEMBERI'.


Logiknya siapa yang memberi? tangan yang di atas atau yang di bawah? dan tentunya kita bijak menilai 'tangan' mana yang lebih baik dan lebih bemanfaat. Menurut penilaian kita sendiri, how was the 'hand' can give something? surely the 'hand' owned more than or something orang melayu kata 'memiliki sesuatu yang lebih daripada itu dan ini'. Logik?

Ulasan ini tak bermaksud untuk mengupas bagi setiap peranan 'tangan-tangan' yang memberi itu. Cukup sekadar menjentik titik fokus berkaitan secalit hal ekonomi. Yes, economy but not in detail. Sekadar yang mampu, ikutkan di universiti dulu tiga semester berturut2 memohon untuk mengambil subjek elektif Islam & Ekonomi, apakan daya kuota sentiasa penuh. Mungkin jua DIA lebih tahu, keinginan diri ini akan mengatasi segala..insyaAllah :)

Menurut komentar daripada seorang penceramah bebas yang juga penulis buku U-TURN dan PERHENTIAN R&R Ybhg. Ustaz Zul Ramli, umat Islam Melayu kini terutamanya yang mendalami ilmu agama Islam serta dari kalangan pendakwah amatur, daie' muda jua tak terkecuali para asatizah amat takut untuk mengatakan "MAHU JADI KAYA". Menyebutnya seakan bakal menanggung dosa. Hal tersebut tidaklah begitu mengejutkan. Memang hakikatnya golongan tersebut dibayangi rasa takut dihinggapi penyakit 'cinta dunia' atau disebut Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud sebagai penyakit 'wahn'.

Akan tetapi, ketakutan itu apabila tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya ia bakal jadi suatu kerugian. Kerugian besar bagi umat Islam keseluruhannya. Tanpa kita sedari, kita lebih rela bergantung kepada orang lain termasuk golongan kafir dzimmi dan paling menjengkelkan pergantungan pada kafir harbi. nau'zubillah!! Kita selamanya merelakan mereka mengusai ekonomi yang suatu ketika dahulu pernah dimonopoli oleh umat Islam. Ya, benar memang tak dinafikan mengejar harta kekayaan itu kadangkala bakal menjerumuskan kita kepada penyakit takut mati. Tetapi kita seharusnya jangan terlupa dunia kini menuntut kita menguasai segala bidang termasuk aspek ekonomi dengan membolot harta kekayaan untuk dimanfaatkan dan menjadi 'tangan' yang diatas.


Logiknya antara orang kaya dan miskin siapa yang lebih dapat memberi manfaat melaluinya hartanya? Jangan cengkam diri untuk tidak menjadi hartawan. Sedangkan sahabat Rasulullah, Abdul Rahman b. Auf juga merupakan seorang jutawan dan hartawan. Ketika dia meninggal dunia, harta yang ditinggalkan bernilai berbillion dinar. Siti Khadijah isteri tercinta Nabi juga merupakan seorang hartawan. Hartanya banyak dimanfaatkan pada jalan Allah termasuk ketika peristiwa umat Islam dipulaukan. Nah, masih menggeleng kepala? tetap tidak mahu menjadi kaya? 

Kaya berharta, tidak semestinya perlu show off, dengan gaya hidup mewah dan sebagainya. Tetapi terpulang pada kita untuk mengendalikannya. Asalkan kita umat yang kaya harta dan lebih manis umat yang juga kaya jiwa. Peri pentingnya supaya kita umat Islam menjadi umat 'tangan' di atas. Bukan umat yang meminta2.

Manfaatnya meliputi segenap aspek termasuk D&T, pendidikan, teknologi, kesihatan, kemasyarakatan, zakat, waqaf, kemakmuran, status sosial jua politik. Tetapi kekayaan bukanlah segala2nya. Ia cuma tunggangan, jangan pula kita ditunggangnya. Buat mereka yang dah berharta kita doakan mereka menyedari besar peranan mereka sebagai umat Islam. Jangan dipandang enteng orang yang mengumpul harta itu. Doakan dia...Jangan kita kaya untuk diri sendiri..jangan....bukan itu yang dituntut!!
Buat yang kurang harta, manfaatkan sekadar yang ada, sekadar yang mampu. Peranan kita mungkin ditempat lain. :)

Buat akh2 ukht2 serta umat Islam amnya, jangan takut untuk mengejar kekayaan. Kejarlah sewajarnya, tapi jangan sampai keciciran. Dalam setiap nikmat kekayaan yang dihimpun ianya takkan terlepas dari hitungan. Besarkan jiwa dengan apabila kita mengumpul, kita meminjam hak DIA. Maka kita kongsi2kan, kita beri2kan itu lebih mulia. Lebih banyak yang kita ada, moga lebih besar manfaat yang dapat diberikan. Hanya orang yang ada mampu memberi. Ayuh!! jadi generasi al-yadil u'lya dalam bidang kekayaan harta. Terlalu besar dan banyak manfaatnya. Ayuh cerahkan minda!! :) 

Mari mohon pada Allah, agar setiap kekayaan harta dan jiwa yang kita perolehi dan bakal perolehi semoga sentiasa dalam bimbinganNya..aamiin~

picisan untuk renungan:         
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati

Hadis Rasullulah saw, Riwayat Tirmizi
“Ahli peniagaan yang jujur dan amanah akan di tempatkan berserta dengan para nabi, para saddiqin dan syuhadah.


1 comment:

  1. Alhamdulillah, sedikit prkongsian di pagi hari.. Yup, benar, daie muda rsau utk menjadi kaya raya. Pemikiran yg sempit itu hrus dibuang jauh2. Kekayaan perlu utk DnT, mahu pergi jaulah,program,mukhayam,mahu mengeratkan ukhwah, mahu menggerakkan dakwah jua harus punya wang yg banyak.. Yuk sama2 mengejar kekayaan demi agama yg kita cintai ini.. Mudah-mudahan sentiasa dipanduNya, agr tidak trlalai dlm mngejar kekayaan.. thumb up to u...=D

    ReplyDelete