bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Thursday 3 January 2013

Hari Pertama Persekolahan.

Kelam- kabut, berkejar-kejaran ke sana ke mari. Dari sebelum ke sekolah sampai jam terakhir di sekolah. Pengalaman!
-         
     - Bersiap ke sekolah sudah awal, 7.15pagi. Tapi, Allah tidak izinkan aku untuk bergerak awal, motorsikal ku di blok oleh motorsikal housemate. Gulp2!! Susah nak keluarkan. Take time!! T_T.
7.30pagi baru dapat keluarkan motor, memecut ke rumah Teacher Faidzah untuk menumpangkannya sepanjang kereta kesayangannya di bengkel akibat kemalangan. Memecut dengan sesungguhnya, hampir melanggar dan dilanggar. “Hai, kamu ni bawa anak dara orang, hati-hati bawanya motor”, monologku.

- Di sekolah berkenal-kenalan dengan anak muridku, 3 Uthman. Taklimat peraturan sekolah oleh guru kelas 3B, Pn. Farida. Perlantikan ketua kelas, penolong ketua kelas, ketua keceriaan dan penolongnya. Kelas yang sangat aktif! Masing-masing merelakan diri untuk memegang amanah. Riuh rendah kelas dibuatnya.

-Ibu kepada Hazim mengetuk pintu kelas dan ingin bercakap denganku. Meluahkan rasa hatinya yang mengegarkan hatiku sebagai seorang guru yang hanya berpengalaman tidak sampai 24jam! “ Cikgu, anak saya Hazim masih tidak pandai membaca. Dia dah tahun 3.
Cikgu tahu mana-mana program dapat bantu anak saya ni? “. Gulp, terasa getaran jiwaku. Terasa satu beban telah membahu. Satu harapan yang ku kira harus ku pikul sebagai pembantu guru kelas!. Jauh disudut hatiku, aku mengucapkan hamdalah, masih punya waris yang berfikir pentingnya pendidikan anak-anak sejak kecil, pentingnya pembacaan untuk generasi sekarang mendalami ilmu walaupun dari pandangan luaran ku ibu Hazim bukan dari keluarga yang senang dan berpendidikan. Ibu Hazim mengambil number telefonku untuk dihubungi seandainya punya masalah. Sungguh, nampak kesungguhan di mata seorang ibu itu agar anaknya pandai membaca. Aku yang menghadapi keadaan itu, terus bertekad untuk memastikan anak-anak didikku pandai membaca dan pandai membuat pengiraan tidak lupa pandai berbahasa Inggeris. Sangat menyedari cabarannya apabila murid tidak pandai membaca, English bertambah-tambah sukar untuk diajar. Gulp2!!  Perlunya kesungguhan mengajar even diluar kelas pun. Teringat kata-kata prof Muhaya- “Bekerjalah seumpama mendapat gaji rm10,000 walaupun gaji andai hanya rm1000 agar nanti Allah cukupkan yang rm9000 itu dengan keberkatan-keberkatan yang lain. Seperti, kesihatan, ketenangan, kebahagiaan bersama keluarga dan teman-teman dan sebagainya”. Moga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan niatku itu. Moga ilmu yang ku ajar nanti bermanfaat sebagai amal jariahku di alam kubur nanti. Aamiin, doaku dalam diam.

- 950 pagi waktu rehat pertama dan 1250 tengahari waktu rehat kedua: Aku bertugas menghidangkan makanan untuk murid-murid. Agak kelam kabut since mak cik kantin sebelum ini menarik diri atas urusan tertentu dan pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan untuk menguruskan sendiri. Dan khidmat guru-guru amat diperlukan. Terasa badan sangat penat untuk berkejar ke sana ke mari. Mencari ruang untuk solat zuhur seawal mungkin.

-Meneruskan aktiviti di dalam kelas, since sesi pengajaran dan pembelajaran hanya bermula isnin depan. Dengan pengalamanku yang sangat kurang itu, amat menyukarkan bagiku mengawal kebisingan kelas 3B.
      - “ Cikgu, cikgu, jam pukul berapa? Berapa jam lagi nak balik?”.
-  “Cikgu, cikgu saya nak hafal sifir 10 ja boleh?”.
-  “Cikgu, cikgu saya nak hafal, saya nak hafal”.
- “Cikgu, kita main quiz jom”.
- “Cikgu, cikgu bosan la”.

Huh…. Bising.. Panggilan itu bersahut-sahutan. Habis suaraku nak menenangkan kelas. Apa nak buat.. Budak-budak.. Assobirun minal iman!

4.40ptg – punch out. Melepasi pagar sekolah hujan gerimis, di pertengahan jalan, hujan semakin lebat, baju hujan ku tertinggal di rumah! Allahuakhbar. Aku masih punya jaket untuk menghalang air membasahi diriku 100%. Tapi Teacher Faidzah tiada apa-apa penghalang. Lencun. Kesiannya. Aku tetap meneruskan perjalanan, tidak mahu singgah berteduh di mana-mana since aku masih punya urusan di usm trans jam 540ptg. Seusai hantar teacher Faidzah, bergegas ke rumah untuk menyalin pakaian dan terus memcut ke usm trans. Alhamdulillah matahari memunculkan dirinya sebentar. =D

USai urusan di usmtrans bergerak balik ke rumah dalam 10.40mlm. Bed time!
Jika kamu tidak dilalaikan dengan kebaikan, kamu akan dilalaikan dengan kemaksiatan. Moga kesibukkan ku ini membantuku untuk terus berada dalam kebaikan, agar kemaksiatan segan untuk menjengah! Aamiin.

Buat para pembaca, doakanku agar Berjaya menjadi pendidik yang sebenarnya, bukan sekadar guru yang memberitahu, menyampaikan.. Moga Allah redha denganku. Wallahu’alam~




1 comment:

  1. teacher! teacher!
    cubit pp!, teacher ni comellah.. :)

    ok uolls!
    jom nyanyi lgu 'my mother' together2 :)

    ala teacher..sngnyer soklan ni..
    teacher garu2 pale -_-', alahai awat bijak sgt depa ni...

    teacher sakit tekak
    teacher demam
    teacher tensen..0w..teacher...
    mge ilmu yg dsmpaikan dan amalmu jd bekal ke syurga...:)
    sirius jeles!!!!!!!!!

    tumpang tny, teacher ble nk mnulis lg..?
    miss la.. -_-' kasi tekanan.yay!

    ReplyDelete