bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday 8 February 2013

:: スタートに戻って= back to the start ::

Asalamualaikum w.b.t dan salam Satu Tauhid..
Selawat dan istigfar yuk!
SenyummmmmmmmmmmmM.. :)

"tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi tanpa tarbiyah segalanya sia-sia...
tarbiyah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan tarbiyah"
- salam sayang uhibbukifillah

Kata-kata yang dikutip pada kertas surat khabar a.k.a sampul hadiah :)
Hadiah pertama juga dari naqib pertama saya di tanah singgahan penyu lebih kurang tiga tahun yang dulu.
Terkedip-kedip mata membaca pesanan pada sampul saat itu. Ada kebarangkalian saya ternganga seketika, dan terkatup spontan terpacul "ok.." dan sengih. Jujurnya saat tu masih terhegeh-hegeh nak faham. 
sangat suke jadi lain dari yang lain! :)
Bila duduk dalam bulatan ada masa saya nganga je dan bila naqib tanya "ape pendapat Jit? or Jit ada apa-apa nak cakap?", bersungguh saya menggeleng (lagak macam, saya tak bersalah!!!). Bila naqib beralih pada orang lain, masing-masing dengan jawapan seriuss mantap!. Ada jugak saya sesekali bertanya, tapi kadang-kadang soalannya 'its too complicated!', wahaha!. Sampaikan pernah suatu ketika (dah agak rapat dengan naqib), naqib kata sayalah orang yang paling degil! dan susah nak terima apa yang cuba dia sampaikan.
Paling best bila naqib kata dia pernah menangis kerana saya! wooo... Katanya, dengan saya kesabarannya sangat teruji (saya suka!). Banyak yang akan saya persoalkan tambah-tambah saat pertama kali diamanahkan dengan mutaba'ah. :)
kenapa kena buat mutaba'ah?
mutaba'ah tu apa?
buat benda lain tak boleh?
kenapa mesti kena hantar mutaba'ah pada naqib? (kening terangkat2..).
syukur sang naqib tersangatlah penyabar dan berusaha nak jawab semua persoalan bertalu-talu saya dengan tenang (dalam hatinya saya tak tahu). heheh... 

Itu merely recall

Seriously saya tersangat merindui momen perkenalan permulaan daerah kematangan saya dalam 'tarbiyah'.
Alhamdulillah kini saya ada suku atau kurang dari itu (2/100 percent) tentang pemahaman dunia 'tarbiyah'. Memang sangat ciput (woi tamalu ke?) tak! better bit than zero lagipon ada je people yang lansung tak tau kan? so, biarlah saya bersyukur dengan yang ciput itu (qanaah tak boleh pakai dalam ni ye, tapi bersyukur tetap wajar!).

hak bermain hak saya!! :p
Saat ni saya dah 'mengambil cuti' yang terlalu lama (sangat2 tak wajar diamalkan orang yang ditarbiyah!).
Kesal? tak! geleng-geleng (ade cket)
Ego! mungkin, angguk-angguk.
Kenapa? ntah..bahu terjungkit.
Saya suka berexperiment!!
Terok!!! (dushhh!! hati kena tumbuk kuat) 
"Awak dah banyak buang masa dan terlalu banyak bermain!!!" huhuk...ok :(
"sesuke hati kau je ye!!" ala.....


Hmmph..
Tapi dengan tak malunya saya..saya...
Bole saya join balik??
Saya memerlukannya amat-amat...
"habis tu kenapa awak tinggalkan dia dulu??"
Kan tadi dah kata "saya suka berexperiment!". 
"macam mana experiment awak??, sukses ke ranap? 
Itu tak penting, yang saya tau 'I've learned something', morething actually :)
"mu mu..."
   
pasaan berbunga bungi...~
Ditakdirkan pada seorang saya......
I'm going back to the start!! yeaahhuu!!!
Ya Allah betapa saya..saya...
Tak terkata. Kelu!
"engkau ni mengada-ngada tau! who do you think you are??". Sebenarnya saya bereksperimentasi dengan 'siapa saya setelah melalui bulatan? Sejao mana saya mampu bertahan. Berteka teki jua dengan pergantungan saya pada apa? Maaf, saya tak cukup hanya dengan teori. Mungkin ada yang kata "tak wajar buat macam ni, bukan akhlak yang sepatutnya, masih kurang kefahaman (saya akui), memang nak kena basoh!!", ow ow ow...
Selamanya saya adalah manusia yang mencari Penciptanya. Dari sejak mumaiyiz saya dah mula terkejar-kejar. Bila penat saya berhenti. Laaaaaaame! Saya tetap ada pilihan kan? :)

Bukan mudah menyelami hati Ibrahim, bukan senang nak hadam cekal Salman Al-Farisi dan bukan mudah bila nak menentang hati beraja Firaun. Nak menanam cinta seperti Bilal dan menajamkan rindu laksana Uwais Al- Qarni. Hajat jiwa nak mengabid seperti Rabiatul Al-Adwiy. Nak menyusun lidah berhikmah seperti Luqman Al-Hakim. Tinggi berkorban macam Zainab Al-Ghazali. 
Hakikatnya siapa jiwa saya hari ini? mampu amal secubit dah menguntungkan. Tapi..masih terkial-kial.

oh lets go back to the start~
nobody said it was easy..
no one ever said it will be this hard..

Sekali lagi terinspirasi dengan karat 'The Scientist'- coldplay.
Tajuk lagunya bertepatan dengan langkah permulaan saya yang akan datang.
'back to the start' yang saya maksudkan adalah dua benda yang bakal saya kembali galas yakni {pengajian&tarbiyah}.

Sejak bangku sekolah saya teringin nak buat Biological weapon untuk fight musuh Islam! (pengaruh buku Kombat 1515-FT) sedangkan pada masa yang sama saya berkobar-kobar ingin menjadi neurosurgeon. Syukur, Allah  memberi kesempatan pada saya. Saya tak ditakdirkan menjadi doktor, tetapi insya Allah sebagai Biology Scientist. Sumpah! dulu saya tak pernah terbayang jalan hidup yang secantik ini. Apa yang kita suka tak semestinya terbaik untuk kita kan? Berkali-kali cobaan saya gagal untuk mengambil jurusan medic! konon minat yang terlalu mendalam. Hinggakan tawaran jurusan Syaria'h Law saya pandang sepi. Saya gadaikan masa 2 tahun di matrik untuk berjuang demi medic. Takdir tetap kurang menyebelahi. 

Pada momen ini saya belum menjadi sesiapa. Sedang berusaha. Percaya setiap yang saya lalui itu yang terbaik! itu track saya untuk chasingmardhatillah
Doakan agar langkah saya tak kaku.
Setiap yang saya impikan untuk Islam moga meresap terhadam sempurna dengan amal.
Cuba anda baca ni: just a mere thought
Moga terinspirasi sesuatu. Saya percaya anda jauh lebih berpotensi dan masing2 lebih bercita2 tinggi untuk Islam..

p/s: Sayu juga hati nak meninggalkan rumah. Maklumlah sepanjang hidup 'berdikari' dan menimba kematangan di luar rumah (skolah asrama, hostel di kolej dan U, praktikal, rumah sewa etc..) inilah jangka masa paling lama keberadaan kemanjaan saya bersama keluarga yakni 7 bulan. Moga langkah hidup saya terus direstui mummy&daddy adik bradik etc. Moga Allah memelihara mereka yang saya sayang didunia ini. srooot. siyes mode sayu T_T..
10 tahun akan datang, bila saya singgah balik tengok post ni pasti terlantun 'poyonyer!! malu2!! inilah ummi dulu (cececece!) dan syukur alhamdulillah..'.
meniti jalan menujuNya, sumpah panjang! 

pin! pin! saya pergi dulu..tata bapak!!




jitkatejittulis
oktengsbai!

modemusic: nostalgia (shoutul amal), menuju wawasan (unic), the scientist (coldplay), insan yang mulia (voices of ummi).

2 comments:

  1. Kesedihan... tersentuh hati ini...ku pun teringin nk mula blk... :'( :'(
    mu dh privatekan utk kita dua? i like.. blh jd diari. ku kurang selesa nk kongsi gini2 dkt public.. tp pada masa yg lama nnt, mungkin dh blh publickn..

    i see ur pesan: "if it is important to you, you'll find a way, if not u'll find an excuses"..

    ku lebih suka gni... teringin nak post luahan2 time praktikal ku.. blh ke? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anything yg buat u comfort nk tulis o nk luah ikot caramu.dpersilakan....
      This moment blog ni for our both.gnakn sebaiknyer n tlg jgn abaikn.plizzzz T_T

      Delete