bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday 28 August 2015

Kejatuhan Andalus | Tangisan Atas Sebuah Kenaifan

Penyakit naïf ini bukan melanda sekali sahaja dalam sejarah umat Islam, penyakit ini juga menjadi penyebab utama kepada runtuhnya Kerajaan Islam di Andalus.

Kisah kenaifan ketika jatuhnya benteng terakhir Andalus iaitu Granada adalah sebuah kisah yang sepatutnya kita sentiasa jadikannya sebagai pedoman.

Rampasan kuasa oleh Abu Abdullah bin Abi Hasan terhadap bapanya dengan kerjasama Kristien Eropah pada hakikatnya sudah cukup untuk mengajar kita supaya berhenti daripada bersikap naïf terhadap musuh.
 
Kata-kata ibunya saat Abu Abdullah bin Abi Hasan menangis akibat telah ditikam belakang oleh musuh yang disangka sebagai rakan hendaklah kita jadikan sebagai peringatan:
ابك اليوم بكاء النساء على ملك لم تحفظه حفظ الرجال
“Kamu jangan menangis seperti seorang wanita untuk apa yang kamu tidak dapat membela sebagai seorang lelaki.”

 

Sumber :Fb Majlis Ulama ISMA (https://www.facebook.com/majlisulamaisma)

No comments:

Post a Comment