bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Saturday 23 February 2013

sejauh mana ukhwahfillah itu~

Ukhwahfillah, uhibbukifillah…. Itulah ucapan2 yang kerap dilantunkan bagi para sahabat yang mencintai sahabatnya kerana Allah. Tapi terfikirkah kita, sejauh mana standard ukhwahfillah itu?? Atau syarat2 ukhwahfillah itu?? Cukupkah sekadar mengucapkan berulang2 kali?? Ketahuilah yang menumbuhkan rasa sayang kita pada sahabat kita ialah Allah. Yang menjadikan kita kasih, rindu, rapat etc adalah bersumberkan dari Allah;
psst! psst! kau syg aku x?
“dan Yang mempersatukan hati mereka (orang2 beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akantetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal :63).
Allah memberikan pahala yang sangat besar dan tempat yang tinggi bagi mereka yang menjalinkan ukhwah di jalan Allah. Seperti dijanjikan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairahr.a.. Dari Nabi saw, bersabda:
"Sesungguhnya Allah pada hari kiamat akan berfirman, "Manakah orang2 yg saling mencintai kerana keagungan Ku? Padahari ini Aku nanungi mereka di bawah naunganKu, dan tidak ada naungan kecuali naunganKu"".
Dari Mu’adz r.a, ia berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda;
“Allah ‘AzzawaJalla berfirman, “Siapa saja yang saling mencintai kerana keagunganKu, mereka akan mendapatkan beberapa mimbar yang terbuat daricahaya yang diinginkan oleh para Nabi dan orang2 yang mati syahid”
Dan dari Rasulullah saw, juga diriwayatkan;
“Dua pasang manusia sekali2 tidak akan terbilang saling mencintai kerana Allah kecuali cinta mereka terhadap Allah lebih dahsyat dari cinta mereka kepada pasangannya”

Subahanallah! Besarnya keutamaan persaudaraan kerana Allah. Sangat merugi sesiapa yang berukhwah, bersaudara tetapi tidak mendapatkan kelebihan2 itu. Dan yang paling semua kehendaki adalah kemanisan iman dalam menghadapi hidup ini. Dan ternyata kemanisan itu bisa kita dapatkan apabila mencintai saudara kita kerana Allah!! 


"Kamu akan merasakan manisnya iman bila ada 3 prkara ini:

1)kamu mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya
2)Kamu mencintai saudaramu semata2 kerana Allah
3)Kamu benci kepada maksiat sebagaimana kamu benci apabila dilemparkan ke api neraka..."

Baiknya Allah. Sangat memanjai hamba2Nya. Mengetahui keperluan sahabat dalam menghadapi segala ranjau kehidupan ini. Allah telah memakbulkan permintaan Nabi Musa a.s. dalam Surah Toha: 29-35.
“dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami”.
Ayat inilah yang menjadi standard ukhwahfillah yang sebenar dimana Nabi Musa telah memberi batasan tentang tujuan dari ukhwah yang hendak diraih, dia menginginkan saudaranya iaitu Nabi Harun agar bisa menjadi saudaranya, yang bisa mensupportnya dan membantunya dalam menghadapi kehidupan. Musa ingin Harun menjadi kawannya dalam setiap perkara yang dihadapinya. Saling membagi dalam suka mahupun duka, dan saling berbagi menyelesaikan problem. Disamping itu Musa juga menginginkan Harun sebagai saudara bisa membantunya dalam meningkatkan zikir kepada Allah dan bertasbih padaNYa.
Ketiga sifat tersebut, iaitu tolong-menolong dalam kehidupan, berbagi dalam menyelesaiakan masalah, dan membantu mendekatkan diri kepada Allah adalah merupakan ukuran yang harus selalu dipakai oleh orang yang inginukhwahnya berada di jalan Allah. Sifat2 ini adalah contoh ideal yang dimaksudkan sebagai ukhwah kerana Allah.
Akan tetapi sifat2 seperti ini tidak muncul dalam diri seseorang dengan seketika, namun mencapai kesempurnaanya melalui proses yang panjang. Seorang saudara yang engkau cari untuk membantumu sebenarnya dia juga mencarimu untuk dapat membantunya, sehingga perumpamaan dua orang saudara ketika mereka berdua bertemu adalah seperti dua tangan, yang saling membasuh satu sama lain. Demikian juga yang dilakukan seorang kawan di jalan Allah, masing2 memiliki kekurangan yang akan dapat dihilangkan dengan saling mengingatkan dan menjaga, saling menasihati dan saling berwasiat dalam kebenaran  diantara mereka.
Muhasabah diri.. Adakah ukhwahfillah, uhibbukifillah yang kita lantunkan itu bertepatan dengan apa yang kita perbuat?? Ayuh, perbetulkan niat kita, bersaudaralah kerana Allah!! kita akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih2 berbanding mencintai, menyayangi saudara kita saja2 atau kerana kepentingan dunia.

~belajar2beramal~
(1.43am – 22 February 2013)

1 comment:

  1. mge kite sme2 mengimani stp ttur jnji, buah bicara dan butir ayat dalam memurnikan impian mnjd antara golongan yg dinaungi Allah di akhirat kelak. dgn cinta yg murni, ia tidak menyakitkan diri sndiri apatah lg org lain. ckup sekadar mendidik diri jujur pada Allah...

    ReplyDelete