bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Tuesday 8 January 2013

::manjanya awak!:: part 1

manje ke comel ?? both! fine...^^
eh hem..
Assalamualaikum wbt ^_^
mari selawat dan istigfar sekejap before baca the whole post ni. yuk!
0rite!..
as usual, my day memang tak sah kalau at least 10 minit untuk dengar siaran radio Ikim. And surely berkesempatan masa tengah drivela kan :) alhamdulillah dapat jugak sedikit sebanyak me'nopup2' ilmu yang seakan kian susut ni selain merawat hati yang sakitnya kadang-kadang parah membarah. 

Bebola mata ke atas, kepala sedikit terdongak. Flashback rakaman minda yang tersalur melalui deria dengar petang tadi. Sebetulnya, anda tak perlu kaget or bimbang dengan tajuk post ni. Ini bukan post manja-manja gedik yang tak sweet lansung tu. Tetapi ini tema manja yang confirm2 suuuuuwiiiit tak terkata ^_^. But you people kalau tak rasa sweet like I told you, ampun dan maaf akibat tidak tersampainya rasa manis itu. Atas segala dosa diri ini yang melambung-lambung (sr0oot..). Apa pon, moga Allah sentiasa berkehendakkan yang terbaik untuk hambaNya. Mari-mari!! kita rasa suuuuuwiiitnya bersama-sama. Insya Allah..
sebelum itu, saya wajibkan anda untuk dengar dan hayati lagu ni please.....>_<


Mungkin perkaitan lagu di atas dengan post ini akan saya explain dalam perenggan seterusnya. Saya pasti anda mungkin tertanya-tanya dan yakin anda mampu bersabar. Okay.

DJ Ikim mempersilakan tetamu tersebut untuk membuka bicara, sang ustaz dengan lafaz murni mula menyusun kata. Beliau seorang ustaz, tak perlu untuk saya menyebut namanya di sini. Cuma biarlah mutiara kata-katanya ini kita ambil buat jadi pedoman. Muqaddimahnya sang ustaz berkata "manjanya kita dengan Allah.." dia mengulang dengan menukar posisi "Allah sangat memanjakan kita hamba-hambaNya". Kata-kata yang pada saya sangat menyimbah hati yang beku. Terkedu. Telan dalam-dalam. Rasa panas di mata. SubahanAllah..!! zikir itu terlantun dari bibir DJ berkenaan.

Seumur hidup, saya merasakan itulah kali pertama saya mendengar ayat sesweet itu. Mungkin ada di kalangan asatizah atau sahabat-sahabat saya pernah menyebutnya, tapi mungkin kali ini saya benar-benar dapat menyelami rasa 'manja' itu. Saat itu terasa seakan ada bahagia yang datang berlari menerpa ke arah diri ini. Tak tergambar. Telan dalam-dalam. Kita mungkin boleh membayangkan seolah seperti orang yang kita cintai, kita rindui, kita sayang, kita tunggu hadirnya datang tiba-tiba menerpa pada kita. Dapat bayangkan? 
Tetapi kali ini yang datang menerpa, meyerbu itu terasa seperti Dia yang hadir!!, Dia yang berkejar, Dia yang memenuhi piala hati yang kontang, subhanaAllah...
Siapa Dia?? Dia itu Allah...
Saya yakin, anda yang membaca mesti pernah merasa detik seperti itu. Mungkin ia ulangan kali ke seribu, dan bila rasa itu memudar kita pasti akan meraba-raba, merangkak-rangkak mencari rasa itu. Rindu............amat!!

Betapa kita sedarkah dengan kemanjaan kita padaNya? Allah itu Tuan punya sifat kasih, cinta, sayang dan rindu. Bila dipinjamkan cuma setitis pada kita rasa itu, hasilnya membuak-buak, menggunung-menggunung, melahar-lahar seakan tiada sempadan tetapi tetap tidak akan tertanding dengan sifatNya yang Maha segalanya. So bila dikatakan Allah sangat memanjakan kita hambaNya, dapat tak anda bayangkan betapa besar kasih sayang Allah yang kita dapat selama hidup ini..
sweet tak Allah?? sangat suuuwiit. 

Sang ustaz menerus bicara, "Allah tu sangat memanjakan kita, banyak hadiah Allah bagi pada kita. Kalau nak diikutkan bila kita menyayangi seseorang kita pasti akan memberinya hadiah mungkin dalam pelbagai bentuk yakni material, inspiring, buat mak ayah kita bangga dengan kita etc. Begitu juga dengan Allah. Allah ada ri'ayah (pelihara) dan juga inayah (prihatin) pada hambaNya. Tetapi kebanyakan kita tak menyedari dengan pelihara dan prihatinnya Allah pada kita. Adakala merasakan yang Allah itu jauh dari kita".

Mari kita selak surat tanda cintaNya :

Sayang, kasih, cinta dan rindu Allah pada kita itu seringkali kita lalaikan dan alpa membalas sewajarnya. Sekalipon kita menyedarinya tetapi tetap dilengahkan. CintaNya tak bersambut! alangkah ruginya kita.   Cuba anda bayangkan, seorang ibu adakah dia menyayangi anaknya? sudah tentu! buktinya bila dia membesarkan anaknya penuh kejiwaan, cinta, menanam kaya ilmu dan sebagainya. Tetapi ternyata si anak tidak pula lansung sayang akan ibunya. Adakah wajar?? tentu sekali tidak! dan akan terhukum terhakimlah dan tercercalah anak itu sebagai anak derhaka. 
So, bagaimana pula dengan kita? tak cukup derhakakah kita?  lansung tiada mahu menghargai dan tanpa rasa malu terus-menerus mengguna pakai semua 'hadiah-hadiahNya'. Kawan-kawan yang saya sayang sekalian, sebabnya mungkin kerana kita tidak sedar yang Allah menyayangi kita. Sangat sayang! sweet kan Allah??.
Terus menerus dihulurkan hadiah-hadiah berharga pada kita, atuk nenek, ibu ayah, adik beradik, anak, suami isteri, sahabat-sahabat, makan minum, pakai, harta pangkat, ilmu, kebijaksaan, kepimpinan, oksigen, air, api, syurga, pahala dan berjuta lagi ^_^. Manja tak kita?? manja.... Semua Allah providekan untuk kita. isk3..manjanya kita yay!!!. 
Haa.. satu lagi jangan lupa! Allah siap provide kita dengan His Messenger, siapa lagi kalau bukan cinta hati kedua kita Nabi Muhammad S.A.W.yuk tambah selawat...:)
See!! Allah sangat sayang hambaNya. Tak dibiar hambaNya terkontang-kanting tanpa pedoman. Daripada Rasulullah lah tersampainya hidayah hingga hari ini. Alhamdulillah semua dengan izin Allah..
Manja tak kita?? manja...yay!!
Lagi-lagi..hmm!! surat tanda cintaNya, Allah provide kitab yang perfect! Al-Quran...haa!! dah baca and tadabbur hari ni? dah...bagus...:)

Ada seorang caller dari Sabah kot tak silap saya bertanya "macam mana kita nak sentiasa ingat Allah?". Sang ustaz menjawab, "hmm, adakalanya kita ini memerlukan tanda untuk kita ingat pada sesuatu. Umpanya seperti jam tangan yang tengah saya pakai ni merupakan hadiah dari isteri saya. Makanya setiap kali memandang jam tangan ini pasti akan teringat pada isteri. Hatta tanda kecil sekalipon, seperti contohnya kawan hadiahkan sepasang stokin kartun. Kita mungkin cuma memakainya sebulan sekali , tetapi setiap kali memakainya pasti akan mengingatkan kita pada kawan tersebut. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan Allah tanda-tanda untuk mengingatkan kita pada Dia itu terlalu banyak. Yang kurangnya mungkin kita terleka dan sebenarnya memerlukan latihan memupuk hati supaya sentiasa mengingatiNya dalam setiap perkara".

Jom kawan2!! kita latih diri kita together-gether!! :)

0ops..kita bakal bersambung untuk next bab.
Banyak lagi yang belum saya sentuh sebenarnya.
Pointnya saya salin, insya Allah moga Allah izinkan saya lagi untuk berkongsi dalam bab seterusnya..

jangan lupa ye kawan2! Allah sangat manjakan kita...^^
bila dapat rasa manja tu nanti, baru kita tau betapa sweet dan comelnya hubungan Allah dengan hambaNya itu..
wsalam...
ada tak rasa sikit2 sweetnyer? manja tak awak?? manja.... :)
oktengsbai~

















No comments:

Post a Comment