bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Wednesday 2 September 2015

Khabbab bin Al-'Arat r.a


Mari kita lihat peristiwa Khabbab bin Al-'Arat Radhiyallahu'anhu ketika mengadap Rasulullah setelah disiksa di mana anggota badannya hangus-hangus meminta daripada Rasulullah supaya berdoa dan meminta pertolongan Allah agar mereka berjaya dalam perjuangan.
Apa yang telah dijawab oleh Rasulullah (yang bermaksud):

"Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika ke jalan Allah maka percayalah itulah jalanNya. Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian hambaNya yang beriman, percayalah bahawa mereka yang terdahulu pernah dicakar-cakar badan mereka dengan penyakar besi, tetapi keimanan mereka tetap tidak berganjak."


 

 Pernah terbaca kisah yang sama, dimana Khabbab ibnu Al'Arat r.a berjumpa Rasulullah dan mengadukan penderitaannya yang pernah dipakaikan baju besi lalu dibaringkan di bawah terik matahari yang sangat panas. Keringat bercucuran ditubuhnya. Begitu lama dia diseksa di bawah terik matahari, sehingga daging punggungnya mengelupas kerana panas. 

Namun, apa jawapan Rasulullah saw? 

"Ya Khabbab ibnu Al-Arrat engkau terlalu tergesa-gesa. dan disambung ayat di atas ... "

Nah kawan2.. Khabbab ibnu Al-Arrat yang diseksa sehingga  menggelupas daging punggungnya pun di kata tergesa2? Jadi.. apakah kesabaran kita yang sejengkal ini sudah mengadu lemah, x bermaya, mahukan pertolongan Allah??  

Allah, kurniakan kami kesabaran dan kekuatan yg ampuh sebagaimana Engkau kuatkan para sahabat2 sebelum kami. 



Pengajaran
1) Kemenangan agama Allah ini bukanlah boleh dicapai dengan mudah. Ia mesti dicapai dengan pelbagai ujian.
2) Rasul dan umat terdahulu telah melalui ujian yang lebih hebat dalam memperjuangkan agama Allah

Rujukan:
Fiqh Sirah, Muhammad Sa'id Ramadan Al Buti

No comments:

Post a Comment