bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday 28 August 2015

Sejarah Baghdad | Kenaifan Umat Dalam Mengenali Musuh Menghancurkan Sebuah Tamadun.

 
Bahkan lebih mengejutkan lagi, penyakit “naïf” ini sampai ke tahap adanya dikalangan pimpinan umat Islam ketika itu yang bekerjasama dengan Mongol dalam menjatuhkan Khilafah Abasiyah.
Perkara yang sepatutnya dirasakan sebagai suatu ancaman menjadi sebaliknya, mereka rasakan ianya sebagai suatu peluang lalu bekerjasama dengan musuh, mereka lupa siapa musuh dan siapa kawan.
Akhrinya mereka hanya menyedari hal ini apabila mereka turut dibunuh setelah selesai diperkudakan oleh Mongol.

“Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan “Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah”




Umat Islam ketika itu terpaksa membayar bayaran yang tersangat mahal akibat penyakit kenaifan yang melanda semua kelompok ketika itu, samada pemimpin atau pon rakyat.
Para sejarahwan menganggarkan bilangan mereka yang terkorban di Baghdad lebih daripada sejuta nyawa umat Islam. Kenaifan ini turut menyebabkan runtuhnya sebuh tamadun yang hebat.
Khalifah ketika itu juga dibunuh dalam bentuk yang sangat hina iaitu dengan digulung di dalam permaidani Istana lalu dipijak beramai-ramai.

Sumber :Fb Majlis Ulama ISMA (https://www.facebook.com/majlisulamaisma)

No comments:

Post a Comment