bismillah

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Thursday 24 January 2013

Super Health Gaya Hidup Sihat Rasulullah


Assalamualaikum wbt..

Diri terlalu sepi untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Alhamdulillah bersempena dengan maulidur rasul ini ada sedikit cahaya kerajinan untuk menarikan jari setelah penat sang sahabat bersabar... =p

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awwal 1434H. 

Allahumma solli 'ala Muhammad,  
Allahumma solli 'ala Muhammad,  
Allahumma solli 'ala Muhammad.. 

Moga dengan banyaknya selawat yang kita lantunkan buat nabi junjungan besar ini yang terlalu banyak berjasa atas keislaman dan keimanan kita ini moga Allah dan para malaikat jua berselawat ke atas kita.. Moga juga di akhirat sana, Rasulullah mengenal kita dan mengaku kita sebagai ummatnya.. Aameen. 

Tak terungkapkan kerinduan padanya, pada akhlaknya, pada tingkahlakunya.. Baginda adalah sebaik2 ikutan. Teringin sungguh untuk berada sezaman dengan Rasulullah. Merasai keindahan islam yang sebenar, masyarakat yang saling membantu, berkasih sayang, Subahanallah, aku amat merindui zaman itu. 

Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku ),” berkata Nabi saw. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi saw. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”. 

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”. Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?”. “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!” sekali lagi Nabi menjelaskan.

“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?” Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam”.

Moga sahabat pembaca, kita juga tergolong dari golongan yang baginda rindukan.. Aamiin summa aamiin.

Hari yang penuh barakah ini dibasahi hujan. Terdetik ingin menghadiri mana2 masjid atau surau yang mengadakan sambutan maulidur rasul, namun selepas berbalas mesej, ternyata area sini tiada. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk aku merasai menyambut Maulidur Rasul ini, walau di rumah! Specific lagi di bilik.. terperap sorang2.

Aku membelek2 buku di bawah, buku yang sangat menarik hatiku untuk membaca! Nah,  tajuk buku tersebut adalah tajuk post ini! Super Health, Gaya Hidup Sihat Rasulullah, Karya saudara di seberang, Dr. Egha Zainur Ramadhani. Menyedari yang kesihatan turun naiknya kebelakangan ini, aku mengambil buku tersebut dan meneruskan pembacaan. Nah!, amat sesuai denganku yang hidupnya agak keserabutan dan tidak terurus.



Mungkin boleh dikongsikan secara kasar sebelum detailnya..

Sedarkah anda bahawa guyuran air wudhu dalam konsep perubatan modern dikenal sebagai hidromassage @ pijat dengan manfaatkan air sebagai media penyembuhan? Membasuh wajah, misalnya boleh meremajakan sel2 kulit muka dan membantu mencegah munculnya keriput.

Benarkah setiap gerakan solat memiliki maksud tertentu selain sebagai penghambaan kepadaNya? Mengapa solat tahajud yang dikerjakan dengan ikhlas mempengaruhi hormone kortisol? Mengapa solat subuh yang dikerjakan dengan disiplin mampu mencegah gangguan kardivaskular?

Rahsia apa di balik praktik tidur siang Rasulullah? Seberapa ampuhkan AL-Quran memberikan efek meditasi? Mengapa kita perlu berwisata?

Buku ini mengajak kita mendalami hikmah di balik ibadah sehari-hari, ditinjau dari disiplin dan profesi penulisnya; doctor, ditambah hasil penelitian ahlis medis modern. Sehingga buku ini menjadi penggugah untuk mendekatkan diri (lagi) kepada Allah swt.

Sejujurnya setelah membelek buku ini, aku menyedari bahawa islam telah menunjukan satu jalan yang sangat praktikal untuk dilaksanakan. Islam is a way of life. Islam sahaja yang mampu mengurusi kehidupan ummatnya dengan baik dan tersusun. Just tinggal nak ikut atau tak sahaja. Masalah2 jiwa yang melanda adalah disebabkan tidak mengikut panduan yang telah digariskan, mulalah berjumpa pakar psikologi bagai untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Di sini dikongsikan daftar isi agar pembaca mengerti serba sedikit. Jika berkelapangan, akan cuba mendetailkan sedetailnya lagi..

Sihat yang berpahala.
Bab 1: Kebersihan diri – cuci tangan, bersiwak,wudhu dan mandi
Bab 2: Tahajjud
Bab 3: Solat subuh : Pengawal hari – berdiam diri di masjid, riadhah dan aktiviti yang bermanfaat
Bab 4: Rutinas harian – mengapa stress? Zikir: bikin hidup lebih hidup
Bab 5: Rehat dengan solat dhuha
Bab 6: Tidur siang
Bab 7: Solat wajib dan solat sunat
Bab 8: Membaca dan mentadabburi Al-quran
Bab 9: Saatnya istirehat – Berapa lama idealnya?, Bagaimana posisi ideal tidur
Bab 10: Hari-hari khusus
Bab 11: Ini targetku!
Bab 12: Menjadi hamba yang ikhlas bersyukur.

Sihat yang berpahala

Mungkin hasil yang diraih seorang yang berpuasa hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang solat malam hanya lelah berjaga” (HR Ahmad dan al-Hakim)

Jika menilik hadis di atas, kenapa terjadi seperti itu pada kebanyakan hambaNya??

Tentu tidak bermakna seorang hamba lantas bisa berputus asa, khawatir berlebihan, “jangan2 amalku tidak diterima”, hingga terus memilih untuk menyedikitkan amal. Nauzubillah!

Itu semua lebih bermakna betapa sayangnya Allah dan Rasulullah saw pada kita, agar meskipun kita menjaga rutinitas dan kontinuitas amal, tidak berarti kita mengerjakan ibadah ala kadarnya sahaja!

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Thayyib (terlepas dari noda dan kekurangan), tidak menerima sesuatu kecuali yang thayyib…” (HR Muslim)

Kerana Allah mengetahui, kejenuhan begitu berbahaya, lalu bagaimana menangkalnya?

Jadilah hamba yang berilmu! Dengannya akan ditemui banyaknya alas an beramal dan menjaga semangat serta kekhusyukan.
Ya, ketika menjadi orang berilmu, ia tidak akan kehilangan sesuatu yang sangat berharga dari amal. Yang mengilhamkan tiap gerak, juga ibadah. Itulah ‘ruh’ dari amal..

Letih jika kita hanya memikirkan target (semisal sekian juz per hari), menjadikan amalan itu sebagai rutinitas belaka,hanya terjebak pada angka dan amalan rutin. Tak heran, banyak orang yang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga, juga banyak yang solat namun mendapat kelelahan dan keletihan sahaja..

Selamat menikmati, semoga ‘ruh’ itu tetap bersinar. Nikmat memang dalam berislam: sudah menyehatkan, berpahala pula.. =D

Sekian.. 

1 comment:

  1. salam teacher.
    kaifa hal?
    alhmdulillah intro yang memercikkan air mate.
    mge kte semua sme2 tergolong sbg ikhwan baginda..
    syukur Allah memberi nikmat kita menyintai seseorg yg x kte ketemu..besar rahmat tu kan teacher?..:)
    bekoba2 jdnyer ble bce post ni.
    sehat berpahala.islam is d way of life..
    betapa kdg2 kte terlupa bnda2 mcm ni..
    jzkk ats perkongsia peringatan..
    wsalam.

    ReplyDelete