bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Thursday 24 January 2013

senandung tasbih nabi~

kasih tercipta,
cintamu dirasa,
biar jauh jarak masa,
membezakan kita,
namun tiada jurang antara,
kerana tiada lain hanya dikau seorang saja,
suri terhebat sepanjang daerah masa,
akhlakmu bak Al-Quran
berjalan penuh sasa,
penunjuk jalan bagi manusia,
yang selalu alpa lagi lupa,
agungnya peribadimu buat
Khadijah terpaut terpana,
Abu Bakar penuh yakin
menyatakan percaya,
membenarkan apa jua kata-kata,
bahkan sahabat sahabatmu
bertarung nyawa demi cinta,
biar ditusuk panah dan pedang segala,
tiada ternilai harga kasih pada baginda,
aduhai istimewanya kekasih Dia,
pohon juga haiwan turut merasa,
tempias utusan terakhir termulia,
teresak esak si ranting kurma yang setia,
ditinggalkan Muhammad tika khutbah dibaca,
lalu datanglah baginda memujuk membisikkan kata,
"mahukah jadi temanku di syurga?"
lalu tiada lagi esakan derita,
aduhai Muhammad aku terpesona...

tika ajalmu kunjung tiba,
Aisyah setia di sisi sentiasa,
Izrail datang penuh duka,
memberikanmu pilihan kata dua,
namun engkau memilih dan rindu untuk
bertemu-Nya,
sakaratulmaut mu mencengkam jiwa,
riak bimbang pada wajahmu merona,
"ummati, ummati, ummati"
lidahmu bicara,
sayangnya dikau pada kami tiada tara,
Ya Rasulullah.....

x-klusip : ummuhimmah, ganusentosa

No comments:

Post a Comment